Mimpi

60 5 0
                                    

Professor Daud tersandar di kerusinya sambil menghirup kopi. Reez pula sudah terlena di atas sofa makmal.

Sudah beberapa jam berlalu. Andai kata Qarnain tidak pulang dalam masa terdekat,terpaksalah mereka bermalam di bilik bawah tanah tu menanti kepulangan nya.

Hampir terlepas cawan kopi dari tangan professor Daud bila peranti mesin waktu mulai bergema dan menghasilkan vortex.

"Reez, bangun cepat!"

Ejen dari badan perisikan itu terjaga bila terasa bahunya di goncang seseorang.

Dia bingkas bangun dari sofa.

Penantiannya berakhir bila Qarnain dan subjek yang di cari kini muncul semula di bilik makmal. Pusaran vortex itu kembali hilang. Keadaan kembali tenang.

Terdengar sorakan professor Daud dan Reez memecah suasana menandakan misi ke dua telah berjaya di lakukan.

"Syabas Qarnain! sejak dari awal lagi aku dah tahu kau memang boleh di harap untuk tugasan begini" kata Reez.

"Rocky,selamat kembali" ucap professor Daud.

Komando itu memeluk professor Daud dan Reez. Air matanya bergenang. Hanya syukur yang mampu di ucapkan setelah kembali semula ke zaman asalnya.

"Wow wow dah macam tarzan malaya terakhir rupa kau Rocky" usik Reez. Komando itu gelak terkekek.

"Berbulan aku duduk dalam hutan. Bertumbuk dengan polis cyborg,jerat binatang untuk buat makanan..

"Polis cyborg?" Reez hairan.

"Tahun 2783 semuanya robot. Polis,askar,err badan perisikan pun robot dah ambil alih" jelas rocky.

"Ye ke? habis,aku takde kerja lah kalau tinggal di zaman tu?"

Qarnain,professor Daud dan Rocky gelak berdekah-dekah.

"Hm pasti banyak cerita menarik dari kamu berdua selama di masa depan. Apa kata kita lepak di kantin makmal dan berbual panjang" cadang professor Daud.

"Ahah itu idea baik prof. Tapi aku rasa nak mandi dulu. Kamu berjalan lah dulu ke sana. Nanti aku menyusul" kata Rocky. Dia mendapatkan pakaian dan tuala sebelum menuju ke bilik mandi.

Terlopong professor Daud dan Reez mendengar cerita dari Rocky dan Qarnain.

"Betul Prof,Encik Reez.. aku naik kereta terbang mengelilingi kota. Kuala Lumpur dah jadi bandar mega yang di kenal sebagai Lumporia. Macam roket lajunya motor budak-budak remperz tu sewaktu di kejar peronda cyborg. Robot besar-besar terbang bawak kargo. Pakaian masyarakat nya pelik-pelik belaka" bersungguh-sungguh Qarnain bercerita.

"Tinggi betul tahap sains fiksyen nya" kata Reez tersenyum. Memang sukar nak di terima dek akalnya kerana tidak melihat sendiri.

"Sains fakta Encik Reez.." Qarnain membetulkan.

"Betul cakap Qarnain tu. Di sana time travelling ni satu jenayah. Kalau tertangkap akan di tuduh sebagai penceroboh masa. Hanya badan perisikan saja yang ada kuasa untuk buat perjalanan masa" tambah Rocky.

"Hm,sekurang-kurangnya kita tahu di masa depan nanti Malaysia bukan saja sebuah negara maju malah advance dalam teknologi mesin masa juga" kata professor Daud.

"Ya,aku percaya di sini lah segalanya bermula. Wah prof,pasti nama kau mahsyur ketika tu. Maklumlah kau perintis pembangunan teknologi ni di negara kita" kata Reez.

"Bukan aku saja. Kamu semua sekali telah sama-sama memainkan peranan penting untuk sampai ke tahap itu" kata professor Daud.

"Apa misi seterusnya?"tanya Qarnain.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now