Bab 26

340 28 7
                                    

Awani bersandar pada pintu bilik stor yang sedang diubah menjadi bilik kesihatan peribadi kelas 5 Sains. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan pelajar lelaki sedang mengemas bilik tersebut.

Awani bukan sengaja nak goyang kaki tak nak buat kerja, tapi diorang yang halang dia daripada bergerak seinci pun. Awal tadi, Awani baru hendak mencapai batang mop untuk mengelap lantai yang berhabuk, apabila Tengku Naufal sudah mengambilnya terlebih dahulu.

"Hm?" Wajah cerah Tengku Naufal dipandang Awani dengan raut wajah kebingungan.

Senyuman nipis menguntum di bibir Tengku Naufal sebelum dia bersuara.

"Kau tak payahlah buat kerja, Awani. Apa gunanya kitorang sebagai lelaki kalau sanggup biarkan kau sorang cuci bilik ni?" Ujar Tengku Naufal dengan nada yang cukup lembut. Gentleman kelas pertama lah katakan..

Tetapi Awani pantas menggeleng. Dia cuba merebut batang mop itu dari Tengku Naufal namun lelaki itu pantas menyembunyikannya di sebalik badannya yang tegap. Saat Awani ke belakang Tengku Naufal, dibawa pula mop itu ke depan. Terus begitu sehinggalah Awani menyerah kalah.

"Naufal!" Jerit Awani geram. Habis merah padam wajah gadis bercermin mata itu kerana lelah bermain-main dengan lelaki yang mengenakan kemeja sekolah berwarna ungu jenama Polo tersebut.

Nama aje pengawas, tapi perangai macam kaki buli! Mahu sahaja dijentik hidung mancung Tengku Naufal yang suka menganggap Awani seperti budak kecil itu. Awani dah remaja okay!

Tanpa rasa bersalah, Tengku Naufal menertawai Awani yang sedang menggembungkan kedua pipinya kerana rasa tak puas hati. Suka benar dia melihat Awani dipermainkan seperti itu. Bagaikan hamster betina yang dipeliharanya di rumah.

Comel dan sensitif bila diusik. Persis Awani Safiah.

"I'm sorry cutie pie, but I cannot let you join us this time. Sila duduk diam-diam ya?" Usik Tengku Naufal sebelum berlalu masuk ke dalam bilik stor menyertai rakannya yang lain.

Awani tergamam untuk beberapa saat. Tengku Naufal dan mulut manisnya memang power habis. Nasib baik Awani jenis yang tak peka dengan hati dan perasaannya sendiri. Kalau tidak, sudah lama dia menganggap Tengku Naufal memendam perasaan padanya.

Pfft! Mustahillah. Mereka dah kenal sejak tingkatan satu lagi dan Awani cukup masak dengan perangai Tengku Naufal Haziq bin Tengku Harris tu. Dia sangat pantang bila nampak sesuatu yang comel atau menarik di matanya. Pasti akan dikacau semahu-mahunya.

Dan salah satu mangsa kesukaannya adalah Awani sendiri. Uhukk.

Kembali ke masa sekarang..

Sementara memantau pelajar lelaki membuat kerja, Awani melemparkan pandangan ke dalam kelas. Di meja guru, berkerumun pelajar perempuan 5 Sains di situ bersama dengan Alfi yang berdiri di hadapan mereka dengan mulut yang terkumat-kamit bergerak.

Bukan ada perkara serius sangat pun, Alfi cuma berbincang dengan pelajar perempuan tentang idea untuk menghias dan mendekorasikan bilik kesihatan itu nanti. Katanya, pelajar perempuan lebih kreatif dalam bab menghias ni.

Sebab itu dikumpulnya mereka semua dalam satu bulatan. Bukan main serius lagi muka Alfi bila dalam mood ketua kelasnya. Lebih dingin daripada biasa pulak tu. Mungkin sisi Alfi yang cold-hearted ni yang buatkan para junior terpikat pada Alfi.

Kerana Alfi sangat berkarisma dan Awani sendiri mengakuinya.

Awani menundukkan kepala. Kakinya yang dilindungi dengan kasut sekolah yang putih bersih ditatap lama. Ada suatu fikiran negatif yang melintas di kepalanya sebentar tadi.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now