Seseorang nampak gelisah di tempatnya. Jam tangan ratusan ringgit di tangannya dikerling. Dia mengeluh apabila mendapati masa masih panjang sebelum perhimpunan pagi tamat.
"Naz, kau kenapa? Dari tadi mengeluh." Puteri Sarah yang perasan akan kelakuan pelik sahabat baiknya, bertanya prihatin.
"Sarah, aku laparlah." Muka Puteri Nazmina berkerut. Sebelah tangannya memegang perut yang mula berkeroncong.
"Pagi tadi tak sempat breakfast ?"
"Tak. Aku rushing keluar rumah terus pagi tadi sebab Latif dah tunggu. Lupa nak suruh mummy sediakan bekal." Puteri Nazmina membongkok sedikit. Gastriknya kambuh lagi.
"Kenapa pucat sangat muka kau Naz? Malam tadi kau dinner tak?" Puteri Aaliya yang berada di belakang pula menyoal. Dahi Puteri Nazmina yang berpeluh sejuk dilap dengan sapu tangan miliknya.
Gelengan kepala Puteri Nazmina membuatkan Puteri Sarah dan Puteri Aaliya berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menunjukkan riak bimbang dengan keadaan rakan mereka yang satu ini. Sebagai rakan baik, mereka sedia maklum yang Puteri Nazmina mudah diserang gastrik jika terlepas waktu makan.
"Liya, kau pergi beli makanan dekat kantin." Perintah Puteri Sarah tanpa aba-aba.
Puteri Aaliya tersentak apabila disuruh secara tiba-tiba. Dia memprotes.
"Kenapa aku pulak? Kau lah yang pergi beli. Biar aku yang jaga Naz."
"Kau jangan jadi selfish dekat sini boleh tak?" Puteri Sarah mula naik berang dengan sikap manja Puteri Aaliya. Kita suruh dia, dia suruh kita pulak!
"Kalau aku selfish, kau tu apa pulak? Kaki control ? Semua telunjuk kau, aku kena ikut, camtu?" Puteri Aaliya tidak mahu kalah. Dia merenung tajam ke dalam anak mata Puteri Sarah.
Para pelajar yang menyaksikan pergaduhan mulut kedua sahabat diva itu mula berbisik-bisik. Tetapi tidak dihiraukan oleh mereka berdua yang masih beradu pandang. Tanpa mereka sedari, Puteri Nazmina sudahpun duduk bertinggung kerana penyakit gastriknya sudah menyerang badan.
Ketika itu, Alfi yang sedang bosan berdiri tegak dalam barisan meliarkan pandangan ke sebelah kanan. Di mana kedudukan pelajar perempuan dipisahkan dengan pelajar lelaki secara sebelah-menyebelah. Kebetulan, barisan pelajar perempuan 5 Sains hanya bersebelahan dengan barisan pelajar lelaki dari 5 Sains.
Alfi melirik dari Awani yang berdiri sebaris dengannya hinggalah kepada Puteri Aaliya yang berada di kedudukan paling akhir dalam barisan. Saat dia mahu mengalihkan pandangan ke hadapan semula, anak matanya tertancap pada Puteri Nazmina yang terduduk di lantai sambil menekan perut. Mukanya jelas menunjukkan dia sedang menahan kesakitan.
"Hey, Xiao. Kau nampak apa yang Naz tengah buat tu?" Alfi menyiku perut Xiao Liu yang berdiri di belakangnya.
"Aw!" Xiao Liu memekik kecil.
Dia memukul belakang badan Alfi sekuat mungkin sebagai balasan. Giliran Alfi pula yang mengaduh sakit sambil menggaru bahagian yang dipukul Xiao Liu. Pedih doh tangan mamat ni. Makan besi ke apa? Meringis Alfi dalam hati.
Lelaki berbangsa cina itu menoleh ke kanan. Melihat Puteri Nazmina sebegitu, keningnya serta-merta bercantum. Dia menarik kolar baju Alfi untuk berbisik di telinga kawan sehidup sehatinya. Tak rela Xiao Liu semati dengan Alfi. Minta simpang malaikat 44!
"Dia sakit perut ke? Macam tak tahan sangat jer tu." Ujar Xiao Liu tak pasti. Alfi mengangkat bahu tidak tahu.
"Mana aku tau. Pergi tanya Awani." Jawab Alfi selamba. Dia kembali menumpukan perhatian pada pengetua sekolah yang sedang berceramah panjang lebar di hadapan. Bosan!
Xiao Liu menghela nafas berat. Bila kau berkawan dengan Alfi, kau akan tau betapa pemalasnya lelaki bermuka kacak ni. Nak buka mulut untuk bertanya pun tak larat! Nama aje lelaki, tetapi perangai... kalah perempuan!
"Uit. Awani Safiah." Xiao Liu memetik jarinya kuat dengan harapan Awani mendengar panggilannya.
Dan seperti dugaan Xiao Liu, Awani menoleh ke arahnya. Tak salah lagi, telinga Awani memang peka macam tuannya!
