"Reez, apa kita nak buat sekarang?" soal professor Daud.
"Biarkan sajalah Prof. Dah itu keputusan nya. Kita pun masih ada Rocky untuk meneruskan program ni" balas Reez.
Masing-masing masih terkejut dengan keputusan tarik diri yang di buat oleh Qarnain.
"Maaf Prof, Encik Reez. Aku rasa kamu berdua lebih mementingkan diri sendiri saja. Qarnain dah banyak membantu kamu. Lihat,dia pergi pun tanpa ambil sesen dari habuan yang di janjikan, Padahal dia mempertaruhkan nasibnya sepanjang misi yang di jalankan. Apa lah salah nya kalau kamu turutkan saja permintaan nya buat sekali ni?" Rocky mulai menyuarakan pendapatnya.
Encik Reez dan professor Daud terdiam. Kedua-dua nya termenung panjang.
Mereka mulai mengakui kebenaran kata-kata Rocky.
Qarnain berjalan kaki keluar meninggalkan perkarangan bangunan makmal. Tak sampai beberapa minit dia berjalan, sebuah kereta dari arah yang sama berhenti di sebelahnya.
Tingkap di bahagian sit pemandu terbuka. Seorang lelaki segak bercermin mata hitam dan berjaket menegurnya.
"Qarnain, aku dan Prof dah ubah fikiran. Masuklah" kata lelaki tu.
"Jadi, Encik Reez dan prof akan benarkan aku melakukan perjalanan waktu?"
"Ya. Tapi untuk sekali ini saja Nain" jawab Reez.
Qarnain setuju. Dia pun masuk dan duduk di sit sebelah pemandu sebelum kereta yang di pandu oleh Reez berpatah semula ke bangunan makmal.
* * * * * * * *
Professor Daud dan Rocky gembira bila Qarnain kembali semula. Segala maklumat dan data untuk perjalanan merentas masa yang akan di lakukan oleh Qarnain di masukkan ke dalam komputer.
"Aku harap kau akan temui jawapan yang di cari. Peluang sekali saja. Jangan kau persia-siakan" kata Encik Reez.
Qarnain mengangguk.
"Nak aku temankan kau ke Nain? manalah tau lelaki yang tidur dengan awek kau tu besar gagah orangnya. Boleh aku tolong kau belasah dia" kata Rocky.
"Hahaha kau jangan lah nak melawak Rocky. Dia nak pergi jumpa awek dia buat apa nak bawa kau sekali?"kata Reez.
Qarnain tertawa.
Pusaran vortex pun muncul di bilik makmal bawah tanah tu.
" Semoga berjaya Nain!"ucap professor Daud.
Qarnain mengangguk. Dia melambai sebelum mendorong tubuhnya ke dalam tarikan lubang hitam yang terhasil dari pusaran vortex.
Jasadnya muncul kembali bersama kesedaran ke hari yang sama sewaktu dia di buang kerja dari kedai makan kak Melah dulu setelah terawangan di lorong worm hole yang menghubungkan masa depan dan masa silam.
Qarnain memerhatikan waktu di peranti jam tangannya. Pukul 11:30 malam.
Sempat dia berlari naik ke tingkat atas bangunan rumah kedai tempat dia menyewa bilik. Perlahan-lahan tingkap biliknya di selak.
Qarnain dapat melihat dirinya sendiri sedang tidur nyenyak di katil. Kasihan. Itulah malam yang cukup tertekan bagi diri silamnya.
Tanpa berlengah-lengah, Qarnain pun meninggalkan bangunan tu. Dia menyeberang jalan raya dan menuju ke sebuah bangunan rumah kedai lain yang terletak tidak jauh dari situ.
Tujuannya ialah ke bilik sewa Nia. Malam ini dia akan bongkarkan segala kekusutan yang melanda fikirannya.
Jika benar memang ada lelaki lain bersama Nia, dia akan melihat sendiri dengan mata kepalanya.
YOU ARE READING
Garisan Masa
Science FictionQarnain yang kecewa dengan sejarah silam dirinya pernah terdetik untuk mengubah semua itu sekiranya waktu dapat di undur. Takdir telah menemukannya dengan seorang ejen dari badan perisikkan dan saintis yang bekerjasama mengendalikan sebuah program r...