Zenith

48 4 0
                                    

Bahang kesukaran di tingkat atas kuil mulai dapat di rasai. Para pahlawan bukan saja di asak oleh makhluk pengawal yang kuat dan buas malah juga terpaksa berhati-hati kerana di setiap tiang penjuru terdapat bebola cahaya aneh yang menembakkan lazer-lazer yang mampu membinasakan musuh sekelip mata.

Pasukan pemanah yang cuba menyerang bola cahaya itu dengan serangan anak panah mendapati usaha mereka hanya sia-sia saja. Sebalik nya batang-batang panah itu yang hancur luluh menjadi debu.

"Nampaknya bebola cahaya tiang tu bukan boleh di musnahkan dengan senjata biasa" kata Lela pada yang lain-lain.

"Kalau begitu biar aku tebang terus tiang nya" kata Rocky lantas mencapai kapak nya dan meluru pergi ke salah satu tiang. Sesekali dia berguling-guling mengesampingkan dirinya dari tembakan lazer.

Gunkk!

Hentakkan tukul berbentuk aneh oleh makhluk pengawal tiang sewaktu dia masih berguling di lantai sempat di elak. Kapak nya di hayun lantas kudung sebelah kaki musuhnya. Raungan kuat memecah suasana.

Baru saja Rocky ingin menamatkan nyawa si pengawal,dia di serang lazer lagi. Pantas dia mengelak. Sang pengawal masih belum mahu mengalah, lantas cepat-cepat ia ingin mencapai tukul nya.

Zass!

Entah muncul dari mana suatu libasan pedang mencantas tangan makhluk tu hingga terputus. Rupanya Qarnain yang datang membantu. Dia menekup muka makhluk asing itu dari belakang dan cepat-cepat menyembelih lehernya.

Rocky tersenyum bangga dengan kejayaan Qarnain. Namun segalanya masih belum berakhir bila..

"Nain! awas lazer!" Rocky memberi amaran sambil menunjuk ke satu arah.

Cepat-cepat Qarnain mempergunakan tubuh makhluk pengawal itu bagi melindungi dirinya. Hangus tubuh tu bila lazer mengena tepat padanya.

Rocky menghentam tiang di penjuru atas kuil itu dengan kapaknya sambil awas dengan lazer yang di lepaskan. Sikit demi sedikit tiang itu mulai bengkok.

"Hah! sikit lagi! biar kau rasa yang ni pulak!" kata Rocky lalu di hentamnya pula dengan tukul besar kepunyaan makhluk pengawal tadi. Kali ni tiang itu tumbang ke bawah. Bebola cahaya yang ada pada nya turut terpadam.

Terdengar beberapa sorakkan di atas kejayaan Rocky itu.

"Wah! kau dah jadi Thor pulak?" usik Qarnain.

Rocky tersengih-sengih.

Di satu penjuru lain, sebuah tiang dengan mudah saja telah tumbang dalam satu tumbukan biasa-biasa saja oleh pak Bahsyir. Bebola cahaya lazer itu tidak mampu bernyala lagi.

"Wah! pak Bahsyir lagi hebat. Rocky terpaksa bersusah-payah juga dengan kapak dan tukul tapi dia hanya guna suatu tumbukan biasa?" Qarnain kagum.

"Ayah jarang menunjukkan kekuatan dan kemampuan sebenarnya. Tapi mungkin kerana kali ini cabaran yang di hadapi lebih getir,jadi dia terpaksa menggunakan nya" kata Lela.

Dalam pada itu Rodin, Ash,Raysha dan lain-lain lebih banyak menumpukan serangan terhadap pengawal-pengawal penjuru. Kali ini agak ramai juga pahlawan-pahlawan yang kecundang. Ada yang mati. Ada juga yang mengalami kecederaan.

Akhirnya setiap tiang dan penjuru di tingkat paling atas kuil itu telah berjaya di tumbang dan di musnahkan semua bebola cahaya lazer yang terdapat padanya.

Pengawal yang ganas dan buas itu akhirnya satu demi satu tersungkur dan hilang nyawa,itupun setelah ramai juga prajurit bawah pimpinan pak Bahsyir yang di tewaskannya.

Mereka bersama-sama memberi bantuan kepada yang tercedera. Yang terkorban mayat nya di susun di suatu tempat sebagai penghormatan.

Sedang mereka bertafakur seketika, muncul beberapa pesawat berbentuk aneh di langit tinggi. Semua mata terpaku dan menjelangak memandangnya.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now