Bab 17

398 33 2
                                    

Pagi itu, kelas 5 Sains riuh dengan bunyi-bunyi sumbang pelajar lelaki dan perempuan yang sibuk bergosip lebih-lebih lagi apabila guru mata pelajaran pertama mereka masuk lewat. Alfi mula dikerumuni oleh rakan-rakan sekelasnya yang mempunyai tanda tanya besar di dalam kepala.

"Apa yang jadi dekat 'puteri bertiga' tu?" Zunirah membuka bicara.

Alfi yang duduk bersilang kaki di atas kerusinya mengangkat bahu tidak tahu. Dia mengerling Xiao Liu di belakangnya dan membuat isyarat mata. Xiao Liu mengangguk lalu membetulkan cermin matanya sedikit sebelum mendongak untuk menatap satu persatu wajah enam orang gadis tinggi lampai di hadapannya.

"Nazmina sakit perut. Sarah dan Aaliya bergaduh. Awani datang dan bawa Nazmina pergi. Sarah dan Aaliya ikut sama meh." Xiao Liu menghitung satu-persatu jalan cerita yang berlaku dengan jarinya.

Uzma merespon pantas.

"Ni mesti taktik diorang untuk ponteng kelas ni. Macam tak kenal tiga ekor ular tu." Bidasnya bersangka buruk.

Adira lantas menampar bahu Uzma yang berlemak itu perlahan. Sebagai seorang rakan sekelas yang baik, dia tak suka apabila mereka sesama rakan bersangka yang bukan-bukan antara satu sama lain walaupun dia sendiri sedia maklum bagaimana kelakuan tiga orang gadis dengan pangkal nama 'Puteri' itu sebenarnya.

"Tak baik lah tuduh diorang yang bukan-bukan. Mana tau, Nazmina betul-betul sakit?"

"Aku teka jerlah. Bukan bersangka buruk." Uzma mengerutu sambil mengusap bahunya yang ditampar tadi.

"Tapi betul ke dia sakit? Selama aku sekelas dengan diorang bertiga, tak pernah lagi aku nampak salah seorang dari mereka pun jatuh sakit. Sihat walafiat je aku tengok." Amelia pula menyuarakan syak wasangkanya.

Adira sekali lagi mahu membuka mulut untuk menafikan tuduhan Amelia apabila Izryn menyampuk.

"Memanglah kau tak pernah nampak diorang sakit sebab kau mana pernah peduli pasal diorang. Yang kau tau, cari gaduh, cari pasal dan cari masalah dengan diorang ada lah."

Izlyn menjegilkan anak matanya tak percaya seusai adiknya berkata-kata. Dia tak menyangka adiknya itu sebegitu berani memperli Amelia sekaligus kedua rakannya Uzma dan Zunirah.

"Hey, bukan kami yang mula cari pasal dengan diorang eh! Diorang yang selalu mulakan dulu!" Zunirah yang panas telinga kerana dikatakan pencari masalah mula melenting.

Adira dan Izlyn mula kalut bila melihat pergaduhan mulut antara Izryn dan tiga bersahabat itu. Selama ini mereka tidak pernah berbalah antara satu sama lain jadi itu menakutkan Adira dan Izlyn tentang apa yang akan berlaku selepas ini.

"Kau nak cari gaduh ke?" Uzma menolak bahu Izryn.

Izryn terdorong ke belakang. Dia sempat terkejut apabila diperlakukan kasar oleh orang yang selama ini sekepala dengannya. Raut wajah Izryn yang tadinya selamba berubah serius.

"Yang kau main tolak-tolak bahu aku ni kenapa?" Izryn balas menolak bahu Uzma. Tetapi Uzma malah tidak tercuit sedikit pun namun cukup untuk membuatkan hatinya meledak.

"AKU–"

"Stop it."

Suara tegas Alfi mengunci mulut Uzma yang mahu berteriak. Alfi merenung satu persatu wajah di hadapannya dengan renungan tidak bersahabat. Keenam-enam orang gadis itu beserta pelajar-pelajar lelaki yang turut menyaksikan perdebatan mereka berasa seram sejuk melihat tatapan Alfi.

"Yang korang tiba-tiba nak bertikam lidah depan aku ni kenapa? Dah puas hidup?" Sinis Alfi.

