Galeri Artifak

53 5 0
                                    

"Kau percaya tak,seribu tahun dari sekarang, tempat ni akan bertukar sepenuhnya menjadi gurun tinggalan kota purba?"soal Qarnain.

" Aku percaya"ringkas jawab Rocky.

"Aneh rasanya"

"Apa maksud kau Nain?"

"Kan baru je sebentar tadi kita bersama Rodin, Lela dan Ash berganding bahu bertempur dengan makhluk-makhluk asing tu kat sini" jawab Qarnain.

"Hei,bukan tadi lah..seribu tahun lagi"

"Tapi dengan mesin masa tu kita dah melaluinya tadi"

"Huh apa-apa je lah Nain,pening kepala aku"

Qarnain tertawa kecil.

"Ke kita nak berdiri kat tengah dataran merdeka ni sampai esok?" tanya Rocky.

"Haha sebelum kaki kau patah,jom kita blah"

Kedua pemuda itu pun berjalan pergi sambil menikmati suasana di sekeliling. Bangunan Sultan Abdul Samad masih berdiri gah tidak jauh dari situ. Orang ramai bebas ke sana ke mari dengan tujuan masing-masing. Jalan raya pun masih sibuk dengan kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang.

Jauh di sudut hati,Qarnain dan Rocky bersyukur kerana di abad ke 21 itu langit masih membiru memayungi bandaraya Kuala Lumpur. Tak di nafikan ada krisis yang timbul gara-gara percakaran politik serta kebangkitan rakyat yang tertindas dek pelbagai bentuk kezaliman sistem ciptaan manusia,namun negara masih aman damai dan mengecap kemakmuran tanpa peperangan yang membinasakan.

* * * * * * *

Lebih kurang jam 10 pagi keesokkan harinya,sebuah helikopter yang di pandu sendiri oleh Professor Daud mendarat di kawasan lapang bangunan jabatan makmal.

Pedang dan kapak milik makhluk asing yang di bawa pulang dari tahun 3019 itu sudah siap di masukkan ke dalam sebuah beg khas yang di bawa Qarnain dan Rocky.

"Wah,kenapa kita kena naik helikopter pulak?" tanya Qarnain yang duduk di sit belakang bersama Rocky sementara Reez dan Professor Daud di bahagian kokpit.

"Tiada jalan darat ke sana. Sahabat aku ni tinggal di sebuah pulau persendirian miliknya" ujar Professor Daud.

"Hebatnya,boleh beli pulau macam selebriti Hollywood,pasti bukan calang-calang orang ni" kata Reez.

"Ya, dia mahukan privacy. Jauh dari orang lebih selamat untuk membina galeri menyimpan pelbagai koleksi artifak berharga miliknya" jelas Professor Daud.

Helikopter itu mulai terawangan di udara sebelum meluncur pergi membelah langit biru.

Mereka tidak banyak berbual. Lagipun Professor Daud harus menumpukan perhatian pada pemanduan nya.

Kagum mereka sewaktu helikopter itu terbang merentas lautan biru yang indah berkilauan di panah mentari pagi. Segar dan nyaman rasanya dapat menikmati panorama yang membentang luas.

Hampir sejam perjalanan akhirnya mereka mendarat turun di sebuah pulau.

Dari atas dapat di lihat sebuah rumah mewah tersergam indah lengkap dengan padang golf,kolam renang dan kawasan lapang untuk pendaratan helikopter.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60 an,bercermin mata dengan rambut putih beruban melambai mereka sejurus helikopter yang di naiki selamat membuat pendaratan.

Dia bersegera menghampiri. Mereka pun turun.

"Professor Ghafar,wah asyik bermain golf nampaknya" sapa Professor Daud.

"Hahaha tapi tak boleh challenge Professor Daud lagi handal" balasnya. Kedua sahabat itu tertawa sambil berpelukan.

"Ini aku perkenalkan pada kamu semua,Professor Ghafar. Seorang ahli arkeologi terulung" kata Professor Daud.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now