"Ada apa?" Tanya Awani blur. Dia yang sedang menahan rasa kematu di kakinya kembali berdiri tegak apabila ada yang mengajaknya berbual.
"Tu. Cuma tengok belakang. Ada orang sakit perut." Tunjuk Xiao Liu dan kembali berbual bersama Alfi. Dibiarnya Awani terpinga-pinga sendirian kerana tidak faham dengan kata-katanya. Dua kali lima aje perangai apek cina ni dengan Alfi!
"Apa benda lah mamat ni nak tunjuk dekat aku..." Gumam Awani yang menjengukkan kepalanya ke samping.
Dia mula mengira bilangan pelajar perempuan yang hadir bagi memastikan semua berada dalam barisan. Apabila sampai di hujung barisan, Awani terkejut.
"Lah, kenapa dua orang tu? Bergaduh waktu perhimpunan ni? Kalau cikgu nampak macam mana?" Gusar Awani sambil memerhatikan sekeliling.
Mujur sahaja barisan 5 Sains berada di kedudukan paling hujung dan kebetulan tiada pengawas yang bertugas di sekitar mereka. Awani membongkokkan badannya sedikit dan segera berlalu ke belakang. Persetan dengan lirikan mata rakan sekelasnya yang lain. Yang penting sekarang, dia perlu jalankan tugasnya sebagai penolong ketua kelas!
"Puteri Sarah, Puteri Aaliya, kenapa ni? Ada masalah ke? Puteri Nazmina mana?" Tanya Awani tanpa memberi salam terlebih dahulu.
Puteri Sarah dan Puteri Aaliya serentak terperanjat apabila ada yang menyampuk 'perbualan mesra' mereka. Namun, sang rupawan ini sangat bijak menyembunyikan reaksi terkejut mereka.
"Hish, Buat terkejut orang je kau ni! Tu, tak nampak ke Naz ada dekat bawah ni?" Jerkah Puteri Sarah yang tidak suka dengan 'jump-scare' dari Awani.
Awani yang sedar akan kesilapannya, tersenyum tawar. Dia menunduk dan mendapati Puteri Nazmina sudahpun duduk bersimpuh di bawah sana. Awani spontan menekup mulutnya kerana terkejut besar. Dia menatap Puteri Aaliya di sebelah dengan mata bulatnya.
"P-puteri Nazmina kenapa?"
"Gastrik!" Balas Puteri Aaliya acuh tak acuh. Dia bercekak pinggang sambil menjeling Awani kerana merasakan gadis nerd dihadapannya ini sengaja menjadi busybody dalam masalah mereka bertiga.
Selepas memahami apa yang terjadi, Awani pantas mendapatkan Puteri Nazmina dan mahu memapahnya bangun namun ditahan oleh Puteri Aaliya.
"Eh, eh. Kau ni buat apa ni?"
"Lah, nak tolong Puteri Nazmina lah. Kan dia tengah sakit tu? Tengok, dah pucat dah muka dia. Bawak dia pergi bilik rawatan." Suruh Awani yang berubah tegas.
Puteri Sarah dan Puteri Aaliya saling berpandangan kerana keliru. Mereka ragu-ragu sama ada mahu menuruti perintah si penolong ketua kelas ataupun menghalaunya pergi. Awani yang tidak mampu bersabar dengan keterdiaman puteri-puteri itu terus mengambil langkah membantu Puteri Nazmina berdiri. Puteri Sarah dan Puteri Aaliya mula gelabah beruk.
Puteri Nazmina yang seperti mahu pengsan sudah tidak peduli lagi keadaan sekelilingnya. Apa yang ada di fikirannya saat ini adalah dia mahu rasa mencucuk-cucuk di perutnya hilang dengan serta-merta. Seksanya minta ampun! Seperti ditikam dengan pisau tajam secara bertubi-tubi!
"Awak boleh jalan Naz?" Tanya Awani bimbang.
Puteri Nazmina mengangguk lemah dengan mata tertutup. Awani segera memimpin Puteri Nazmina keluar dari barisan sambil menopang bahu kanan gadis bertocang kuda itu. Perlahan-lahan mereka keluar dari perhimpunan menuju ke bilik rawatan yang berada di tingkat satu. Puteri Sarah dan Puteri Aaliya turut sama mengikuti langkah keduanya dengan mulut yang terkunci rapat.
Kelas 5 Sains mulai kecoh apabila mendapati empat orang pelajar kelas mereka telah meninggalkan perhimpunan pagi tanpa dirancang. Alfi selaku ketua kelas pantas mengawal keadaan dengan mendiamkan mulut-mulut becok rakan seumurannya. Walaupun begitu, di dalam benak Alfi, dia turut sama mahu mengetahui apa yang berlaku pada Awani dan ketiga-tiga diva galak itu sehingga mereka terpaksa keluar barisan.
'Nampaknya, lepas ni aku kena tanya nerd tu apa yang jadi dekat diorang. Aduhai... masalah, masalah.' Monolog Alfi berserta gelengan kepala.
To be continue...
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Teen FictionPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...