Kaki Awani yang kebosanan mengetuk-ngetuk lantai marmar pusat membelah-belah yang besar dan nampak mewah itu. Segala barangan yang dijual di sini pastinya mencecah ratusan ringgit.
Dia yang suka bersederhana sahaja pasti tidak akan menjejakkan kaki ke tempat sebegini jika tidak dibawa oleh Alfi. Lelaki itu yang turut berada di sebelahnya dipandang datar.
"Kenapa kau ada dekat luar ni? Asal tak masuk sekali? Kesian Xiao Liu sorang-sorang cari barang hiasan." Awani mengalihkan pandangan ke dalam kedai serbaneka yang berada di belakangnya.
Mereka datang berlima dengan kereta yang dipandu Alfi. Wakil pihak lelaki adalah Xiao Liu yang juga merupakan kawan baik lelaki itu dan wakil perempuan yang dipilih ialah Zunirah dan Amelia.
Uzma tidak dibenarkan ikut bersama kerana pasti hanya makanan yang akan dicarinya nanti. Itulah alasan yang diberikan oleh kedua rakan baik itu apabila Awani bertanya perihal Uzma yang selalunya tidak boleh berenggang dengan mereka berdua.
Alfi yang bersandar pada pembatas koridor pusat membeli-belah yang diperbuat dari kaca itu mengerling Awani dengan hujung mata sebelum memfokuskan kembali tumpuannya pada telefon bimbit di tangan.
"Malas. Bukan banyak benda pun yang tinggal untuk dia beli. Hanya pembalut meja dengan beberapa pelekat. Pandai-pandai dialah nak uruskan hal pemilihan barang tu." Jawab Alfi dengan mata yang tetap pada skrin telefon.
Awani mengangguk faham.
"Tak berat ke beg-beg dekat tangan kau tu? Nak aku tolong?"
Alfi mematikan telefonnya dan memandang ke arah kedua belah tangan Awani yang masing-masing mengangkat beberapa beg kertas berisi barang hiasan kelas yang dibeli Zunirah dan Amelia tetapi diberikan pada Awani untuk dijaga. Awani menunduk memandang beg-beg kertas di tangannya.
"Tak apa lah. Bukan berat mana pun." Awani menolak pertolongan Alfi perlahan.
Sebenarnya badannya masih penat akibat seharian digerakkan ke sana ke mari semenjak dia mula menjalankan tugas sebagai penolong ketua kelas. Tertanya-tanya juga Awani, Alfi ni tak penat ke? Nampak relaks je...
"Walaupun kau kata tak berat, tapi aku rasa tak macho pulak biar seorang perempuan yang lemah dan tiada kudrat macam kau pegang beg-beg kertas tu." Alfi sudah mula mengaktifkan sisi poyo dalam dirinya.
Awani memandang Alfi dengan muka menyampah. Dia dah mula dah...
"Acah gentleman... Menyampah aku." Gumam Awani yang mengalihkan wajahnya ke arah lain. Kang tak pasal-pasal dengar dek Alfi apa yang dia katakan, balik jalan kaki lah dia jawabnya.
"Kau cakap apa sorang-sorang tu? Malu dengan aku ke..." Alfi menyeringai nakal.
"Oh tolonglah... Tak ada masa aku nak malu-malu kucing dengan kau. Kau nak sangat kan pegang beg ni?" Awani mengangkat beg-beg kertas yang sarat dengan barang di tangannya ke atas.
Alfi mengangguk mantap.
"Nah! Terima kasih, KETUA!" Awani menyerahkan beg-beg kertas itu dengan kasar kepada Alfi kemudian berjalan masuk ke dalam kedai DIY di mana Xiao Liu dan kedua rakan baik itu masih sedang mencari barang.
"Hoi!" Teriak Alfi.
Dah terlambat.
Kelibat Awani sudahpun menghilang ke dalam kedai meninggalkan Alfi di luar sendirian.
Alfi mendengus kasar.
'Perempuan sombong!'
* * * * *
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Teen FictionPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...