"Jeon Jung.. Aik ? Dah hilang . Awal pulak budak ni . Selalunya tengah hari baru nak bangun . " Jin menggaru kepalanya yang diketik nyamuk ."Awal subuh tadi dia dah keluar . Kau je yang dok terbongkang atas katil . Dah la tidur tak reti tutup mulut . Kau biaa je lalat hurung kau . " Namjoon bersuara setelah melihat Jin di hadapan pintu Jungkook .
"Ohhh . Lupa harini raptai perkahwinan dia . Patut bersemangat benar dia bangun awal . " Jin sengih . Kakinya menuju ke anak tangga .
"Kim Taehyung !!! " Kedengaran suara Min Yoongi bergema di dalam rumah agam itu.
"Pahal lagi lah bebudak ni. " Jin menggelengkan kepalanya. Tak sah lah kalau pepagi tak menjerit. Haih.
"Kau keluar lah tak guna !" Yoongi menjerit kuat .
"Ishh ! Kacau lah aku nak tidur. "
"Kacau kau cakap ?! Ni bilik aku lah sial ! " Yoongi menendang punggung Taehyung sehingga dia jatuh dari atas katil.
"Aduh ! What da la kau ni ! Pinjam katil pun nak marah ! " Taehyung menggosok pahanya yang sakit tercium lantai.
"Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku hah? Siap tidur sebelah aku lagi. Kau buat apa dekat aku semalam ?!" Yoongi menjengilkan matanya ke arah Taehyung.
"The fish lah kau ni ! aku masuk sebab katil aku basah tertumpah air . Aku nak masuk bilik Jungkook dia kunci pintu bilik. Nak masuk bilik Jimin dia pulak tidur tak pakai baju, kang jadi apa-apa susah pulak aku nak menjawab. Masuk bilik Hoseok dia pulak tidur tak pakai selimut. entah macam mana dia tahan sejuk. Masuk bilik Jin , aku tak suka dengan Jin. Masuk bilik Joon kau tahu je lah banyak bunyi dalam bilik tu. kau je pilihan terakhir aku dapat pilih Yoong. Jom sambung tidur jom. " Taehyung bangun dan kembali berbaring di atas katil Yoongi.
"Ehem.. " Suara Jin berdehem kedengaran.
"Alaaa Jin !! Aku melawak je . " Taehyung menjerit tetapi masih menutup mata.
"JIn ?" Taehyung membuka matanya apabila tiada sahutan dari Jin. Sah ! Merajuk.
Taehyung mengeluh berat . Baru nak sambung tidur . Kakinya melangkah turun ke ruang tamu dimana Jin berada. Dia kemudian melangkah menuju ke arah Jin yang sedang melihat telefonnya.
"Jin .. "
...
"Jinn. Alaa aku melawak je dengan Yoong. Aku suka kau tau. Aku sayang kau sesangat. " Taehyung sengih.
Tetapi tiada sahutan dari Jin.
"Kim SeokJIn !!! " Taehyung menjerit di hadapan Jin membuatkan Jin memandangnya.
"Kau apasal gila ! " Jin membuka earphonenya .
"Dari tadi kau pakai earphone ke ?"
Jin menganggukkan kepala mebuat muka pelik. Dah kenapa budak sekor ni pepagi jadi sawan ni.
"Tak pe ah ! " Taehyung berlalu naik kembali dengan jelingan. Penat dia mengayat rupanya Jin tak dengar pun apa dia cakap tadi dalam bilik Yoong.
"Aku dengar kau sayang Jin ?" Hoseok ketawa mengekek.
"Diam ah !" Taehyung menjeling kemudian melangkah ke bilik Yoongi. Setelah sampai di hadapan bilik Yoongi, pintu bilik Yoongi dikunci dari dalam membuatkan mengeluh berat. Dugaan betul nak tidur pun , Haih.
~~~
"Yah Jeon Jungkook . "
Jungkook yang sedang memerhatikan orang membuat kerja memandang ke arah tuan empunya suara .
YOU ARE READING
[C] BTS YEOJA 3
Fanfictionbaca book 1+2 dulu ye ... WARNING ! CARUTAN BERLELUASA ! 15 KE ATAS SAHAJA • • • 17/10/2017 ~ 7/5/2018