Tarik Diri

53 2 0
                                    

Seminggu telah berlalu. Sepanjang hari-hari yang terluang itu Qarnain dan Rocky di beri pelepasan untuk meninggalkan bangunan fasiliti makmal.

Kesempatan yang ada di gunakan pulang ke kampungnya dan tinggal bersama Ijal.

Seronok rasanya setiap kali menjejakkan kaki ke situ. Suasana kampung aman dan damai cukup mententeramkan jiwanya.

Ikutkan hatinya mahu saja dia tinggal terus di kampung. Tapi apakan daya,Qarnain masih terikat dengan projek rahsia di bawah kendalian badan perisikan negara.

Dia kembali semula ke jabatan makmal yang kini telah menjadi 'kediaman' barunya.

Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Entah kenapa Qarnain kerap termimpikan Nia. Seakan-akan Nia ada sesuatu yang ingin di sampaikan kepadanya.

Tapi apa? Entahlah. Sepanjang hari Qarnain banyak termenung memikirkan nya.

Lebih aneh mimpinya melihat Nia bersama lelaki lain itu kerap berulang.

Kata-kata tersirat yang pernah di ucapkan oleh Nia seperti "habis yang awak cemas semalam tu kenapa? awak cakap takut kehilangan saya.." kembali berligar-ligar di fikiran Qarnain.

Hal itu berlaku betul-betul sehari selepas dia di buang kerja dari kedai makan kak Melah.

Qarnain dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku pada Nia pada malam sebelumnya. Malam yang sama dia pulang dan tidur awal kerana tertekan akibat konflik di kedai kak Melah.

Apa sebenarnya yang berlaku malam tu? Persoalan itu terus-terusan menerjah ke benaknya.

Ada Qarnain bercerita tentang hal itu kepada Rocky sewaktu mereka lepak-lepak di restoren.

"Aku rasa mungkin kau patut pujuk professor Daud dan Reez hantar kau naik mesin masa ke malam kau di buang kerja tu. Then kau boleh siasat sendiri" cadang Rocky.

Qarnain tersentak. Alangkah bernasnya idea Rocky. Kenapa lah dia tak terfikir tentang itu? Sedangkan dengan mesin tu saja dia telah berpeluang kembali ke masa silam sewaktu dia melakukan rompakkan lima tahun lalu serta ke masa hadapan yang jaraknya ratusan tahun.

Apa sangatlah kalau setakat kembali ke masa beberapa bulan lalu pada malam dia di buang kerja. Itulah satu-satunya cara bagi Qarnain untuk mengetahui hal yang sebenarnya.

Akhirnya Qarnain telah menyampaikan hajatnya kepada professor Daud dan Reez.

"Tidak Qarnain! kita di sini untuk melakukan misi-misi yang lebih penting. Bukan untuk hal-hal remeh seperti itu" bangkang ejen Reez.

"Nain, teman wanita kau pun dah tiada. Hidup dan mati ketentuan Ilahi. Bukan urusan kita untuk mengubah apa yang telah tertulis" kata professor Daud pula.

"Tapi prof,Encik Reez.. aku cuma ingin mencari jawapan dan kepastian saja dari persoalan yang timbul,bukan ingin mengubah takdir" sanggah Qarnain.

Malangnya hajat Qarnain tidak kesampaian. Reez dan professor Daud tetap dengan pendirian mereka tidak bersetuju.

Qarnain pulang dan termenung panjang di sofa. Fikiran nya masih di belenggu mimpi-mimpi tentang Nia. Mungkin sudah takdir untuk dia terus hidup dengan persoalan-persoalan yang membingungkan itu.

                       * * * * * * * *

Professor Daud dan Reez bingkas bangun dan menghampiri mesin waktu itu ketika pusaran vortex telah muncul.

Qarnain dan Rocky selamat tiba semula di makmal setelah selesai menjayakan suatu misi yang di tugaskan kepada mereka berdua.

"Syabas Rocky! Qarnain!" ucap professor Daud dan Reez gembira kerana ini adalah misi ketiga yang telah di sempurnakan.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now