Monday blues!!
Malasnya nak pergi sekolah..lagi-lagi nak hadap muka cikgu add maths sebelah rumah tu..Menyampah nya aku tengok muka dia dah lah subjek add maths hari-hari ada tau lah subject tu susah tak payah lah letak hari-hari.
Serabut!
Menyampah!
Hari Isnin itu Nadine tiada mood untuk ke sekolah..Dalam perjalanan ke sekolah Nadine asyik teringat akan senyuman menyenget Falyq setelah mengutarakan syarat nya kepada Nadine.
"Cikgu nak bagi syarat apa ni." Nadine tiba-tiba berpeluh.
"Jangan lah cuak sangat..saya bagi satu je syarat dekat awak untuk gantikan perjanjian kita yang tak tertunai tu.."
Nadine diam. Dia menunggu syarat yang ingin dikatakan oleh Falyq.
"Saya nak awak datang rumah saya Sabtu depan."
"Datang rumah?.. nak buat apa?"
"Kemaskan rumah saya lah..cuci apa yang patut and one more thing tolong masakkan breakfast untuk saya." Falyq mengangkat kening.
"What??." Nadine merasakan kepalanya mula berasap.
Mamat ni ingat aku part time jadi orang gaji ke apa? Apa punya syarat ni? Ni bukan syarat ni namanya balas dendam!
"Pukul 10 pagi awak kena datang rumah saya."
Falyq senyum menyenget.
Nadine tidak berkata apa-apa malah dia cuba untuk akur walaupun dia merasakan Falyq ingin mendera dirinya.
Gila punya ketam..boleh pulak buat syarat macam tu...Kalau aku tak fikirkan pasal subjek add maths tu penting untuk aku lulus jangan harap lah aku nak menurut..sakit betul hati akak ni!
Lamunan Nadine hilang apabila kereta ayahnya sampai di gate Sekolah Menengah Sains.
Nadine turun dari perut kereta dan berjalan malas menuju ke kelas 5 Sains.
Masuk sahaja dalam kelas mata Nadine tertancap pada Thiraz..
Dia buat apa dalam kelas aku ni..dah lah aku belum ready nak jumpa dia..sibuk betullah!
"Hai beb." Thira menyapa Nadine.
"Hai." Nadine menjawab malas.
"Hai Nad.." Thiraz senyum manis melihat Nadine.
Nadine hanya membalas dengan senyuman.
Tak habis-habis lagi ke mamat ni penat lah aku nak melayan dua orang lelaki yang menyusahkan jiwa dan raga aku ni. Tapi takkan nak buat hal depan Thiraz aishh tak baik lah pulak. Dahlah dia selalu tolong aku. Time ni lah rasa nak terhutang budi tergadai body..Haiihh hidup!!
"Nad kita orang ada plan hujung minggu ni.. kau nak join tak?"Thira menyoal Nadine dengan penuh teruja.
Thiraz hanya mengharapkan jawapan yang menggembirakan daripada Nadine walaupun di sudut hatinya menyedari bahawa Nadine semakin ingin menjauh daripada nya.
"Plan apa?" Nadine menyoal dengan malas.
"Hujung minggu ni aku dengan abang Iraz nak keluar pegi tengok wayang...ada cerita best tengah main sekarang ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/139213813-288-k20203.jpg)