Bergema di ruangan makmal bilik bawah tanah itu sebagai signal kembalinya Qarnain dan Rocky setelah di hantar ke masa hadapan.
Professor Daud dan Reez yang sedang leka bermain catur di meja makmal segera meluru ke peranti mesin masa dan menyambut kedua orang pemuda tersebut.
"Wah,apa dah jadi dengan korang berdua ni? yang kau ni apa hal sampai berbungkus-bungkus lengan tu Rocky? luka bahu kau?" tanya Reez.
"Fuh! kena penangan shuriken lah Encik Reez" jawab Rocky.
"Itu senjata ninjutsu. Ray cukup mahir dengan dengan benda-benda tu. Jadi kamu berdua dah berjaya temui subjek?" soal professor Daud.
"Sudah prof" jawab Qarnain.
"Kalau dah jumpa, mana Raysha?kenapa tak bawa dia pulang?" tanya Reez.
"Kami dah pujuk. Ray sendiri yang buat keputusan untuk terus tinggal di sana. Kami pun tak boleh buat apa-apa" jelas Qarnain.
Professor Daud dan Reez saling berpandangan.
"Hairan,kenapa pulak dia enggan pulang? Apa sebenarnya yang berlaku di sana?" soal professor Daud.
"Hm,panjang ceritanya" ujar Rocky.
"Wow! ada apa-apa yang kamu berdua nak jelaskan tentang pedang dan kapak yang kamu bawa ni?" tanya Reez.
Qarnain dan Rocky tersenyum.
"Hahah, menarik cerita yang kita akan dengar sambil makan tengahari nanti Reez" kata professor Daud.
"Yep,baiklah. Kamu berdua pergilah mandi dan tukar pakaian dulu. Jumpa kalian di kantin makmal setengah jam lagi" cadang Reez.
"Orait,perut pun dah berkeroncong ni" kata Qarnain.
* * * * * * * *
Sewaktu makan di kantin makmal,Qarnain dan Rocky pun menceritakan pengalaman mereka sejurus tiba di tahun 3019.
Terlopong ejen Reez dan professor Daud apabila mendapat tahu bandaraya Kuala Lumpur pada waktu itu telah menjadi kota purba dan gersang. Runtuh segala pencapaian tamadun yang di bina. Kuil aneh yang di bangunkan makhluk penguasa galaksi itu bukan saja mematikan tenaga elektrik buat selamanya, malah menukar bandar Kuala Lumpur menjadi seperti sebuah gurun pasir yang panas akibat kemampuan teknologi mereka memanipulasikan cuaca.
Ia bukan saja membinasakan kehidupan manusia, malah penyebab kepupusan banyak haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak mampu lagi tumbuh.
"Jadi,itulah yang menjelaskan tentang langit bertukar merah tu?" kata Reez.
"Ya,dari tiga orang sahabat yang di temui,kami di fahamkan makhluk asing tu turut melakukan eksperimen menghasilkan makhluk-makhluk kacukkan guna untuk membuat kerosakkan di sana-sini" jelas Qarnain.
"Kebetulan kami jumpa tiga sahabat tu pun ketika mereka sedang meronda mencari dan membasmi telur-telur makhluk kacukan tu kat kota" tambah Rocky.
"Hm,boleh jadi juga bandar purba Kuala Lumpur di jadikan sebagai tempat penetasan dan pembiakannya. Aku pasti cuaca panas ekstrim akibat kuil binaan tu turut membantu proses tersebut" ujar professor Daud.
"Maksud Prof jika kuil tu di musnahkan,pembiakan makhluk tu dapat di hentikan?" teka Qarnain.
"Ya,malah mungkin langit akan kembali membiru. Cuaca akan kembali ke sediakala. Sumber elektrik dunia yang sejak sekian lama di kekang oleh teknologi kuil mereka akan kembali berfungsi" jelas professor Daud lagi.
"Nampaknya masih ada harapan"
"Tapi,itu mustahil untuk di laksanakan. Siapa lah yang berani dekat dengan kuil tu?" celah Reez.
YOU ARE READING
Garisan Masa
Science FictionQarnain yang kecewa dengan sejarah silam dirinya pernah terdetik untuk mengubah semua itu sekiranya waktu dapat di undur. Takdir telah menemukannya dengan seorang ejen dari badan perisikkan dan saintis yang bekerjasama mengendalikan sebuah program r...