Falyq Pov.
Badan aku hempas keatas katil. satu pesanan ringkas aku kirimkan kepada haji haikal. sekadar ingin mengatakan yang Nadine sudah selamat aku hantar balik.
Bila teringat pasal tadi buatkan aku tersenyum sendirian.
Nadine ni makin lama makin comel aku tengok. Dengan muka merahnya bila marah. Gigi yang diketap dengan kening original nya yang berkerut menahan marah.
Adoii parah dah kau ni Falyq!
Sebelum aku fikir lebih jauh pasal Nadine yang boleh tambah dosa aku hari ni baik aku mandi.Fikiran lelaki ni kau tak boleh bawak main bhai!
^^^^^^
Bunyi ketukan pintu dari luar rumah serta sayup-sayup suara orang memberi salam mengejutkan aku yang tengah mengering rambut. Baru lepas mandi katakan.Kaki ku atur menghampiri pintu utama. salam yang dari tadi tak putus-putus aku sahut.
"Waalaikumusalam..jap jap." pintu dibuka.
Wajah yang menjadi pujaan terpampang di depan mata. sejuk je mata memandang.
"Nah." lamunan aku terhenti.
Nadine menghulurkan bekas tupperware warna merah jambu kepada aku.
Okey kenapa warna pink?
"Apa ni?" bekas itu disambut.
"Ibu bagi. Tanda terima kasih sebab tumpangkan saya balik."
"Susah-susah je..saya ikhlas tolong lah."
Acah je padahal aku tengah bersyukur habis sekarang ni. Mana tak nya aku belum makan lagi nak masak malas. Bukan malas tak tahu masak sebenarnya selama ni pun aku singgah mana-mana gerai beli makanan tapi tadi lupa pulak nak beli syok sangat bawak Nadine naik motor katakan.
"Ambik jelah saya tahu cg lapar."
"Takyah nak acah malu." gumaman Nadine itu masih dapat aku dengari.
Mata aku kecilkan memandangnya. Saja nak buat muka marah tapi comel. Ahakks!
"Saya dengar Nadine!" Suara sengaja aku serius kan.
"Dengar apa? saya tak cakap apa-apa pun." Muka innocent.
Adoii buat muka camtu pun dah comel geram aku.
"Aw-.." Belum sempat aku membalas Nadine sudah memotong.
"Ermm saya balik dulu lah...tupperware tu jangan lupa bagi balik.."
"err bye." dia terus berlalu keluar dari pagar rumah aku. Tak menyempat!
"Ehh Nadine." kepala aku jegulkan dekat dinding yang memisahkan halaman rumah kami.
"Helmet saya bila nak bagi balik?" sengaja aku tanyakan soalan itu. aku belom puas nak borak dengan dia lagi.
"ermm"kepalanya yang berlapik tudung sarung itu digaru.
"Saya lupa lah tadi..nanti saya hantar lah ye."
ehh boleh pulak lupa? cakap jelah tu alasan kau nak jumpa aku lagi kan senang! ehh terperasan pulak!
Kelibat nadine yang menghilang disebalik pintu aku perhati tanpa mengelipkan mata. Logik ke aku jatuh cinta dengan anak murid sendiri?
^^^^^^
Semua makanan yg nadine kirimkan tadi dah selamat masuk perut aku. bunyi sendawa tak senonoh aku terkeluar tapi yang pasti aku tetap mengekalkan ke'macho'an aku semasa sendawa. Itu yg penting!Telefon yang berdering di meja ruang tamu aku dekati.
Nama yang sudah lama tidak menghubungi aku itu terpampang di skrin. Hahh tengah susah lah tu..tu yg sibuk cari aku. dasar manusia! panggilan itu aku jawab.
Bunyi salam dari orang sana membuatkan aku ingin memakinya. Tak tahu kenapa? habit mungkin!
"Assalamualaikum kakanda."suara katak dia kedengaran.
"Apa kau nak?" menyampah.
