Kampung

50 4 0
                                    

Beberapa minit perjalanan,mereka pun tiba. Ternyata ianya sebuah perkampungan yang indah dan aman damai. Para penduduk nya ramah-tamah dan saling bertolong bantu di antara satu sama lain.

Sesekali mereka di sapa oleh penduduk yang lalu-lalang. Qarnain dan Rocky leka memerhatikan petani-petani yang sedang mengusahakan kebun sayur dan buah-buahan. Tanaman kelihatan subur dan mekar.

Kanak-kanak berlari-lari riang bermain. Dan sesekali mereka terpaksa ke tepi memberi laluan kepada penggembala haiwan bersama haiwan ternakan mereka seperti kambing,lembu dan kuda.

"Yang kau tu Rocky, tengok apa tu?" tegur Qarnain.

"Oh aa..anak-anak dara dan gadis kampung ni cantik-cantik belaka" kata Rocky. Ketawa yang lain-lain berderai.

"Kalau kamu berminat, kami boleh membantu mencarikan jodohnya. Hm,kalau kamu sudi berjodoh saja dengan adik perempuanku si Lela ini" kata Rodin.

"Wah biar betul? haha seronok lah macam ni" kata Rocky. Lela gadis berusia awal 20 an berkulit putih dan cantik orangnya. Sejak di awal pertemuan lagi Rocky sudah terpesona dengan keayuan gadis berselendang itu.

"Rodin ni ada-ada saja. Malu lah aku ni" kata Lela tersipu-sipu.

"Hahaha tengok wajah kakak ku dah merah-merah"kata Ash. Lela menyiku adik lelakinya. Tertawa semua orang di buatnya.

"Eh nanti dulu. Kalau kau kahwin dengan Lela nanti aku dengan Ray balik ke zaman asal nak cakap apa dengan Encik Reez dan Prof?" tanya Qarnain.

"Ala pandai-pandailah korang temberang apa-apa yang patut" kata Rocky tersengih-sengih.

"Sudah,kau jangan buat gila Rocky. Aku dan Ray yang masak kena bebel pulang nanti" kata Qarnain.

"Yelah,yelah..aku gurau je"

Berdekah ketawa mereka memecah suasana.

Menurut Rodin,kaum wanita di kampung tersebut bukan saja cantik,malah sentiasa berpakaian sopan dan amat menjaga tingkah laku.

Para penduduk amat berpegang kuat pada agama Islam. Tiada percampuran bebas lelaki dan wanita. Para pemuda dan pemudi nya berjiwa kental dan amat mahir dengan seni kepahlawanan.

Sayu terasa ketika azan maghrib di laungkan oleh seorang pemuda di senjakala. Berpusu-pusu para penduduk ke surau kampung.

Qarnain dan Rocky turut bersama-sama menunaikan solat. Bersama-sama merasai keagungan Ilahi.

Usai solat,para penduduk bersama-sama menyediakan jamuan sempena keraian yang di adakan. Meriah sekali suasana di kampung tersebut. Pelbagai hidangan di sediakan.

Penduduk kampung memberi laluan bila pak Bahsyir seorang lelaki tua bermisai dan berjanggut panjang dan beruban serba putih lalu. Dia orang paling di hormati dan di segani.

Serbannya besar dengan jubah tradisi penduduk kampung. Pak Bahsyir lah yang mengimamkan solat di surau. Beliau juga seorang ulama,guru seni pertarungan sekaligus merangkap ketua kampung. Terlalu besar baktinya pada penduduk.

Pak Bahsyir juga adalah ayahanda kepada Rodin, Lela dan Ash. Tiga beradik itu kini menggalas tugasan bapa mereka dalam mengajarkan seni pertarungan kepada pemuda-pemudi kampung.

Qarnain dan Rocky beruntung dapat duduk semeja dengan pak Bahsyir ketika jamuan keraian dan mendengar sendiri butir bicara tokoh di segani tersebut.

"Lihatlah apa jadi pada kota-kota di bandar yang dahulunya di limpahi kemodenan dan teknologi tertinggi. Akhirnya rebah menyembah bumi.

Kenapa jadinya begitu? Semakin maju umat manusia malah semakin lupa mereka kepada Tuhan.

Lumporia(Kuala Lumpur) pada kemuncak tamadunnya menyaksikan kehancuran agama. Manusia yang lahirnya dalam keluarga islam ketika itu mengucap syahadah pun tidak mengerti.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now