Pagi-pagi Hajah Zurida sudah membebel dengan anak perempuan nya."Nadine Uyaina...Cepat turun sarapan pagi, kamu ni tengah pakai tudung ke tengah menjahit tudung dekat dalam bilik tu."
Geram betul Hajah Zurida dengan satu satunya anak perempuan nya itu.
Nadine yang sedari tadi mendengar ibu nya membebel di tingkat bawah segera mencapai beg sekolah nya dan turun ke tingkat bawah.
"Ibu ni tak menyempat betul lah jam baru pukul 6:30, relaks lah. Ibu tahu tak betapa susahnya nak membentuk tudung bawal ni." Kalaulah boleh pakai shawl pergi sekolah mesti seminit dah siap.
"Banyak lah alasan kamu, ikan bawal yang ibu goreng lebih cepat masak daripada kamu bersiap."
Nadine mencebik panjang.
Nadim Ukasya gelak besar apabila melihat kakak nya diperli oleh ibu.
Mata Nadine membulat melihat Nadim.
Pandangan Nadine tersentak apabila mendengar suara Haji Haikal gelak besar diluar rumah.
Nadine memandang ibunya dengan muka yang blur. Siapa pulak yang berbual dengan ayah pagi-pagi ni.Nadine tertanya-tanya.Belum sempat Nadine hendak bertanya pada ibunya Hajah Zurida seperti sudah mengagak apa yang terlintas dalam kepala otak anak nya itu.
"Ayah kamu tengah berbual dengan jiran baru sebelah rumah kita." Selamba Hajah Zurida menjawab persoalan Nadine.
"Sebelah rumah kita? bila jiran tu pindah sebelah bu? kenapa pindah sini? orang mana?" Bertubi-tubi soalan Nadine.
Yelah keluarganya berpindah di Johor hampir lima tahun sewaktu Nadine masuk tingkatan 1 dan Nadim masuk darjah 2. Sebelum ini mereka menetap di Kedah. Semenjak Haji Haikal membuka perniagaan di Johor, mereka berpindah terus ke Johor kerana Haji Haikal ingin menumpukan perhatian pada perniagaan nya disini. Selama lima tahun mereka tinggal dikawasan rumah teres tu tak pernah ada orang yang masuk pindah di rumah sebelah. Dah naik seram Nadine dengan rumah sebelah tu.
"Kamu ni dah macam detaktif conan , banyak pulak soalan kamu...kalau nak tahu tanya lah sendiri...yang ibu tahu dia baru pindah petang semalam dengar cerita orang KL... pindah sini pun sebab hanya dapat tawaran jadi cikgu disini."Panjang jawapan Hajah Zurida.
Mata Nadine membulat.
CIKGU...
"Cikgu sekolah mana ibu... harap- harap lah bukan cikgu sekolah Nadine.." bak kata orang perak tak siorrr lah teman.
Hajah Zurida memandang Nadine pelik...
"Kenapa pulak." soal Hajah Zurida
"Mana mahu nya ada Cikgu duduk sebelah rumah nanti susah lah Nadine nak maraton dengan Nadim kat luar rumah kalau ada Cikgu dok sebelah." terpaksalah aku acah-acah ayu nanti.
"Macam-macam lah kamu ni Nadine."
Nadim yang sedari tadi diam kerana kusyuk bermain game tiba-tiba bersuara.
"Ala kakak tu takut jatuh cinta dengan cikgu sebelah rumah." Dengan suara yang menjengkelkan Nadim memerli Nadine.
Mata Nadine membulat melihat Nadim senyum-senyum.
Pandangan Nadine terhenti apabila mendengar suara Haji Haikal memanggil mereka berdua untuk dihantar turun ke sekolah.
Nadine dan Nadim berlari anak ke kereta.Mereka masing-masing masuk ke dalam kereta.
