"Selamat pagi semua sahabatku !!! "Semua mata memandang ke arahnya kemudian mereka menyambung apa yang terbantut tadi disebabkan suara bingit yang memenuhi ruang tamu .
"Setan laaa ! Aku ikhlas niii . " Jungkook mencebik .
" tch , tahu lah kau lagi berapa hari nak kawin . Tak payah teruja sangat plish . Meluat aku . " Jin menjeling .
"jeles apa kau . " Jungkook turut menjeling . Dia berlalu ke dapur untuk sarapan . Perut dah nyanyi lagu abang nak tegur dah ni . Takut sajat datang menari kang , susah pulak . Haih .
"Jin , asal bulu mata palsu kau tak buang lagi ? " Taehyung memandang Jin . Jin terus memandang cermin .
"Lahhh , aku ingat bulu mata aku . Agagagagaggagagaga . " Jin membuang bulu mata palsunya yang dipakai semalam ke dalam tong sampah .
Ding dong
"Yoong ! Aku arahkan kau bukak pintu . " Jungkook memandang Yoongi yang baru berjalan di hadapan pintu tetapi dia buat pekak bila loceng bunyi .
"Aku dah duduk . Dah susah nak bangun balik . " Yoongi yang duduk di atas sofa bersebelahan Jungkook mengangkat kedua belah bahunya .
Jungkook mencebik . Asyik nak beralasan ja hidup dia ni .
"Haih ,benda gitu pun pemalas . " Hoseok mengambil keputusan untuk pergi membuka pintu .
Kakinya berlalu ke pintu dan membukanya .
"Bodo laa Jimin . Kau ingat elok je kau letak popcorn dalam lubang hidung ? Macam budak bodo je aku tengok . " Taehyung ketawa mengekek . Jimin mula nak memberi penendang yang tak mungkin akan kena pada Taehyung sebab kakinya pendek . Kekekekeke .
" Diam lah . Tengok movie tu . " Namjoon bersuara . Dia kalau dah suka movie ni , orang bernafas pun dia nak marah , katanya bising .
" Yoong . Omma kau datang . " Hoseok duduk di atas sofa . Dia memandang Yoongi .
"Omma aku ? Bukan dia sekarang kat Hong Kong ke ? " Yoongi mengerutkan dahi .
"Manalah aku tahu , omma kau .Dah dia ada sini , dia dah balik la tu . Aduh kau ni . " Hoseok menepum dahinya perlahan .
"Asal dia tak masuk ? Kau kelentong aku an ?! Muka kau ni muka penyagak seok . Susah nak ada kepercayaan . Aura kau pun aku dah boleh bau , aura jahat semua ni . " Yoongi petah berkata .
"Aku dah kata seok . Muka kau sesuai jadi mafia . " Namjoon yang matanya masih tertumpu kepada skrin televisyen bersuara jua .
Hoseok berdecit . Nak kutuk aku nombor 1 .
Yoongi ankhirnya yang malas nak dengar perbalahan bebudak ni terus melangkahkan kakinya ke luar rumah . Omma ni dah sejak bila jadi pemalu . Selalunya tak adanya nak bunyikan loceng bagai , selalunya terus terjah ja . Ni kalau abang pizza lagi , aku kerat lidah seok buat sup lidah .
Yoongi membuka pintu dan melihat di luar rumah . Kosong . Dia kemudian mendengar seseorang bernyanyi kecil di halaman rumah . Yoongi memaikai selipar jamban dan berlalu ke taman di sebelah rumah mereka . Taman dalam halaman rumah . Maklumlah kayaaaaa .
"Omma . Datang buat apa ? Bukan omma kat Hong Kong ke buat produk apa benda tah nak sign kontrak demgan diva vida muah apa tah tu . Tak ingat . Omaa .. " Yoongi terhenti membebel saat terpandang susuk tubuh di hadapannya yang sedang membaca buku .
"HE JIAAA !!!! " Yoongi menjerit membuatkan Hee Jia , gadis yang ditunggu Yoongi memandangnya kemudian tersenyum .
Yoongi terus mendapatkan Hee Jia tapi alangkah malangnya dia apabila dia tersepak batu dan jatuh tersembam . K tipu ja .
Yoongi berlari ke arah Hee Jia dengan senyuman lebarnya . Dia kemudian memeluk Hee Jia .
"Saya rindu awak sesangat ! " Yoongi rasa macam sekarang ni dunia dia yang punya .
"Apalah awak ni . Saya pun rindu awak . Macam mana awak sekarang ? " Hee Jia menyoal setelah mereka meleraikan pelukan .
" Macam dulu lah . Kekasih hati awak ni masih orang yang sama . Macam mana dengan Hee Jia ? Masih orang yang sama ? "
Hee Jia tersenyum dan menganggukkan kepala .
~~~
"Seronok lah dia , kekasih hati dah balik . " Jin menjeling Yoongi yang tersengih sambil menekan-nekan telefonnya . Chat dengan Hee Jia lah tu . Tadi pagi tak puas lagi agaknya berjumpa . Sampai ke petang dok menekan telefon tu .
"Dah lah tu Yoong oi . Bagi lah Jia rehat . " Jimin memandang Yoongi . Dia menarik rambut Yoongi kemudian lari ke dapur .
" Kau tunggu kejap Jamban . Siap kau aku kerjakan . " Yoongi meletakkan telefonnya di atas meja dan membuka langkah .
Dan ..
Bermulalah kejar mengejar antara dua makhluk itu .
"Jieun dah banyak hari lupakan akuu . Sedih rasa . " Jin berkata sendiri .
"Dia tak nak dekat kau dah . " Namjoon bersuara .
Jin terus memandanf Namjoon dengan mata membulat .
"Betul ke Joon ? Kau tahu mana ?! Dia beritahu kau ke ?! "
"Tak ah , aku teka je . Kau drama sangat apasal ? " Namjoon kemudian berlalu ke biliknya .
"Nasib baik air mata aku tak jatuh , kalau tak mesti malu tahap dewa . Jadi Hoseok tak palah tak dak perasaan malu . " Jin berkata .
"Aiii aku dengar macam nama aku naik ni . " Hoseok yang berada di tingkat atas bersuara .
Jin berdecit perlahan . Budak tu selalu dengar . Padahal cakap punyalah perlahan .
~~~
"JI .. " Jin memandang seorang lelaki yang duduk makan bersama Jieun . Baru nak panggil , dia nampak diorang tu dok beramah mesra gelak gedik gedik .
Jin berlalu dari situ . Dia datang pun nak chack Jieun ada ke tak sebab selalunya time ni Jieun mesti dekat cafe ni . Tak sangka rupanya dia nampak benda lain .
"Dasar .. " Jin berdecit dan melangkah pergi .
~~~~
"Kau apahal jin ? Macam dah orang gila dok hentak barang tu hentak barang ni . Kau ingat senang ke nak bawak balik dari Rusia bekas tu ?kalau pecah ?! " Jimin membebel .
"diam sebelum aku baling bekas rusia ni dekat kau . " Jin menjeling . Dia kemudian sambung lap barang-barang di dalam kabenit yang dah nak berhabuk tu .
"Apasal kau ni ? " Namjoon memandang Jin pelik .
Tanpa menjawab jin terus berlalu ke biliknya . Nak naik tangga pun hentak kaki .
"aku kerat kaki baru tau . " Jimin bersuara .
•••
YOU ARE READING
[C] BTS YEOJA 3
Fanfictionbaca book 1+2 dulu ye ... WARNING ! CARUTAN BERLELUASA ! 15 KE ATAS SAHAJA • • • 17/10/2017 ~ 7/5/2018