Terus Mara!

47 4 0
                                    

Zapp!

Sebatang anak panah menikam tepat di belakang tubuh pengawal bersayap. Perbuatannya ingin menerkam dan menyerang curi ke atas Qarnain telah di gagalkan. Memancut darah hijau nya di sertai erangan kesakitan.

Rupanya Lela yang telah memberi bantuan. Qarnain memberi isyarat terima kasih kepadanya. Kalau bukan kerana pertolongan Lela,sudah pasti Qarnain akan menjadi mangsa.

Rocky yang baru selesai memberi bantuan kit kecemasan pada seorang pahlawan lain lantas mencapai kembali senjata kapaknya. Laju dia meluncur ke arah pengawal bersayap yang cuba menyerang Qarnain tadi.

"Celaka manusia!" garau saja suara si pengawal bersayap bila menoleh dan mendapati Rocky sedang menyasarkan serangan ke arahnya.

Api di sembur ke arah Rocky. Pantas Rocky mengesampingkan dirinya. Dia berguling-guling menghampiri lalu kapak pun di hayun kencang.

Terbelah dua kepala makhluk pengawal itu. Menyembur darah dan isi-isi otaknya. Menggelupur dan akhirnya maut. Rocky tersengih sebelum dia pergi menyertai pahlawan-pahlawan lain.

Pak Bahsyir tenang saja sewaktu menghadapi pengawal bersayap. Kelam-kabut musuh ingin menyerangnya tapi gagal. Tau-tau makhluk itu telah lumpuh dan tidak bergerak-gerak lagi. Rupanya pak Bahsyir telah mematikan urat utamanya.

Pengawal yang lumpuh itu di tinggalkan kepada pahlawan-pahlawan lain dan muridnya untuk di tamatkan riwayat.

Satu demi satu pengawal akhirnya di kalahkan. Mereka pun meneruskan langkah mendaki ke tangga tingkat dua kuil dan berhenti di kawasan lapang yang di sediakan.

Pengawal di tingkat dua pun membuka pintu jeriji  besar yang terletak di tengah-tengah antara dua tangga menuju ke tingkat tiga.

"Awas semua! siap sedia!" pak Bahsyir mengingatkan prajurit-prajurit yang bersama nya.

Terdengar suara garau makhluk yang sangat buas mengaum-ngaum seperti seekor singa lapar. Tak berkelip mata setiap orang dari pintu yang telah di bukakan.

Keluar suatu makhluk yang besar dan mengerikan. Wajahnya seakan kepala buaya memanjang dengan gigi yang tajam bak mata pedang. Berterabur pahlawan-pahlawan manusia di hadapannya lari menuruni tangga apabila ia memuntahkan bola-bola berduri.

Ada yang kurang bernasib baik apabila terkena bebola duri tersebut. Luka-luka tubuh badan mereka.

"Alamak,bagaimana kita nak hadapi makhluk ni?" tanya Qarnain ketika semua orang telah turun semula ke kaki kuil sambil mengelakkan bola-bola duri yang berguling-guling jatuh dari atas dengan banyaknya.

Para pahlawan berganding bahu mencantas nya dengan pedang,namun ia agak keras dan memakan masa untuk di hancurkan.

"Cukuplah, itu hanya akan bazirkan masa dan tenaga saja" larang pak Bahsyir. Semua orang berhenti.

"Kamu semua tunggu di sini. Biar aku naik dan menghadapinya sendirian. Setelah aku matikan urat yang akan menyebabkannya tidak boleh bergerak,nanti barulah kamu naik membantu ku" kata pak Bahsyir.

"Tidak pak Bahsyir, biar aku saja lakukannya. Aku masih ada senjata rahsia yang belum di gunakan" kata Raysha.

"Baiklah,hati-hati"

Raysha mengangguk sebelum pantas meluncur laju mendaki tangga kuil. Mudah saja dia menyusup-nyusup dan mengelakkan bebola-bebola berduri yang kian banyak di lepaskan.

Sesekali dia menangkis bebola tu dengan pedang ataupun melompat ke ruang yang lebih selamat.

Makhluk itu berhenti memuntahkan bola-bola berduri bila lihat Ray telah berjaya tiba ke arahnya. Ia pun melangkah ingin menyerang wanita berkelubung ala ninja tu.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now