Bab 32

292 43 0
                                    

Awani melempar pandangan kosong ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang memberi sorakan padu kepada pelajar-pelajar lelaki. Larian seribu meter yang bersamaan dengan lima kali pusingan trek sedang dijalankan oleh semua pelajar lelaki tingkatan lima.

Sebelum larian dimulakan, beberapa minit yang lalu Awani sempat merakam peristiwa Kamal yang merengek tidak puas hati kepada guru sukan mereka, Encik Haidar.

"Kenapa budak lelaki kena lari 1000 meter sedangkan budak perempuan cuma perlu lari 400 meter je, cikgu?! Ini tak adil!" Bentaknya dengan muka ketat.

Encik Haidar yang seperti malas melayan kerenah manja Kamal hanya menjawab singkat,

"No comment. " Lalu beliau pergi meninggalkan Kamal yang tercengang sendirian.

Kamal yang masih tidak dapat menerima jawapan yang diberikan oleh guru sukan tersebut terus-terusan memprotes ketika diseret Khairul ke garisan permulaan.

Pelajar-pelajar perempuan termasuk dirinya yang melihat kejadian itu hanya ketawa kecil dengan tingkah Kamal yang menggelikan hati.

Awani tersenyum mengenang hal lucu yang berlaku awal pagi tadi sebelum senyuman itu pudar apabila Awani teringatkan sesuatu. Dia masih belum memilih sukan apa yang sesuai dengan kebolehannya yang tidak seberapa ni.

Memandangkan dia seorang kutu buku dan pasif, badannya mudah berasa letih jika terlalu banyak tenaga dikeluarkan. Bahkan jika dia mengemas seluruh rumahnya pun, dia akan berhenti seketika untuk mengambil nafas kerana lelah.

"Payahnya bila jadi seorang yang tak aktif ni..." Gumam Awani sambil membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa.

Semasa Awani bersandar malas di batang pokok tua di sisinya, datang seorang manusia dengan langkah yang terhinjut-hinjut, menghempaskan punggungnya bersebelahan Awani dengan nafas yang terputus-putus. Awani mengerling tidak berminat ke arah orang tersebut.

"Kau nak apa datang sini?" Tanya Awani yang tidak bersimpati sama sekali dengan insan manusia yang masih sibuk mengumpul nafasnya yang hilang sehabis berlari.

"Diamlah." Dengus si lawan bicara dengan lengan yang diletakkan di atas dahinya yang basah kerana peluh.

Awani menarik muka panjang lalu memandang ke depan di mana pemandangannya tidak berubah sama sekali. Melainkan jelingan tajam beberapa rakan setingkatannya yang ditujukan tepat ke arahnya.

Awani yang tidak dapat menangkap maksud dari jelingan tersebut hanya mengerutkan dahi kerana hairan akan sesuatu.

"Tunggu kejap... kau yang first ke?"

Awani menunding jari ke arah trek lumba lari di mana masih ramai lagi pelajar sedang berlarian di sana. Mereka berlari secara seragam di dalam satu kumpulan yang besar.

Beberapa orang pelajar lelaki yang tercicir daripada kumpulan kerana tidak larat berlari pula, mengikuti di belakang. Xiao Liu tergolong dalam kalangan manusia yang tercicir berkenaan. Yang membuatkan Awani sekali lagi bertanya ingin tahu.

"Kau tak lari sama-sama dengan Xiao Liu?"

Alfi menjatuhkan lengannya yang menghalangnya dari melihat Awani. Rambut bahagian hadapannya yang basah disingkap ke belakang. Anak matanya menatap anak mata Awani yang menanti jawapan darinya. Selepas beberapa tarikan nafas panjang, barulah Alfi bersuara.

"Bukan aku sengaja nak biarkan dia lari seorang diri, tapi cikgu yang bingit sangat suruh aku pecut. Mentang-mentang aku atlet lumba lari, waktu latihan pun nak suruh aku pecut. Ingat aku cheetah ke apa?" Ujar Alfi yang seperti tidak berpuas hati.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now