Bertemu Lagi

44 4 0
                                    

"Eh? itu Ray!" kata Rocky.

"Ray!" teriak Qarnain ke arah kelibat manusia yang berdiri dari dalam tingkap pecah sebuah bangunan usang.

Wanita itu memanggil mereka naik untuk membantunya.

"Agaknya makhluk-makhluk keparat tu bersarang dalam bangunan. Ayuh kita bantu Ray" kata Rocky.

Bangunan berbentuk aneh itu di ceroboh masuk. Tulang-tulang dan bangkai bersepahan di dalamnya. Hanyir dan busuk bau nya. Qarnain dan Rocky berhati-hati agar tidak terpijak atau tersandung jatuh.

Ia nya sebuah bangunan yang futuristik, namun kian usang di mamah masa yang berlalu. Ada lif-lif yang canggih di dalamnya. Namun terbengkalai semenjak bekalan elektrik di sekat oleh teknologi kuil binaan makhluk penguasa.

Tangga satu-satunya jalan untuk naik dan turun ke setiap tingkat.

Selain tulang-tulang dan bangkai,terdapat kulit-kulit telur yang telah pecah bersepahan. Boleh jadi ia telah menetas atau pun mungkin sisa-sisa telur yang telah di musnahkan.

Tingkat demi tingkat di naiki.

"Bunyi apa tu?" tanya Qarnain.

Langkah terhenti di tangga. Mereka memasang telinga. Ada bunyi dengkuran yang garau dan menakutkan sayup-sayup di tingkat seterusnya yang akan di naiki.

"Pasti makhluk tu!"

Mereka meneruskan langkah. Gentar tidak sekali. Pintu masuk ke tingkat datang nya suara eneh itu di rempuh hingga terbuka.

"Qarnain! Rocky! kamu kemari lagi?" Rodin terkejut melihat kemunculan dua pemuda tu. Lela dan Ash juga ada sama.

"Fuh! mujurlah jumpa kamu semua..kami terpaksa kembali ke sini untuk....

"Nanti saja kita bercakap. Ayuh bantu kami" kata Rodin.

"Baiklah!"

Qarnain dan Rocky menyertai tiga sahabat itu. Di hadapan mereka ada suatu makhluk yang amat aneh sekali berupa katak dengan badan yang besar menggeleber seperti suatu longgokkan daging jalan mengensot. Suara dengkuran tu datang darinya.

"Aneh betul rupa bentuknya"

"Ya,awas semburan air liur nya. Beracun" Rodin memberi amaran.

Lela melepaskan anak panah dari busurnya. Tepat menikam ke badan makhluk tersebut, namun itu sedikit pun tidak menyakitkan nya.

Dengusan nya kian rancak. Mungkin berang ia pun melepaskan suatu cairan dari mulutnya.

"Mengelak!"

Air liur beracun itu tepat mengenai pintu masuk di belakang. Berasap.

Mereka berlima menyerang dengan lebih dekat. Makhluk besar itu cuba menggapai manusia-manusia di depannya dengan tangan nya yang kontot dan tenggelam dalam lemak dan daging tubuhnya, namun pergerakkan nya terlalu lembab.

Ia terus mengensot dan sesekali meludahkan air liur nya tapi mudah saja di elak oleh kelima-lima mereka.

Terobek-robek gumpalan daging dengan darah hijau dari tubuh makhluk tersebut terkena libasan demi libasan serta tikaman pedang.

Ketika ia mendongak mengumpulkan air ludah untuk menyerang,Rocky membenam kapak nya ke halkum makhluk tu hingga terbenam. Kepalanya terus terdongak ke atas kerana terhalang oleh senjata tu. Meronta ia tak dapat melihat ke depan lagi.

"Haha bagus! elok juga ia berada dalam keadaan begitu" kata Rodin.

"Tapi kita masih tak tahu bagaimana nak membunuhnya?" kata Lela.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now