Penguasa Galaksi

53 3 0
                                    

Encik Reez tersandar di sofa dalam makmal. Dia termenung jauh. Sesekali dia bangun dan berjalan ke hulu ke hilir. Lagaknya seperti orang yang terlalu banyak berfikir.

"Kau kenapa Reez? macam tak senang duduk je aku tengok?" tegur professor Daud sambil menghidangkan kopi panas.

"Aku risaukan tentang mereka. Kita tak tahu bagaimana keadaan di dunia berlangit merah tu. Entah kan jumpa atau tak subjek yang di cari?" jelas Reez.

"Kau jangan risau lah. Ini bukan kali pertama Qarnain dan Rocky di hantar ke sesuatu garisan masa. Aku fikir mereka pasti cukup matang dan bijak membuat keputusan. Sudah,kau duduklah minum kopi ni" kata professor Daud.

                       * * * * * * * *

Sementara itu Rocky dan Qarnain telah bersedia untuk mempertahankan diri sekiranya tiga orang berpakaian compang-camping itu ingin mengapa-apakan mereka.

"Berambus kau dari sini! kalau kau fikir kami akan menyerah kepada pihak penguasa galaksi kau dah silap besar! kami sanggup bergadai nyawa hingga ke titisan terakhir!" kata salah seorang lelaki sambil mencapai pedang yang tersisip di belakangnya.

Dua orang temannya yang lain turut berbuat demikian.

"Nanti,nanti dulu. Siapa penguasa galaksi tu? kami tak kenal mereka" kata Qarnain.

"Kebolehan spesis kau mengubah ke rupa bentuk manusia takkan berjaya menipu kami" kata si wanita pula.

"Hoi kami ni manusia lah. Ada rupa macam makhluk asing ke?" sergah Rocky.

Wanita tadi menghunus mata pedangnya ke leher Rocky. Wajahnya serius saja.

Qarnain mulai cuak.

"Pheww..janganlah garang sangat cik adik" kata Rocky tersenyum kelat.

Tiba-tiba wanita itu bertindak di luar
dugaan dengan menghiris sedikit di lengan Rocky.

Arghhh!

Rocky mengerang.

"Aduh! apa kamu buat ni?"

"Rocky!" Qarnain cuba menghalang wanita tersebut.

Dua orang lelaki tadi menghunus pedang ke arahnya pula.

Darah menitis dari lengan Rocky.

"Lela,Ash,cukup. Simpan pedang tu. Darah nya merah. Mereka manusia macam kita juga" arah lelaki yang mungkin ketua di antara tiga orang yang berpakaian compang-camping.

Qarnain pun membuka beg galas nya. Kit kecemasan di keluarkan. Dia mencuci dan membalut luka di lengan Rocky.

"Kau ok tak?"

"Ok. Fuh! malang betul nasib" jawab Rocky.

"Maafkan kami. Tadi kami sangkakan kamu ni pengikut penguasa galaksi"kata si lelaki.

" Siapa mereka tu?"tanya Qarnain.

"Makhluk asing dari planet luar. Mereka mempunyai kebolehan mengubah rupa bentuk seperti manusia. Maaflah kerana Lela telah menghiris lengan kamu tadi untuk memastikan samada darah kamu berwarna merah atau hijau. Itu lah yang membezakan kita dengan makhluk tersebut"

Qarnain dan Rocky menarik nafas lega.

"Oh ya,kamu berdua ni dari mana? rasanya agak aneh pakaian yang kamu pakai ni" tanya wanita yang bernama Lela.

"Kami sebenarnya berasal dari tahun 2018"

"Penjelajah waktu? apa tujuan kamu ke mari?" tanya lelaki yang seorang lagi.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now