Terkandas

50 4 0
                                    

Setelah dua kali mengalami kegagalan,Qarnain terfikir pula betapa sepatutnya dia pergi menghalang Nia sendiri dari pergi berlari ke arah jalan raya.

Ya itulah yang sepatutnya di lakukan nya dari awal tadi. Siapa tahu mungkin akan berlaku paradoks atau Nia terselamat dari kecelakaan tersebut. Entah kenapa Qarnain kuat mempercayai nya walaupun dia tahu professor Daud dan Reez kuat menentang idea tersebut.

Entahlah, Qarnain sedar dia bukan seorang saintis atau ahli fizik yang begitu memahami segala kemungkinan dan paradoks yang akan berlaku akibat perjalanan menaiki mesin masa, mungkin saja ianya suatu kepercayaan tidak berasas. Tapi apa salahnya kalau dia ingin mencuba dan melihat sendiri hasilnya.

Tak berlengah dia meluru ke meja komputer dan memasukkan data. Dia harus pulang ke masa kejadian itu semula. Pulang buat kali ketiganya.

Kali ini peranti mesin masa mulai mengeluarkan suatu gema aneh. Qarnain tidak tahu apa yang berlaku. Tatkala pusaran lubang vortex terhasil,dia segera meluru masuk.

Nasib Qarnain tidak begitu baik kali ini kerana peranti mesin masa tidak mampu lagi menanggung begitu berat bebanan tekanan tenaga dan kuasa akibat tiga kali perjalanan waktu yang telah di lakukan. 

Beberapa komponen dan fius pada peranti mesin masa dalam makmal mulai terbakar. Kiraan pada komputer mulai menjadi tidak keruan. Tahun destinasi yang di tetapkan kiraannya mengundur ke kebelakang dengan pantas.

Sewaktu kiraan berhenti pada tahun 1977,komputer meletup dan terbakar. Api mulai merebak memamah apa saja yang ada. Penggera kecemasan secara automatik berbunyi di segenap penjuru bangunan pejabat makmal hingga mengejutkan para penghuninya. Mereka ramai-ramai turun untuk melihat.

Petugas keselamatan bangunan tiba di tingkat bawah. Mereka cukup cekap bertindak memadam api yang marak. Mujur keadaan terkawal.

Tidak lama kemudian Professor Daud dan Reez pun tiba. Rocky dan Raysha juga ada bersama. Terkejut betul mereka bila mendapati peranti mesin masa dan sebahagian peralatan di dalam makmal telah musnah di jilat api.

Professor Daud mengesahkan peranti mesin masa telah di gunakan secara melebihi had hingga berlaku kerosakkan. Mulanya mereka mengesyaki kemungkinan ada individu tidak bertanggungjawab menceroboh masuk,namun kebenaran terungkap jua bila Rocky dan Raysha mendakwa Qarnain telah hilang.

Professor Daud terduduk di kerusi dengan wajah sugul.

"Jadi Qarnain yang telah menggunakan mesin masa?" tanya Reez. Professor Daud mengangguk.

"Dia melakukan perjalanan waktu lebih dari beberapa kali. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran nya" kata professor Daud sambil mengurut dahinya.

"Agaknya dia masih di belenggu dengan persoalan tentang kematian kekasihnya beberapa bulan lalu. Mungkin pulang ke masa silam mencari jawapannya" agak Rocky.

"Habis tu bagaimana keadaan nya sekarang?" soal Raysha pula.

"Mesin masa dah musnah secara total. Kebarangkalian besar ialah Qarnain terkandas di sesuatu garisan masa" jawab Professor Daud.

Reez, Rocky dan Raysha terperanjat besar.

"Kita masih boleh mengesan nya bukan?" soal Reez.

"Prof,aku dan Ray sedia bila-bila masa saja jika kamu mahu kami menjalankan misi mencarinya" kata Rocky sambil di sokong Raysha.

"Tidak rasanya. Qarnain hilang tanpa meninggalkan sebarang klu dan jejak. Sekalipun aku membina peranti mesin masa ini semula pun tiada gunanya. Komputer pengesan jejak juga telah musnah. Tiada apa pun yang di tinggalkan" jelas Professor Daud.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now