BAB 10

201 13 5
                                        

Nadine bersiap-siap untuk menjalankan aktiviti riadah nya buat kali yang pertama pada tahun 2018 ini. Walaupun hanya pergi berjoging tetapi ia merupakan kebanggaan bagi dirinya yang terlampau malas untuk menjejak kaki keluar rumah tanpa sebarang tujuan yang penting.

Nadine mencapai tudung yang sesuai untuk bersukan di dalam almarinya. Persiapannya terhenti apabila mendengar suara yang sangat dikenalinya di luar rumah. Nadine melangkah menuju ke tingkap biliknya untuk memastikan tekaan nya tentang pemilik suara itu ialah benar.

Nadine mengerutkan dahinya.

Dah agak dah ni mesti suara Nadim. Apa pulak kali ini. Tak habis-habis lah budak-budak ni buli adik aku.

Tanpa membuang masa Nadine berlari ke tingkat bawah lalu keluar dari rumah.

Nadim yang sering menjadi mangsa buli di kawasan rumah teres itu merengek setelah mainannya di hancurkan oleh budak-budak yang seperti kurang kasih sayang daripada ibu bapa itu.

Nadine yang berdiri di muka pintu terus bersuara.

"Hoiii...Korang buat apa kat adik aku haahh." Nadine berjalan merapati mereka di luar pagar rumah.

Dia sedar akan masalah Nadim yang sering menjadi mangsa buli di kawasan rumah teres ini dan sebagai seorang kakak walaupun sering bergaduh Nadine sangat pantang melihat adiknya dibuli atau disentuh oleh orang lain..Tambahan pula sikap Nadim yang tidak pernah serik dibuli dan tetap bermain dengan budak-budak kurang kasih sayang itu.

"Lari!!!!."

Belum sempat Nadine bersuara lebih lanjut salah seorang daripada budak-budak itu sudah menjerit sambil belari dan diikuti oleh yang lain.

"Tahu takut..Kalau berani sangat patah lah balik. Dasar budak-budak tak ada sivik. Hoiii mak bapak kau tak ada duit ke nak beli mainan sendiri sampai nak rosakkan mainan adik aku!!"

Nadine menarik nafas dalam-dalam.

Panjang betul syarahan aku..tahu pulak budak-budak tu takut ingat berani sangat.

Nadine memandang tajam ke arah Nadim yang sedari tadi mengesat air matanya yang mengalir setelah melihat mainan ultraman yang dibeli oleh ayah untuk nya sudah tidak serupa ultraman akibat kehilangan kaki,kepala dan tangan.

"Kau ni pun satu... dah tahu dia orang tu suka buli kau kenapa nak main lagi dengan dia orang..kau tak ada kawan lain ke nak main?" Nadine merenung tajam ke arah Nadim.

Nadim hanya berdiam diri.

"Kau dengar sini baik-baik..aku tak nak tengok kau main dengan budak-budak tu lagi..kau duduk je dekat rumah main ps2,ps4,ps10 ke kat dalam rumah tu tak payah nak sibuk main luar."

Nadim tanpa bersuara terus berlari masuk ke dalam rumah.

Mata Nadine mengekori setiap langkah Nadim yang nampak tidak puas hati akan kata-kata amaran Nadine.

Nadim Nadim sedih betul lah akak tengok hang..Asyik kena buli ja..bila ditanya ada kawan baik ka dak..hang kata satu kelas tu kawan baik hang..Tapi apa lah yang nak di hairankan dia tu baru 12 tahun kot.. lelaki ni kan lambat sikit nak matang..lagi-lagi lah Nadim tu nerd.

"Aishh budak-budak zaman sekarang." Nadine merengus kasar.

Falyq yang hanya menjadi pendengar dan pemerhati dari tadi menyapa Nadine.

"Uishh garangnya."

Nadine yang terkejut hampir saja melatah. Dia mengusap dada nya perlahan.

"Mana ada saya garang." Nadine mengerut dahi tanda tidak setuju dengan kenyataan Falyq.

"Habis kalau tak garang nak panggil apa?..sampai menggigil budak-budak tu awak kerja kan tu awak cakap tak garang?" Falyq senyum menyenget.

Nadine memandang Falyq dengan muka yang malas nak layan. Niatnya untuk berjoging pun sudah lama hilang.

Tanpa menjawab..Nadine menghayun kaki masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil dan dengan pantas dia menoleh.

"Awak nak pergi mana?"

Aishh ketam ni..dah sah-sah aku menuju ke rumah sibuk lagi nak tanya.

"Nak masuk rumah lah..takkan nak pergi kubur."Nadine menjeling Falyq tanda soalan nya yang tak relevant.

Tak semena-mena Falyq tertawa berdekah.

"Seram lah lawak awak ni..tak takut ke."

"Nak takut apa semua orang akan mati kan?" Nadine menjegilkan mata.

"Ok fine..Saya malas nak bertengkar.."Falyq mengangkat tangan seolah-seolah seorang pesalah yang ditangkap polis.. "Bukan awak nak pergi joging ke tadi..kenapa nak masuk rumah balik."

Pandai pulak dia ni baca pemikiran aku.huhh

"Macam mana cikgu tahu."

"Habis.. tu baju nak pergi kubur ke?" Falyq ketawa berdekah.

Nadine mencebik dalam hati. "Niat saya nak joging dah terbantut."

"Ehh macam tu pulak.."Falyq mencebik. "Kalau macam tu awak teman saya joging aje lah..." Dia mengangkat sebelah kening.

"Taknak!" Dia menjeling Falyq.

"Orang dah ajak jual mahal pulak.." Falyq mencebik.

"Biarlah jual mahal nanti tak ada sapa mampu beli."

Falyq mengangkat sebelah kening gaya Z.Z a.k.a Ziana Zain. "Sapa kata tak ada orang mampu beli? awak nak tahu gaji saya cukup untuk beli awak dengan pakej anak dua sekali tau." Falyq senyum nakal.

Eee dia ingat aku ni untuk dijual ke..lainlah cerita Isteri Untuk Disewa dalam novel Syamnuriezmil tu..Tak pasal-pasal aku buat cerita dengan tajuk Jiran untuk dijual nanti..Huh pelik nau nau bunyi nye.

"Sorry naik lori Pak Main lah..Saya bukan untuk dijual ye.." Nadine memeluk tubuh merenung tajam ke arah Falyq.

"Habis tu kalau nak kena minta izin lah ye cik adik." Falyq senyum menyenget.

Daripada terus melayan perangai Falyq yang semakin merepek. Nadine terus melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi jelingan yang paling tajam buat Falyq.

Hajah Zurida terus menegur Nadine setelah dia melihat kelibat anak daranya masuk ke dalam rumah. "Kamu buat apa lama-lama kat luar tu Nadine.. Ibu dengar berjual-jual bagai..Ada bangla datang jual karpet ka.."

"Jual karpet apa benda nya ibu..Itu haa jiran kesayangan ibu tu sibuk sangat dengan hal orang." Bagi penampaq baru ada akai.

"Lahh jiran kesayangan ibu ka berborak dengan kamu kat luaq tu." Hajah Zurida senyum-senyum ada makna.

"Haa apa senyum-senyum tu.." Ada lah tu nak kena-kena kan aku.

"Apa hang ni ibu senyum pun salah.." Hajah Zurida yang tadinya kusyuk menonton cerita Razia Sultan yang entah berapa kali ulang tayang di TV3 terus merapati Nadine.

"Dia tanya apa kat hang.. Ibu dengar ada jual-jual bagai..Dia nak jual apa."

"Jual apa ibu ni...tak ada benda lah..akak nak naik atas mandi."

Hajah Zurida hanya memandang dengan perasaan yang sebal..Dengan ibu sendiri pun nak berahsia..Ini lah anak dara..

Keep voting!!

Sekali Aku Jatuh CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang