Pulau Area X

64 5 0
                                    

Menurut Al-Drian, pulau di area X itu adalah pulau terpencil yang tidak di huni manusia. Letaknya di Kelang. Sudah beberapa abad pulau itu terbiar dan berhutan tebal.

Kenderaan yang di naiki mereka terbang laju di udara merentasi laut Kelang. Pelabuhan Kelang yang di lalui sudah amat berbeza dari apa yang ada di zaman asal Qarnain.

Kapal-kapal dengan reka bentuk canggih dan futuristik memenuhi pelabuhan tua itu. Robot-robot telah mengambil alih segala tugasan manusia.

Akhirnya kenderaan mereka mendarat di sebuah pulau kecil yang agak tersembunyi di antara pulau-pulau kecil yang lain.

"Hm mungkin pulau ni dulu lokasi pulau ketam atau pulau indah" kata Qarnain.

"Wah,jadi ratusan tahun lalu pulau ni ada penghuninya?"

"Ya. Tapi aku agak je. Tak dapat nak pastikan sebab berbeza benar suasana kini dan dulu" kata Qarnain.

Melihatkan hutan tebal itu saja Qarnain percaya yang pulau itu telah lama terbiar tanpa di kunjungi manusia. Di abad termaju itu ia kian di lupakan.

"Fuh,susah aku nak percaya orang yang kau cari tu masih ada bersembunyi di sini. Kalau aku jadi dia,aku lebih rela di tangkap peronda cyborg dari tinggal di hutan yang mengerikan ni" kata Al-Drian.

"Alang-alang dah sampai kita cari je lah sampai dapat''kata Qarnain.

"Kita?"

"Al,kalau kau takut,tunggu lah sini. Biar aku redah hutan ni" kata Qarnain sambil mulai melangkah masuk ke hutan.

"Gila kau,tak berani aku sorang-sorang" balas Al-Drian lalu menuruti Qarnain dari belakang. Dia terapung-apung di udara dengan kasut apungan.

"Aku rasa elok kita berjalan secara terapung je lebih selamat. Aku ada sepasang lagi kasut apungan dalam kostum memori. Kau nak tak?"kata Al-Drian.

Qarnain tertawa. Dia tahu pemuda dari abad moden itu pasti janggal dan seumur hidup tidak pernah berjejak ke hutan. Hidupnya terlalu bergantung pada gajet dan teknologi sahaja.

" Tak pe. Aku jalan kaki je"katanya.

"Hei kau ni berani sangat. Aku dengar dalam hutan tebal begini macam-macam binatang buas ada"kata Al-Drian. Tubuhnya terapung separas kepala Qarnain.

" Haha kau cuma dengar tapi pernah kau masuk hutan dan lihat sendiri? "

"Hm baiklah. Aku mengaku aku biasa dengan hutan batu futuristik je. Tapi kau pun perlu ingat,teknologi sebenarnya banyak membantu kita.." Al-Drian terus berjalan lebih depan dari Qarnain sambil mengomel.

Sewaktu dia melepasi di antara dua batang pokok tiba-tiba tubuh pemuda itu terkena sesuatu jerat.

"Alamak! apa pulak ni?!" dia meronta-ronta. Tubuhnya terbungkus dalam jala yang di perbuat dari akar-akar pokok dan terbuai-buai di udara.

Qarnain tersentak. Dia pasti ada orang lain di hutan itu selain dia dan Al-Drian. Kalau tidak masakan ada jerat yang di pasang?

"Qarnain! tolong aku! tolong!" Al-Drian terus meronta cuba melepaskan diri. Dia menjerit dan melolong-lolong di tengah hutan.

"Sabar Al,kau jangan panik sangat. Biar aku fikirkan sesuatu" kata Qarnain. Otaknya ligat berfikir.

"Hei kau ada pisau tak?" tanya Qarnain.

"Apa?pisau? siapa lah yang perlukan pisau dalam zaman serba moden ni?..tentulah tak de" katanya.

"Aduh. Habis apa je yang kau simpan dalam kostum memori tu?"

"Err..kereta,permainan virtual,robot,gajet...

PRAKK!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi ranting di pijak sesuatu. Qarnain dan Al-Drian senyap dan memasang telinga.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now