Awani mematung di tempat dia berdiri. Zunirah dan kedua sahabatnya sedang mengadakan mesyuarat tergempar di bawah pokok sena berdekatan padang.
Tak lama selepas Zunirah 'melamar' Awani untuk menjadi sahabat sesungguhnya, Awani ditarik untuk menemui Uzma dan Amelia yang duduk di kerusi selepas habis bermain-main.
Kehadiran mereka mengejutkan keduanya, namun kata-kata Zunirah lebih menggemparkan Uzma dan Amelia. Lantas, Zunirah diseret menjauhi Awani buat seketika.
Kaki Awani yang sudah kelenguhan memaksanya untuk duduk di bawah sebatang pokok yang tak jauh dari tiga sekawan itu. Dia memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Apa kau merepek ni, Irah! Kita kan dah janji nak kekal bertiga sampai bila-bila?" Amelia menyatakan ketidaksetujuannya.
Uzma diam memerhati kedua gadis itu yang tak lama lagi bakal melancarkan perang dunia ketiga. Dia bukan tak nak mencelah, tapi selalunya pendapat dia akan dibiarkan berlalu sepi kerana dianggap mengarut.
Mulutnya tadi gatal nak menjawab 'Okay' bila Zunirah nak jadikan Awani sebahagian dari kumpulan The Sistur mereka. Tapi dia tak sangka pulak yang Amelia akan tolak mentah-mentah idea Zunirah tu.
Zunirah mendengus kasar. "Memanglah kita pernah janji macam tu, tapi tak salah kan kita 'angkat' Awani masuk dalam group kita?"
"Cakap senanglah! Nanti kalau Awani dah rapat dengan kau, mesti kau tak nak kawan dengan kitorang lagi kan? Taulah korang tu sama-sama penolong..." Bidas Amelia tetap dengan pendiriannya.
Kening Zunirah bercantum menjadi satu. Dia menatap Uzma yang balas mengangkat bahu tanda tak mahu masuk campur. Tangan Zunirah naik memicit dahinya yang pening-pening lalat.
"Sejak bila pula jawatan kitorang boleh jadikan kitorang rapat? Fikiran negatif dari mana kau kutip ni, Meli?" Zunirah cuba bersabar dan dalam masa yang sama tak mahu menimbulkan persengketaan antara mereka bertiga.
"Huh!" Amelia memalingkan wajahnya ke arah lain. Tak mahu bercakap lagi tentang soal ni. Bahu Zunirah melurut jatuh dengan penolakan keras dari Amelia.
Bercakap dengan Amelia ni asyik dia aje yang nak menang. Nasib baik kitorang kawan sejak form 3 lagi, kalau tak... Ringis hati kecil Zunirah yang terbayangkan benda yang bukan-bukan.
"Ha, kau Uzma, takde benda nak cakap ke? Diam, angguk, geleng je yang kau tau." Uzma tersengih pada Amelia yang bertanya garang.
"Aku ikut korang je. Kalau Awani satu group dengan kita, aku boleh minta dia ajar aku subjek yang aku lemah. Lagipun Awani pernah tolong selamatkan aku daripada kena marah dengan Encik Faizal." Cerita Uzma yang teringat akan kejadian beberapa minggu lalu.
Zunirah memetik jarinya ketus. Dia tersenyum lebar setelah mendengar cerita Uzma sebentar tadi.
"Awani pun pernah tolong aku tangkap budak form 4 yang cuba lari dari aku. Kalau tak disebabkan Awani bertembung dengan si Haikal tu, maybe sampai sekarang hati aku tak tenang. Berani dia merokok belakang tandas budak perempuan!" Zunirah melampiaskan rasa geramnya dengan menumbuk angin.
Uzma terkekeh melihat perlakuan Zunirah sementara Amelia termenung memikirkan sesuatu. Setelah tawa Uzma pudar, Amelia pantas mencelah.
"Actually... Awani pun pernah buat aku rasa terhutang budi dengan dia. Tapi dia... " Amelia menggaru pipi. Ragu-ragu untuk menyambung percakapan.
Pandangan Amelia jatuh pada Awani yang sedang mencabut kemuncup pada seluar sukannya. Muka tanpa perasaan itu diteliti dengan penuh rasa ingin tahu.
"... But she successfully made me jealous." Gumam Amelia perlahan. Sangat perlahan sehingga Zunirah dan Uzma tidak dapat mendengar apa yang digumamkan rakan mereka yang termenung jauh.
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Dla nastolatkówPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...