Beberapa hari kemudian Qarnain terserempak lagi dengan Ojek sewaktu dia dan Nia baru selesai menonton wayang di sebuah mall.
"Pssst! Ojek memberi isyarat untuk bercakap sebentar dengan Qarnain. Nia duduk sebentar di atas tembok tepi bangunan pusat beli belah sambil melihat dua lelaki itu pergi agak jauh sedikit darinya.
"Siapa awek tu? cun sial.."tanya Ojek.
" Takkanlah aku nak rembat awek orang pulak"jawab Qarnain.
"Melayu ke?"
"Siam"jawab Qarnain.
"Mana kau dapat dia? kat rumah urut ke?" kata Ojek mengusik sambil ketawa terkekek-kekek. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
"Sori,dia tak buat benda-benda macam tu. Ada hal apa kau nak cakap dengan aku ni?" Qarnain kurang selesa dengan kata-kata Ojek.
"Ai baru berapa hari lepas aku cakap takkan dah lupa?" kata Ojek.
Qarnain membetulkan duduk nya.
"Kalau hal nak rompak samun tu aku mintak maaf banyak-banyak. Aku tak nak involve lagi. Aku dah insaf" kata Qarnain.
"Kau ni pehal Nain? dah lain sangat aku tengok. Mana pergi nya Qarnain yang selama ni aku kenal berhati kering dan berani tu?''
" Qarnain tu dah 'mati'. Ini lah diri aku sekarang samada kau boleh terima atau tidak. Sudah-sudahlah Jek. Aku nak hidup normal macam orang lain. Tapi bukan dengan dunia jenayah tu lagi. Kau pun boleh berubah. Masih sempat lagi"
"Dah! tak payah kau nak nasihat aku. Memang aku pasti ini jalan hidup yang aku nak" sanggah Ojek.
"Terpulanglah. Aku nasihat ni sebab fikirkan kau tu kawan aku je" kata Qarnain.
"Hm cukup ke dengan apa yang kau ada sekarang?" soal Ojek.
"Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Rezeki Tuhan bagi sentiasa cukup. Kemudian aku di pertemukan pulak dengan Nia. Aku rasa bahagia. Dia macam kekuatan dalam hidup aku. Kenapa aku nak rosakkan segala perkara baik ni? Aku tak nak kecewakan dia. Aku dah sayang kat dia"
"Sebabkan awek siam tu je kau berubah sampai macam ni?"
"Tak timbul soal tu. Aku dah tekad nak berubah ni sejak sebelum jumpa Nia lagi" jelas Qarnain.
"Jangan jadi bodoh lah Nain. Kau dah lupa ke dulu kita hidup mewah hasil wang rompakkan. Duduk apartment mahal,tiap masa tidur bertemankan betina bohsia yang boleh kita pakai dan buang bila-bila masa. Apa sangat lah awek siam kau yang satu tu? Kau tak nak ke hidup macam tu lagi?!" kata Ojek.
"Cukuplah Jek..tak kira kau pujuk aku macam mana pun aku tetap dengan pendirian aku. Aku takkan kembali dengan kehidupan jahil tu lagi! lagipun matlamat tak menghalalkan cara..maaf aku terpaksa pergi sekarang" kata Qarnain sambil bangun.
"Nain!" panggil Ojek.
Langkah Nain terhenti.
"Suka hati lah kalau kau tak nak join aku lagi. Boleh aku pinjam awek siam kau tu tak? lawa pulak aku tengok muka dia. Dapat 'cret' seround pun jadi lah" kata Ojek sambil tersengih.
"Kau jangan biadap Jek"
"Come on lah Nain. Dulu boleh je kita tukar-tukar betina kan"
"Sori. Dia bukan perempuan murah. Aku sendiri pun tak pernah terdetik nak ajak dia buat benda keji tu" kata Qarnain.
"Kalau kau dah tak reti nak sentuh perempuan biar aku je buat dengan awek kau tu" kata Ojek lantas bangun menuju ke arah Nia.
YOU ARE READING
Garisan Masa
Science FictionQarnain yang kecewa dengan sejarah silam dirinya pernah terdetik untuk mengubah semua itu sekiranya waktu dapat di undur. Takdir telah menemukannya dengan seorang ejen dari badan perisikkan dan saintis yang bekerjasama mengendalikan sebuah program r...