Formasi Simbol

62 5 0
                                    

Professor Ghafar mengajak para tetamunya menuju ke suatu sudut lain. Di dalam sebuah peti kaca terpamer sebuah tablet batu bertulisan paku atau kuneiform.

Peti itu pun di buka.

"Nah,kamu lihat ni" katanya. Semua orang mulai mengelilingi Professor Ghafar untuk melihat dengan lebih dekat.

Di atas kuneiform itu tertera tulisan arkaik dengan banyak simbol-simbol aneh yang mencengangkan.

"Lihat ni!" kata Qarnain.

Semua mata tertumpu ke arah yang di tunjukkan.

Terdapat simbol-simbol yang sama tertera pada ukiran pedang yang di bawa.

Rocky turut memeriksa ukiran kapak dan turut menjumpai ukiran simbol yang sama terdapat di atas batu pepaku tersebut.

"Dahsyat, adakah tablet batu ni di buat oleh pihak yang sama menciptakan pedang serta kapak tu?" tanya Reez.

"Mujurlah aku mempunyai seorang teman yang pakar menterjemahkan tulisan paku ni. Nasib aku agak baik kerana sempat menemuinya dan meminta bantuannya tidak lama sebelum dia mati kerana sakit kanser.

Biar aku mudahkan saja penjelasan ni supaya kamu senang memahaminya.

Tablet ni di ukir oleh suatu kaum purba yang mendakwa perkampungan mereka di serang oleh makhluk-makhluk dari angkasa lepas yang membangunkan sebuah kuil misteri penyebab malapetaka"

Serta-merta Qarnain, Rocky, Professor Daud dan Reez berpandangan sesama sendiri.

"Ladang-ladang dan haiwan ternakan mereka mati mendadak. Lama sebelum hal itu nenek moyang mereka telah meramalkan kedatangan makhluk tersebut serta meninggalkan manuskrip purba mengandungi formasi simbol.

Menurutnya lagi,di dalam kuil tu ada bebatuan terapung dan membentuk seperti tangga yang melingkar naik ke atas menuju ke puncak zenith di mana letaknya paparan simbol.

Sesiapa yang mampu sampai ke situ,dia harus mengubah kedudukan simbol yang di tetapkan mengikut aturan formasi seperti dalam manuskrip" jelas Professor Ghafar lagi lalu menunjukkan formasi tujuh simbol tersebut.

Semua orang menatap formasi tersebut.

"Jadi,apa yang akan berlaku setelah tujuh simbol ni di tetapkan?" tanya Reez.

"Segala malapetaka yang di timbulkan oleh kuil tersebut akan terhenti. Suatu frekuensi aneh akan keluar dan membunuh setiap makhluk-makhluk asing tersebut tak kira dekat mahupun jauh.

Malah di katakan frekuensi tersebut tidak dapat di dengari oleh manusia. Setelah itu keadaan dunia akan kembali normal. Segala teknologi yang di bangunkan oleh makhluk itu tidak akan berfungsi lagi. Kuil yang di bina akan musnah.

Dalam erti kata lain,formasi simbol itu adalah kod pemusnahan bagi seluruh bangsa makhluk asing tersebut. Ia seperti hari kiamat bagi mereka" jelas Professor Ghafar panjang lebar dan terperinci.

"Fuh,dahsyat betul" kata Rocky.

"Ya, tapi sejauh mana kebenaran seperti yang di ungkapkan dalam tablet batu kuneiform ni tiada siapa yang dapat memastikan nya" kata Professor Ghafar.

Dia menyimpan semula batu bertulisan paku tersebut di dalam peti kaca khas yang di sediakan. Kemudian di belek nya sekali lagi pedang dan kapak yang di bawa.

"Jika benar senjata ini adalah ciptaan bangsa makhluk asing tu berdasarkan simbol-simbol yang seperti di ungkap pada tablet batu,jadi ini bermakna kewujudan makhluk pendatang dari angkasa tu juga adalah benar.

Oh ya,dari mana kamu memperolehi senjata ni?" tanya Professor Ghafar.

"Dari suatu tempat yang sangat jauh. Namun ia harus di pulangkan ke tempat asalnya" jawab Reez.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now