"Amboi kalau ye pun jawab lah salam dulu.. SESUNGGUHNYA MENJAWAB SALAM ITU ADALAH WAJIB." suara Falyd memekak ditalian mendorong aku untuk menamatkan panggilan.
Entah adik siapa lah ni. perangai macm hanjing je.
Sekali lagi henfon aku berbunyi dan dari orang yang sama. Mula- mula aku tak nak jawab tapi bila panggilan yang tadinya sekali dua dah menjadi puluhan kali aku mula rimas dan menjawab panggilan hanjing itu.
"Siot je perangai kau kan hanat!!!"
"Kau nak apa ni? kalau takde apa aku letak." aku berura-ura ingin meletakkan henfon sebelum ditegah Falyd. Ha tahu kau takut!
"okok fine jangan letak ok."
"Ni aku call ni bersebab bukan saje-saje..kau ingat aku suka ke nak habiskan kredit aku semata-mata nak dengar suara kambing kau tu hah" amboi dia kutuk aku macam dah takde hari esok erk.
"Dah?...kalau dah aku letak."sindiran pedas.
"eheh bro relaks ahhh...gurau gurau ok." tahu takut.
"ok aku call kau ni sebab mummy yang suruh. Dia nak kau balik hujung minggu ni."
"Kenapa dia tak call sendiri bagitau aku." pelik selalunya mummy call aku sendiri.
"Tulah kau derhaka lagi dengan mummy tu yang dia tak nak dengar suara anak derhaka mcm kau."
"Amboi better lah dari kau anak pungut. Sederhaka aku pun anak kandung. Kau apa?" hambek kau!
"wooo panas panas...."
"Tak kesah lah sapa anak derhaka sapa anak pungut sekarang ni kenapa mummy suruh aku balik."
"kau lupa ke buat-buat lupa hah?"
"Apa yang aku lupa?" straight to the point je boleh tak!
Suara Falyd mengeluh di hujung talian kedengaran.
"Hujung minggu ni anniversary mummy and daddy lah long...kau lupa ke? kau banyak sangat makan semut ke kat johor tu sampai ulang tahun parents sendiri pun lupa."
seriously aku lupa. Ya Allah ni memang patut kena gelaran anak derhaka ni. Aku busy sangat sampai lupa ulang tahun mummy dan daddy.
Selalunya tiap tahun kami akan sambut bersama-sama. Tak kesah macam mana busy pun kami sekeluarga kami mesti luang kan masa untuk smbutan ini. Ini je yang boleh eratkan lagi keluarga kami.
Tambahan pula masing-masing busy. mummy dengan butik dia, daddy dengan syarikat dia, aku dan Falyd Haydi dengan kerja masing-masing, adik bongsu aku Falyn Hayna dengan study dia.
Jadi selalunya anniversary mummy dengan daddy je masa untuk kami bersama. Aku rasa dah jadi satu kewajipan dalam keluarga aku dan ye seorang Falyq Hayzar telah melupakan hari yang penting itu.
"oiii long..kau dengar tak ni? aku tengah bercakap dengan tunggul ke apa ni. takguna betol lah kambing ni." suara katak dihujung talian mematikan lamunan aku.
"Aku dengar hanjing."
"Habistu?"
"Bagitau mummy nanti hujung minggu aku balik."
"ok cun!"
"Pape roger."
"Aku bla dulu."
"Kirim salam awek sebelah rumah kau." talian putus.
Hanat punya adik sempat lagi kau nak try awek aku? takguna tunggu lah kau.
Parah ni kalau Falyd nak try Nadine. Adoh kenapa aku rasa tergugat ni?
Tak tak Falyq chill ok! dia tak kan dpat nak try awek kau. relaks relaks! ehh jap sejak bila nadine jadi awek aku? adohh parah ni parah.
Tapi apa salah nya kan?soon....mana tahu! hahahaha*muka bangga*
![](https://img.wattpad.com/cover/139213813-288-k20203.jpg)