Langit Merah

59 4 0
                                    

Sekitar jam 10 pagi Qarnain dan Rocky turun ke tingkat bawah dan menunggu di sebuah bilik seperti yang di suruh.

Ejen Reez menyusul beberapa minit kemudian dan mulai mengambil tempat duduk.

Sebuah fail turut di bawa dan di letakkan di atas meja.

"Ini adalah dokumen yang mengandungi maklumat subjek kedua yang akan kamu cari untuk misi seterusnya" kata Reez sambil menyerahkan fail tersebut kepada Qarnain dan Rocky.

Mereka pun meneliti maklumat yang terkandung di dalamnya.

"Raysha Zahra a.k.a Ray?" kata Qarnain.

"Perempuan nampaknya subjek kita kali ni?" kata Rocky.

"Bukan sembarangan wanita. Bekas PDRM sebelum menyertai Badan Perisikan Negara. Aku dan Ray pernah terlibat sama dalam banyak operasi berbahaya sebelum dia sendiri ambil keputusan untuk menjadi sukarelawan program rahsia mesin masa. Malangnya Ray terkandas di suatu garisan masa akibat kegagalan ujikaji kali kedua yang di jalankan sebelum ni" jelas Reez.

Turut di kepilkan sekali bersama fail tersebut ialah gambar subjek,seorang wanita berambut pendek.

"Tomboy?" tanya Qarnain.

"Well..dia kurang feminin. Suka aktiviti ekstrim seperti lelaki. Bawak Harley Davidson, hiking,masuk hutan,memanah,memburu.." jelas Reez.

Ternganga Rocky dan Qarnain.

"Cantik jugak orangnya. Ni kalau jumpa boleh tak aku buat calon bini?" sempat Rocky bergurau.

Encik Reez ketawa.

"Itu pun kalau kau boleh menang bertarung Ninjutsu dengan Ray" kata Encik Reez.

"Fuh,tak jadi lah kalau macam ni" Rocky hampa. Qarnain dan Reez ketawa.

"Oh ya,Encik Reez ada cakap pasal Langit merah tu apa sebenarnya?" tanya Rocky.

"Waktu kami hantar Ray untuk uji mesin waktu tu berlaku masalah teknikal sama seperti sewaktu kau menjalani uji kaji pertama dulu. Bacaan dan kiraan yang di buat oleh komputer tiba-tiba menjadi di luar kawalan. Ray yang sepatutnya di hantar ke tahun 2019 akhirnya terkandas ke tahun 3019. Ada percubaan dari Ray untuk kembali ke garis masa asal. Ray hampir muncul semula di makmal ketika pusaran vortex yang terhasil kira-kira dua saat namun akhirnya proses tersebut menemui kegagalan kerana beberapa komponen dan peranti terbakar dan rosak.  Melalui lubang pusaran dua saat tu aku dan professor Daud saksikan sendiri dunia di mana Ray di hantar tu langitnya kemerahan" jelas Reez.

Qarnain dan Rocky saling berpandangan.

"Aneh. Masih di bumi ke lokasinya?" tanya Qarnain.

"Ya. Lokasi yang di tetapkan ialah Kuala Lumpur,bulan Jun. Itu tidak berubah,cuma tahun nya memecut pantas ke 3019"

"Fuh! apa yang sudah terjadi agaknya?" kata Rocky.

"Hm, itulah yang kamu berdua harus siasat" kata Reez.

"Baiklah, bila kami akan di hantar ke sana?" tanya Qarnain.

"Kalau kamu berdua tiada aral melintang,esok kita mulakan" cadang Reez. Qarnain dan Rocky bersetuju.

                       * * * * * * * *

Petang tu mereka berdua di bawa ke suatu tempat dan menjalani beberapa latihan simulasi. Encik Reez seperti dapat merasakan di dunia 'langit merah' itu seakan telah binasa segala utopia yang indah dan sempurna.

Pengalaman menyaksikannya sendiri melalui lubang pusaran vortex yang terhasil kira-kira dua saat itu sudah cukup memberi keyakinan kepadanya bahawa 'dunia merah' itu bukan tempat yang selamat untuk di huni manusia.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now