Bab 29

308 25 3
                                    

Alfi berjalan sambil bersiul kecil menuju ke keretanya. Keadaan sekolah sudah sunyi sepi selepas sepuluh minit loceng sekolah berbunyi. Hanya tinggal dirinya dan pelajar-pelajar yang bertugas sahaja di sekolah.

Setelah tiba di anak tangga terakhir, Alfi berencana untuk membelok ke kiri. Laluan tersebut akan membawanya terus ke perkarangan sekolah mereka.

Namun, saat matanya tertangkap kelibat seseorang di laluan yang menuju ke kantin, langkah kaki Alfi bertukar arah. Dia menuju ke arah pelajar perempuan yang sedang mendongak untuk melihat notis di papan kenyataan.

"Kau tak balik lagi, Awani?" Tegur Alfi yang turut sama melihat apa yang dilihat Awani.

Awani terperanjat kerana ada suara yang tiba-tiba menyapa. Hampir sahaja kepalanya terhantuk pada kaca papan kenyataan akibat terkejut. Sudahlah badannya suka melompat setiap kali menerima kejutan.

"Alfi!" Awani berteriak lantang memarahi lelaki tampan tersebut. Tetapi Alfi tidak tercuit sedikit pun.

Tak habis-habis nak terperanjatkan orang! Bukan nak bagi salam dulu ke apa. Tak rasa bersalah pula tu buat orang sakit jantung. Kalau Awani ada asma, dah lama semput dia dekat sini!

"Sorry... Tapi kau tengok apa sebenarnya?"

Alfi memohon maaf. Walaupun dia suka melihat wajah cerah Awani bertukar merah apabila disergah, tetapi dia tahu perbuatannya itu salah. Mungkin dia patut tukar cara tegurannya apabila terserempak dengan Awani.

Apa boleh buat kalau badannya beraksi sendiri tiap kali melihat Awani? Seperti seluruh tubuhnya sekelip mata menjadi teruja pabila terpandangkan gadis bercermin mata tersebut. Hati dan mindanya juga menjadi lebih tenang daripada biasa bila berdampingan Awani.

Seperti bila bersama Xiao Liu. Apa agaknya perasaan ni...

"Alfi? K-kenapa kau pandang aku macam tu? Muka aku ada apa-apa ke?" Awani melambai-lambaikan tangan di hadapan wajah Alfi yang termenung jauh.

Tersentak Alfi dibuatnya setelah kesedarannya kembali. Dia terlalu ralit berfikir sehingga terlupakan di mana dia berada sekarang.

"Ah, maaf. Kau cakap apa tadi?" Alfi mengusap belakang leher berulang kali. Tabiat Alfi jika dia tidak senang hati.

Awani menghela nafas pelan. Dia memandang langit yang cerah dengan awan putih yang berarak pergi. Damai hati Awani melihat ciptaan Tuhan yang indah di mata.

"Awani?"

"Aku cuma tengok keputusan peperiksaan kita. Waktu rehat tadi aku tak sempat nak tengok sebab ramai sangat yang berkerumun depan ni."

"Aik? Dah ada empat mata pun masih tak boleh nampak? Nak aku tolong tambah jadi enam pulak ke?"

"Alfi... "

"Hehe.. Just kidding."

Awani memberi jelingan maut pada ketua kelasnya itu yang sedang ketawa kecil. Hm.. whatever.

"Tapi.. aku sendiri pun memang dah agak yang kau akan dapat nombor satu kali ni. You sure work hard, huh? " Ujar Alfi setelah tawanya reda.

Mereka berjalan beriringan menuju ke perkarangan sekolah apabila terdengar bunyi loceng sekolah berdering. Alfi tak mahu timbulkan sebarang fitnah. Jika pelajar lain yang bakal melalui kantin melihat mereka, pasti akan ada yang membuat spekulasi negatif.

Lebih baik dia larikan Awani daripada terjebak dengan desas-desus yang tak baik. Sekiranya mereka ditangkap berdua-duaan di tempat yang sunyi dan sempit, habis zaman persekolahan Awani nanti. Bukannya Alfi yang kena, tetapi orang yang bersama dengannya.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now