BAB 3

235 13 0
                                        


Tiba-tiba semua pelajar yang dari tadi bising berbual-bual terus senyap dan berdiri. Seorang cikgu lelaki dengan badan sado, berkulit putih dan badan tingginya berdiri tegak di hadapan kelas 5 Sains.

Aku dan Thira memandang satu sama lain. Bapak handsome cikgu ni detik hati Nadine.

"Ok kelas..semua boleh duduk." Cikgu sado itu memberi semua pelajar duduk selepas semua memberi ucapan selamat pagi.

Thira mencuit bahu Nadine. "Ini lah cikgu Matematik baru kita tu...handsome siaa muka dia...lebih handsome dari Syafiq Kyle." Thira memandang muka Falyq Hayzar dengan muka terpegun.

"Hermm harap-harap dia bukan jiran aku..."Nadine tersengih-sengih.

"Apalah kau ni...kan untung kalau dia jiran kau boleh cuci-cuci mata.."Thira gelak besar.

Tiba-tiba Falyq memandang Nadine dan Thira dengan muka hairan."Yes girl what is the funny here."

Nadine dan Thira mula cuak.

"Nothing teacher." Thira menjawab selamba.

Nadine menarik nafas lega. Cuak jugak kalau tiba-tiba kena bomm dalam kelas pada hari pertama persekolahan ni.

"Ok for the first class today..saya taknak mengajar tapi saya nak berkenalan dengan kamu semua." Falyq memandang setiap riak wajah anak murid nya.

"Okey biar saya perkenalkan diri saya dulu..Nama saya Falyq Hayzar..saya berumur 26 tahun..asal KL dan seperti yang kalian tahu saya akan mengajar mata pelajaran add math." Falyq memperkenalkan dirinya.

Semua pelajar memandang Falyq tanpa mengerdipkan mata..terutamanya pelajar perempuan...memang dapat cuci mata tiap-tiap hari lah nampaknya.

"So sekarang saya nak awak semua kenal kan nama awak semua pula kepada saya...Start daripada awak dulu." Falyq menunding jari ke arah Melissa.

Melissa berdiri dengan gediknya lalu memperkenalkan diri. "Nama saya Melissa Saoda Bin Dato Iskandar...saya masih single and available." Melissa memandang Falyq dengan pandangan menggoda sambil mengenyitkan mata.

"Melissa Saoda konon...nama Melissa Saodah tak mengaku...single and available tu mengaku pulak." Naim menjegilkan mata.

Semua pelajar gelak sakan melihat muka Melissa.

Naim ialah classmate Nadine dari tingkatan 1...Naim ni tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang dia kekal dalam kelab anti Melissa and the gang..Tak tahu kenapa tapi Naim ni memang pantang jumpa perempuan yang tertelan pil gediksss..Melissa pula bencikan Nadine. Selalunya ada saja perkara yang Nadine lakukan membuat Melissa iri hati. Mungkin juga kerana Nadine selalu mendapat pujian guru-guru dan perhatian rakan sekelas.

Dan tiba giliran Nadine memperkenalkan dirinya. "Nadine Uyaina Bin Haji Haikal."

"Haji Haikal.."Falyq memandang pelik tapi cepat-cepat dia mengendahkannya...mungkin pelanduk dua nama...

Sekali Aku Jatuh CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang