Pagi-pagi Nadine sudah mengajak Thira bergosip di dalam kelas."Kau tahu tak jiran baru aku siapa."
"Siapa." Thira menyoal dengan teruja.
"Cikgu baru kita tu lah...cikgu sado tu." Nadine mencebik.
"Seriously beb...OMG bestnya hari-hari lah kau cuci mata."
"Best otak kau...tak pasal-pasal aku susah nak maraton petang-petang kat luar rumah."
"Apasal pulak kau ni ada-ada je." Thira menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Yelah macam petang semalam tiba-tiba dia muncul depan rumah aku lepastu malam tu ayah aku jemput dia makan malam kat rumah aku...mana mau nya."
"Wahhh ayah kau macam mengalu-alukan calon menantu erkk." Thira gelak besar.
"Eee engkau ni memang nak kena." Tangan Nadine hinggap ke paha Thira.
"Adoiii sakit lah...tapi betul lah untung kau ada cikgu add math sebelah rumah kalau ada masalah boleh ketuk pintu masuk rumah."Thira gelak besar.
Belum sempat tangan Nadine hinggap ke dahi Thira..Falyq masuk ke kelas.
Semua pelajar berdiri.
Melissa and the gang mula menggediks apabila melihat Falyq masuk.
"Ok class today I will proceed on our lesson...open your book in page 2."
Waktu rehat yang menguntungkan bila Thiraz Yadin satu-satunya abang Thira membelanja aku dan Thira makan di kantin.
"Abang Iraz baru daftar hari ni ke?" Aku memandang wajah Thiraz Yadin yang kini melanjutkan pelajaran dalam tingkatan 6 di sekolah yang sama.
"Ye..Nad macam mana first day sekolah ni..ada orang ganggu tak." Thiraz senyum memandang Nadine.
"Ok lah...cuma tak sabar nak habis belajar...nak masuk U...taknak lah masuk tingkatan 6 macam abang Iraz."
"Alahhh kalau Nadine masuk U terus habis sekolah nanti abang macam mana." Thiraz merenung wajah Nadine wajah yang sentiasa melekat dalam hatinya dari mula Nadine masuk di sekolah menengah ini Thiraz sudah mula menaruh harapan pada Nadine..Malangnya Nadine tidak pernah memandang Thiraz malah Nadine hanya menganggap Thiraz sebagai seorang abang.
Thira yang dari tadi kusyuk melantak hanya buat tidak tahu akan perbualan abang dan kawan baiknya.Thira dari dulu sudah tahu akan perasaan Thiraz kepada Nadine..Apabila Thiraz selalu bertanyakan tentang Nadine.. apa yang Nadine suka apa yang Nadine benci semuanya abangnya ingin tahu..dah naik meluat Thira mahu menjawab nya.
"Abang belajar lah sampai habis..lagipun 2 tahun je kan.."
"Yelahh.." Thiraz membuat muka merajuk.
"Rasa nak muntah hijau aku tengok." Thira yang dari tadi kusyuk melantak mengejek Thiraz.
Thiraz menjeling tajam ke arah Thira.
Petang itu Thiraz menelefon Nadine. Dia ingin berjumpa dengan Nadine di taman permainan di kawasan kediaman Nadine.
Kenapa abang Iraz tiba-tiba nak jumpa aku tak ada ribut tak ada petir tiba-tiba ajak jumpa dekat taman. Ini mesti ada benda penting nak bagitahu aku.Yelah selalunya Iraz akan jumpa aku bila aku dah Thira ada study group tapi kebelakangan ini dia selalu ajak aku jumpa berdua. Kalau penting pun bagitahu je lah dekat sekolah tadi ni tak nak jugak jumpa..mengada lah.
"Lama tunggu." Thiraz turun dari motorsikalnya lalu duduk di tepi Nadine.
"Baru je."
"Sorry lah abang lambat.."
"Tak apa..Biasalah petang-petang ni jem..Ramai orang nak balik kerja..Walaupun abang tu pakai motorsikal jem tetap jem."
Thiraz tersengih. Dia memandang wajah Nadine tanpa beralih.
Mula dah mamat ni...mulalah rasa tak keruan aku duduk dekat sini..macam orang hilang anak aku dibuatnya. Jangan lah Thiraz buat hal petang ni. Jangan lah apa yang aku pikirkan terjadi pulak petang ni..Adoiii Thira awat hang tak dak..dan dan lah hang time ni tak terhegeh-hegeh nak ikut abang hang jumpa aku.. Bangang betuiii!
"Ermm Thira tak ikut ke bang?" Nadine cuba mengalihkan pandangan tajam Thiraz padanya.
"Tak..Dia biasalah balik-balik sekolah terus membuta.."
Nadine acah-acah gelak padahal dia tahu petang-petang macam ni mana minah gedebak tu bangun tidur lagi...tu memang dah jadi rutin harian dia..lepas balik sekolah tidur tidur dan tidur..
"Habistu abang nak jumpa Nad ni kenapa? ada benda penting ke nak bagitahu..kenapa tak bagitahu dekat sekolah tadi je.."
"Abang nak bagitahu Nad sesuatu tapi abang nak jumpa Nad sorang je..sebab tu abang tak nak bagitahu kat sekolah..yelah kalau bagitahu kat sekolah nanti ada orang ketiga yang suka pasang telinga."
"Orang ketiga...Siapa.? Nadine mengerut dahi.
"Siapa lagi kalau bukan kawan baik awak Thira..Korang kan macam belangkas mana Nad ada situ Thira ada mana Thira ada situ Nad ada...Nasib baik Thira tu perempuan kalau tak mesti abang cemburu."
Nadine gelak."Apa bezanya sekarang ni..kalau kat sekolah ada orang ketiga dekat sini pun ada orang ketiga kan."
"Orang ketiga..siapa? mana.?" Thiraz menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Syaitan lah siapa lagi." Nadine berbisik di telinga Thiraz.
Thiraz gelak besar. "Apalah Nad ni kalau tu abang tak kisah sangat yelah kitakan tak nampak dia..dia je yang nampak kita..Taklah abang malu sangat nak cakap dengan Nad."
Nadine mengerut dahi.
Apahal pulak aku rasa lain macam ni. Apa lah yang Thiraz nak bagitahu aku sampai dia malu nak bagitahu depan Thira ni..
"Abang nak bagitahu apa sebenarnya."
Ehhh apahal mulut ni..dan dan nak tanya Thiraz nak cakap. Apahal hati aku macam taknak dengar apa yang Thiraz nak bagitahu tapi mulut ni gatal pulak nak tanya..apa kes mulut dengan hati aku tak sehaluan ni gatuh ke apa? selalunya mulut ni cakap je apa yang hati aku nak tapi kali ni hati cakap lain cakap lain..
"Abang nak bagitahu yang.."
"Adoii adoii adoii."
"Kenapa ni Nad."
"Kaki Nad kena gigit semut kepala hitam lah bang..sakitnya.."
Dan dan semut kepala hitam nak gigit kaki aku..padahal aku nak mengelak dari dengar apa yang Thiraz nak bagitahu..Tak tahu lah hati aku ni cakap lepas je Thiraz bagitahu apa yang dia nak bagitahu hidup aku akan bermasalah lagi-lagi bila ton suara Thiraz tiba-tiba berubah masa nak bagitahu aku tadi..adoii biarlah tahun ni aku pikir pasal masalah nak SPM je tak payah lah nak tambah masalah lain..
Tangan Thiraz cuba memegang kaki Nadine..Cepat saja Nadine melarikan kaki nya.
"Ehh tak apa lah Nadine boleh tengok sendiri..Nadine balik dulu lah..nak sapu ubat gatal takut nanti kaki Nad gatal teruk." Nadine berdiri dan terus menuju ke rumah tanpa menunggu Thiraz berbicara.
Sorry lah abang..Nadine tak sanggup nak dengar luahan hati abang tu...
Thiraz terpinga-pinga.