Nia dan Sesuatu

76 6 0
                                    

Nia sedang duduk-duduk membaca majalah sementara menunggu pelanggan datang ke kedai saloon ditingkat bawah itu.

Ketika kepalanya mengerling ke luar kedai melalui dinding kaca dia ternampak Qarnain melangkah longlai.

Nia berlari keluar dan mendapatkan pemuda itu.

"Nain,kenapa ni? nampak sedih je?" tanya Nia.

Qarnain tidak segera menjawab pertanyaan tu. Nia menariknya duduk di bangku luar saloon.

Qarnain termenung seketika. Dia berasa tidak ada mood selepas apa yang berlaku di kedai makan kak Melah tadi.

"Nain.." Nia bertanya lagi selepas tiada jawapan yang di berikan.

"Nia,maafkan saya. Saya rasa badan tak sihat. Saya balik dulu. Nanti kita cakap lagi" Qarnain memberi alasan. Dia belum bersedia untuk bercakap hal tadi. Dia mahu bersendirian dan menenangkan fikiran.

"Betul tak apa-apa ni?"tanya Nia.

" Ya"balas Qarnain.

"Baiklah. Jaga diri. Call saya nanti" kata Nia.

Qarnain mengangguk. Wajahnya terlalu sugul. Dia pun melangkah pergi.

Pakcik Talha kelihatan sedang duduk-duduk di kerusi berhampiran pintu masuk bilik sewa Qarnain sambil menghisap curut. Pemuda peramah dan ceria selalu itu kelihatan sugul ketika lalu di hadapannya.

"Qarnain" sapa pakcik Talha.

"Ya" balas Qarnain. Walaupun yang di fikirkannya ialah untuk segera ke bilik dan berkurung namun di gagahkan nya juga duduk di sebelah pakcik Talha demi menjaga perasaan tuan punya bilik sewa itu.

"Kau nampak macam ada masalah je" kata pakcik Talha.

"Entahlah. Serabut fikiran saya ni" jawab Qarnain. Suaranya pun seperti tiada semangat.

Pakcik tuan punya bilik sewa itu tenang saja. Wajah Qarnain di tenungnya dalam-dalam.

"Aku faham. Hidup memang begitu. Penuh pancaroba. Semua orang melaluinya. Cuma caranya saja yang tak sama"

Qarnain termenung memikirkan kata-kata pakcik Talha. Kepalanya tertunduk merenung ke lantai.

"Selagi nyawa melekat di rongga selagi itulah kita akan di uji. Ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. Tabahkan hati. Tuhan maha adil. Ujian yang di berikan pun mengikut kemampuan kita"

"Tapi,bagaimana pula kalau kita menerima nasib atas kesalahan yang tidak kita lakukan?" soal Qarnain.

"Nain,apa yang dah terjadi?"

"Saya di buang kerja gara-gara fitnah" jelas Qarnain.

"Bumi Tuhan ni luas Nain. Mungkin rezeki kau tiada di situ lagi. Macam aku kata tadi. Tuhan itu maha Adil. Kau di buang kerja tu mungkin sebagai sebab je untuk kau menemui kerja lain yang lebih baik"jelas pakcik Talha.

Sedikit sebanyak Qarnain berasa tenang dan lapang dada mendengar nasihat pakcik Talha.

" Aku dah lalui semua ni dulu. Lebih teruk dari ini pun ada. Kau tu masih muda Qarnain. Kau mesti kuat dan tabah. Perjalanan hidup kau pun masih panjang. Ingat,setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Setiap persoalan pasti suatu masa kau akan temui jawapannya."sambil menepuk bahu pemuda tersebut.

Qarnain mengangguk.

"Terima kasih pakcik. Lega hati saya bila dengar semua ni" katanya.

"Err tapi..

Pakcik Talha memandang ke wajah Qarnain.

" Tapi kalau saya masih tak dapat kerja...

Tiba-tiba pakcik Talha tertawa.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now