"Kau datang sekolah naik apa? " Alfi bertanya.
"Hm.. naik grab. " Awani memeluk beg sekolahnya erat.
"Grab? Pagi-pagi buta naik grab? Gila! "
"Nak buat macam mana? Rumah aku bukannya dekat! "
"Mak ayah kau tak boleh hantarkan ke? "
"Aku buka mata je diorang dah pergi kerja. Bila aku tutup mata, baru diorang balik rumah. Siapa nak hantar? Mama aku kata suruh aku naik grab atau tumpang kawan pergi sekolah. Aku mana ada kawan... " Awani membuang pandang keluar tingkap kereta Alfi.
Mereka berdua sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Awani seperti yang diperkatakan oleh Alfi tadi di kelas. Memandangkan Awani tiada pengangkutan untuk balik ke rumahnya sendiri, terpaksalah Alfi menawarkan Awani untuk menaiki keretanya yang memang selalu dibawa ke sekolah.
"Waktu balik, kau balik dengan apa? Grab jugak? " Tanya Alfi ingin tahu.
Sejak dia masuk ke Sekolah Menengah Tinggi Haji Osman pada tahun lalu, dia yang ditetapkan untuk masuk ke kelas 4 Sains bersama Awani tidak pernah menyapa gadis nerd tetapi cerdik itu.
Kehadiran Awani umpama tidak wujud di kelas mereka sampaikan Alfi hampir-hampir lupa yang Awani juga merupakan pelajar kelas 4 Sains. Jika tidak kerana dia yang mengambil kehadiran murid setiap pagi, pasti sekarang ni dia tak kenal siapa Awani Safiah.
"Ikut keadaan. Kadang-kadang naik bas. Kadang-kadang naik teksi. Bila takde bas atau teksi yang lalu, terpaksalah aku jalan kaki balik rumah walaupun bila dah petang, baru aku sampai. " Awani menunjuk ke arah kanan apabila dilihatnya Alfi tidak tahu mengambil lorong yang mana satu.
Alfi hanya diam tidak membalas kata-kata Awani. Dia mengikut arah yang ditunjukkan Awani dan terpampanglah di hadapannya, sebuah kawasan rumah teres dua tingkat yang tampak mewah pada pandangan Alfi.
"Mana satu rumah kau? Semua nampak sama je. "
"Jalan depan lagi. Bila nampak simpang tiga, pilih laluan kanan. " Arah Awani yang sudah seperti GPS bergerak.
Alfi memberhentikan kereta apabila Awani berkata di mana rumahnya berada. Alfi melihat jam di dashboard. Memakan masa hampir 40 minit Alfi memandu dari sekolah ke rumah Awani.
'Aku pergi sekolah pun tak sampai 15 minit. '
"Tak nak masuk ke? Tadi beria sangat nak datang. " Awani memerli Alfi yang masih berada di tempat duduk pemandu.
Alfi sempat mengerling Awani sebelum dia menanggalkan tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta untuk masuk ke perkarangan rumah Awani.
Ketika menjejakkan kaki ke rumah itu, Alfi dapati rumah Awani kelihatan cantik dengan rumput-rumput hijau yang ditanam serta kolam kecil di sudut laman. Dia sempat kagum dengan hiasan rumah Awani yang mesra alam ini.
"Boleh tahan rumah kau. " Puji Alfi ikhlas.
Awani yang sedang membuka pintu yang berkunci dengan kunci pendua di tangannya hanya tersenyum nipis mendengar pujian Alfi terhadap tempat tinggalnya.
"Ini bukan rumah aku. Tapi rumah parents aku. Dekorasi rumah ni semua mama aku yang buat. Aku cuma tumpang tengok je. " Awani berjaya membuka kunci dan menanggalkan kasut sekolah untuk masuk ke dalam.
Sebelum betul-betul masuk, dia menoleh ke belakang menghadap Alfi.
"Kau tak payah masuk. Duduk dekat kerusi kayu tu. Tempat tu sejuk sebab dia dibuat dari kayu jati. Lagipun kawasan ni atas bukit, jadi angin selalu berhembus setiap petang. " Awani menunjuk set meja dan kerusi yang direka unik tak jauh dari tempat Alfi berdiri.
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Teen FictionPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...