Aura mendominasi yang dikeluarkan Alfi hanya daripada merenung cukup membuatkan seisi kelas sepi tanpa sebarang suara. Alfi mendengus kecil sebelum mengalihkan wajahnya ke arah lain.

"Apa yang patut korang cakap?" Alfi bersuara kembali selepas amarahnya sedikit mereda.

Si kembar, Adira dan tiga bersahabat saling berpandangan sesama sendiri dengan perasaan takut lalu membuat telepati melalui mata. Selepas sesi jeling-menjeling, mereka serentak memandang wajah Alfi yang tiada senyuman dengan wajah bersalah.

"Maaf, ketua kelas." Jawab mereka serentak.

Alfi berdecak malas lalu memetik jarinya kuat. Sepantas kilat gadis-gadis itu berlari ke tempat duduk mereka. Isyarat dari Alfi yang menyuruh mereka pergi dari hadapannya. Arahan tanpa suara dari si ketua kelas 5 Sains yang berkuasa mutlak. Terlopong pelajar-pelajar lelaki yang melihatnya kecuali Xiao Liu yang tunduk menghadap buku rujukannya dan tidak memerhatikan sekeliling.

Bunyi hentakan kasut tumit tinggi yang sangat dihafal murid aliran sains tulen seramai 19 orang itu mengalihkan tumpuan mereka ke arah pintu kelas. Masing-masing mula mempersiapkan buku dan alat tulis di atas meja untuk subjek seterusnya iaitu Bahasa Inggeris.

Guru berbangsa Cina yang dikenali sebagai Ms. Weein melangkah masuk ke dalam kelas. Di belakangnya pula, Awani yang sedang mengangkat setumpuk buku latihan menapak masuk dengan langkah yang berhati-hati. Tumpukan buku tebal itu diletakkan di atas meja guru yang ditempati Ms. Weein.

"Thank you, girl." Ucap Ms. Weein kepada Awani beserta senyuman tipis.

Awani membalas senyuman guru bahasa Inggerisnya lalu kembali ke tempat duduknya. Dia tidak menyedari keadaan kelasnya yang menguarkan suasana kelam kerana matanya yang fokus kepada Ms. Weein di hadapan. Tetapi Ms. Weein yang cukup arif dengan tingkah laku pelajar 5 Sains mampu merasakan ada suatu kelainan pada suasana kelas kesayangannya ini.

" Alfi, is there anything wrong? Why this class feel glommy today? Mind to tell me? " Soal guru itu.

Ms. Weein kemudian meliarkan anak mata dan menatap wajah anak muridnya yang masing-masing mengunci mulut daripada bersuara. Bahkan Kamal yang sememangnya bermulut murai pun terdiam dan tekun bermain dengan jari-jemarinya di atas meja. Entah apa yang menarik di tangannya itu sehingga dia tak mengangkat kepala sama sekali bahkan untuk melihat Ms. Weein.

" Nothing wrong, Miss. Please continue your lesson." Tutur Alfi meyakinkan.

" If you say so." Ms. Weein berbalik badan dan mula mengajar di hadapan.

Alfi menghembus nafas lega apabila guru mata pelajaran Bahasa Inggeris itu tidak bertanya dengan lebih lanjut. Bagaimanapun, helaan nafas berat itu dapat didengari oleh Awani dan dia pantas menoleh ke arah Alfi. Tangan Alfi yang naik untuk mengurut keningnya membuatkan Awani tertanya-tanya adakah Alfi juga sakit seperti Nazmina?

"Alfi." Panggil Awani sambil berbisik.

"Hah? Apa?"

"Kau sakit ke?"

"Hm? Haha... takde lah. Aku okay." Alfi merenggangkan badannya sedikit untuk menunjukkan dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Melihatkan itu, Awani tersenyum puas lalu menghadap ke papan putih semula. Tanpa gadis bercermin mata bulat itu ketahui, senyuman Alfi yang tadinya lebar perlahan-lahan menjadi pudar. Dia bertongkat dagu dan melemparkan pandangan ke luar tingkap.

'Hari Isnin yang melelahkan...' Bisik hati kecil Alfi.

To be continue.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now