Paradoks Masa Depan

44 4 0
                                    

Lebih kurang jam lima petang Qarnain dan Rocky turun ke kantin jabatan makmal. Reez dan Professor Daud menyusul tak sampai beberapa minit kemudian.

Dari jauh kelihatan Ray muncul lengkap dengan jaket kulit hitam sambil membawa sebuah helmet. Mungkin baru pulang merayap dengan motor besar nya.

"Sorry guys, i dah lambat ke ni?" Ray menarik kerusi dan duduk bersama yang lain-lain.

"Tak la. Kami semua pun baru sampai"kata Qarnain. Seorang pelayan kantin datang mengambil pesanan makan dan minum mereka sebelum beredar.

" Baiklah, berkaitan hal program rahsia mesin masa yang telah melibatkan kamu bertiga. Segala objektif dan matlamat telah pun berjaya di capai dengan baik. Oleh itu,aku dan professor Daud ingin mengumumkan bahawa projek rahsia  kali ini di klasifikasikan sebagai berjaya sepenuhnya. Dan dengan itu menandakan selesai lah sudah segala misi dan tugasan yang di berikan kepada kamu bertiga"jelas Reez.

Qarnain, Rocky dan Raysha tersenyum dan bangga.

"Tak de mission lagi nampaknya. Fuh! aku tak tahu nak buat apa lepas ni" kata Rocky.

"Hei,seperti yang di janjikan,kamu bertiga akan menerima bayaran yang agak lumayan. Cuma..

" Cuma apa Encik Reez?" mereka bertiga tertanya-tanya. Perbualan mereka terhenti seketika bila pelayan kantin datang menghantar pesanan makanan.

"Akan akan busy untuk sehari dua mulai esok,maklumlah sejak semalam terpaksa berjaga di makmal menanti kamu pulang sampai beberapa kerja aku dengan jabatan perisikan tertangguh. Jadi aku harap kamu bertiga boleh stay dulu kat jabatan makmal ni. Dua tiga hari lagi aku akan datang semula dan melunaskan bayaran untuk kamu semua" kata Reez.

"Ok no problem. Nak suruh tinggal terus kat sini pun boleh. Kita boleh fikir misi baru. Atau tak pun.." Rocky tak menghabiskan kata-katanya.

"Ha dah kenapa pulak dengan kau Rocky?" tanya Professor Daud.

"Mungkin Prof dan Encik Reez boleh hantar aku balik ke tahun 3019 semula"

"Apa???" semua yang berada di situ terlopong.

"Misi dah selesai bro. Aku dan Prof dah tak de apa matlamat lagi nak hantar kau sana" kata Reez.

"Haha sebenarnya,aku..aku..aku patut tinggal di sana dan berkahwin dengan Lela" kata Rocky.

"Hahahaha"

Langsung Qarnain dan Ray serentak ketawa terbahak-bahak. Senak perut mereka di geletek dengan kata-kata Rocky tu.

"Dah siapa pulak Lela tu?"

"Anak perempuan pak Bahsyir ketua kampung di mana aku tinggal selama terkandas kat tahun 3019" jelas Ray.

"Hahaha Rocky boleh suruh aku dan Ray pulang ke sini dan temberang apa-apa yang patut pada Prof dan Encik Reez, kononlah kata dia tak dapat pulang. Yang sebenarnya dia ada hati nak kahwin dengan Lela dan tinggal terus di sana" kata Qarnain.

Terbarai dia dan Raysha ketawa. Hampir Qarnain nak terbalik dari kerusinya kerana teruk menahan geli hati.

"Tak sangka Rocky ni wajahnya memang garang dan brutal. Tapi dalam hati tu ada taman jugak" Qarnain terus bantai ketawa terkekek-kekek. Menyembur air minum dari mulut Raysha menyambut gelak tawa nya.

"Korang berdua ni kan,langsung tak sensitif perasaan orang lain. Cuba tengok Prof dengan Encik Reez, cool je" kata Rocky.

Professor Daud dan Reez memandang tepat ke wajah Rocky. Tak sampai berapa saat kemudian..

Garisan MasaWhere stories live. Discover now