Makmal

57 5 0
                                    

Lebih kurang sejam perjalanan, mereka tiba di sebuah kawasan yang menempatkan sebuah fasiliti yang agak canggih dan besar.

Ianya sebuah bangunan dengan kawalan keselamatan yang agak ketat. Kelihatan security guard berkawal di setiap pintu pagar masuk.

Cuak juga Qarnain bila dia di arah keluar dari kereta untuk di periksa oleh salah seorang pengawal. Mujurlah Encik Reez ada,malah sudah biasa berurusan di situ.

Dengan kedudukan nya sebagai orang penting dari badan perisikan negara jadi mereka pun di benarkan masuk tanpa banyak halangan.

Kereta di parkir di tempat yang di sediakan. Ada halaman yang menghijau dan di hiasi dengan dekorasi yang menarik.

Bendera negara berkibar megah di suatu sudut.

"Ok kita dah sampai" kata Encik Reez.

"Universiti ke ni?" tanya Qarnain. Ejen dari badan perisikan itu tersenyum.

"Ni salah satu fasiliti yang menempatkan makmal kajian khusus dalam bidang sains dan fizik" jelas Encik Reez.

Mereka keluar dari kereta dan berjalan meninjau di sekeliling. Suasana aman tenteram dan jauh sedikit dari kesibukan kota.

"Segala macam eksperimen dan ujikaji di lakukan di sini"

"Termasuk mesin masa tu?" soal Qarnain.

Encik Reez menganggukkan kepalanya.

"Kau juga akan tinggal di sini sepanjang melaksanakan tugasan dan misi yang di berikan"

"Err..takkan tidur kat makmal?" Qarnain tertanya-tanya.

Encik Reez ketawa.

"Bangunan sebesar ni takkanlah ada makmal je? mestilah ada bilik yang selesa di sediakan untuk kau nanti"

Qarnain mengangguk.

"Dah,jom aku bawak kau masuk dan berjumpa dengan seseorang" kata Reez sambil melangkah pergi. Qarnain menurut dari belakang.

Sekali lagi dia di periksa oleh pengawal keselamatan di pintu masuk.

"Wah hebat betul tempat ni" Qarnain kagum sewaktu melalui bilik-bilik makmal di kiri kanan laluannya.

Sesekali Encik Reez bertegur sapa dengan beberapa orang yang di kenalinya. Qarnain leka memerhatikan beberapa orang yang sedang sibuk membuat eksperimen di makmal melalui tingkap cermin.

"Baiklah,kau dah sedia?" tanya Reez.

Qarnain mengangguk.

Mereka masuk ke dalam sebuah lif dan menuju ke tingkat bawah tanah.

Sebuah bilik makmal yang di penuhi pelbagai peranti dan komputer terbentang di depan mata sejurus pintu lif terbuka.

Ada seorang lelaki berambut panjang dan sedikit beruban serta memakai baju kot makmal berwarna putih sedang tekun membuat analisis melalui sebuah komputer.

"Hei Reez!" dia menyapa sambil melambai.

"Prof, nampaknya kita dah ada volunteer untuk projek tu" kata Encik Reez sambil berjalan menghampiri lelaki tersebut. Qarnain mengikuti saja dari belakang.

"Perkenalkan, ini Professor Daud" kata Reez.

Qarnain bersalaman dengan lelaki berambut panjang dan beruban itu sambil memperkenalkan dirinya pula.

"Selamat datang Qarnain" kata Prof Daud sambil membetul-betulkan cermin matanya.

Di ruang tengah makmal terdapat sesuatu yang di tutupi dengan kain pelindung. Apa yang pasti ianya adalah sebuah peranti yang sangat besar.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now