Kuil Malapetaka

46 4 0
                                    

Usai solat subuh,Rodin pun menyampaikan hasrat pergi menyerang ke kuil makhluk penguasa  kepada ayahandanya pak Bahsyir malah menceritakan tentang formasi tujuh simbol seperti yang di beritahu Qarnain dan Rocky.

Pak Bahsyir lantas berjumpa dengan dua pemuda tetamunya itu.

"Jadi kamu berdua tahu tentang tujuh simbol tu?"tanya pak Bahsyir.

Qarnain dan Rocky menganggukkan kepala.

" InsyaAllah, saya hafal semua susunan formasinya. Tapi untuk memecah masuk ke kuil tersebut dan mendaki ke puncak zenith kita mungkin terpaksa bertempur dengan makhluk-makhluk yang berkawal di sana"kata Qarnain.

"Usah risau tentang tu. Rodin akan mengumpulkan pahlawan-pahlawan kampung yang gagah berani dan aku sendiri pun akan turun sekali bersama-sama kamu semua berjuang hingga ke titisan terakhir" kata pak Bahsyir bersemangat sebelum dia berpaling dan merenung jauh.

"Kenapa ayah? seperti ada sesuatu yang bermain di fikiranmu" tanya Rodin.

"Formasi tujuh simbol memang pernah di ceritakan oleh generasi nenek-moyang mu sebelum ini. Cuma tiada siapa pun pernah melihat simbol-simbol tersebut ataupun mengetahui tentang formasinya. Mungkin sebab itulah hal tersebut kian di lupakan.

Tapi bila tetamu kita ini yang datang nya dari jauh mengetahui hal berkaitan,boleh jadi masa berahirnya penguasaan makhluk tu telah hampir tiba.

Nenek moyangmu pernah berpesan,jika kelak generasi seterusnya berpeluang memahami aturan simbol itu,hendaklah di himpunkan sejumlah pahlawan yang berani dan majulah ke medan perang hingga puncak kuil itu berjaya di tawan dan di ubah tetapan simbolnya. Maka segala malapetaka yang di bawa mereka akan berakhir" jelas pak Bahsyir.

Rodin dan semua orang yang berada di situ mengangguk faham.

"Ayuh Rodin,himpunkan pahlawan-pahlawan kita yang berani sekarang" arah pak Bahsyir.

"Perintah di junjung ayahanda" kata Rodin lalu menjalankan perintah yang di suruh.

Gendang perang di mainkan. Maka berpusu-pusulah para pahlawan tidak kira lelaki mahupun wanita bersama senjata masing-masing datang berkumpul di hadapan rumah besar pak Bahsyir sedia menyahut seruan pergi berperang.

Penduduk kampung dan orang biasa memberi laluan hormat kepada mereka.

Qarnain dan Rocky sudah bersedia dengan senjata masing-masing. Ray muncul lengkap memakai pakaian kelubungnya kerana sudah biasa terikat dengan disiplin seorang ninjutsu. Selain pedang turut tersisip beberapa senjata lagi di tubuh nya.

Rodin, Ash dan Lela berdiri di barisan  hadapan sekali sebelum pak Bahsyir selaku ketua kampung memberi sedikit ucapan di hadapan ratusan pahlawan yang berhimpun.

Dapat di lihat dalam diri setiap orang ada semangat yang berkobar-kobar.

"Telah aku curahkan segala ilmu seni persilatan dan kepahlawanan kepada kamu semua. Dan kini telah tiba masanya untuk kamu semua di hantar ke situasi sebenar pertempuran. Ayuh para pahlawan yang berani, manfaatkan sebaik mungkin apa yang telah kamu pelajari dan kuasai. Berbaktilah kepada agama,negara dan masyarakat.

Hari ini kita semua akan menyerang kuil makhluk penguasa yang telah sekian lama mendatangkan malapetaka. Bersama kita adalah sahabat yang datang dari jauh. Mereka memiliki ilmu tentang formasi tujuh simbol seperti yang pernah di sampaikan oleh generasi nenek moyang kita terdahulu.

Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan membebaskan tanah air yang sekian lama di cengkam mereka.

Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah nasibnya" demikian ucapan pak Bahsyir sebelum laungan takbir bergema di seluruh kampung.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now