Bab 14

408 37 0
                                    

Uzma berulang kali menilik jam yang tersemat di dinding makmal. Dia menunduk dalam apabila Encik Faizal mengangkat kepala memandang anak muridnya.

"Uzma, soalan nombor 14, tolong jawabkan."

Uzma kaku di kerusi. Inilah satu-satunya hal yang paling ditakutinya setiap kali masuk ke makmal kimia yang merupakan lokasi pembelajaran murid 5 Sains setiap kali ada subjek Kimia pada hari tersebut.

Dengan lambat-lambat, Uzma berdiri dari kerusi berkaki tiga yang didudukinya. Dia memandang rakan sekelasnya yang lain untuk meminta bantuan.

Tapi hampeh, tiada seorang pun yang mengangkat kepala atau menoleh ke arahnya untuk memberikan jawapan untuk soalan yang ditanya.

"Apa jawapan untuk soalan nombor 14, Uzma?" Nada suara Encik Faizal naik satu oktaf. Mungkin jengah menanti jawapan dari mulut Uzma barangkali.

"Er..." Uzma menggaru kepalanya yang berlapik tudung.

Bukannya dia tak mahu jawab atau terlalu takut untuk mengeluarkan suara, tetapi dia sememangnya tak tahu apa jawapan untuk soalan berkaitan formula kimia yang berbelit-belit ni. Takkan dia jawab yang dia tak buat latihan? Naik hantu pulak nanti Encik Faizal ni.

"240 gram."

"Huh?" Uzma menjatuhkan pandangan ke sebelah kirinya.

Awani perlahan-lahan menunjukkan buku latihannya kepada Uzma dengan mata yang masih tertumpu pada wajah masam mencuka guru mereka. Uzma tersenyum lega di dalam hati.

"Berapa jawapannya, Nurul Uzma?"

"240 gram, cikgu."

"Haih, kena saya tanya tiga kali baru kamu nak jawab?"

"Hehe.. maaf cikgu."

"Hmm.. sudah, duduk. Seterusnya, Kamal. Soalan 15, apa jawapannya?"

"Eh?"

Setelah Uzma, kini giliran Kamal yang menjadi target Encik Faizal. Di dalam hati, Uzma sudah tergelak besar melihat Kamal terkulat-kulat mencari jawapan sambil mencuit rakan di sebelahnya.

'Itulah, tadi masa giliran aku, takde sapa nak tolong. Sekarang baru kau rasa apa aku rasa tadi. Hmph!' Monolog Uzma. Dia mendengus kecil tanda puas hati kerana dendamnya terbalas.

"Eh, baru teringat..."

Uzma mendekat ke arah Awani yang sedang mengira dalam buku latihannya lalu melagakan bahunya dengan bahu Awani yang bersaiz kecil darinya. Awani yang terganggu mengerling si pengacau dengan ekor mata.

"Terima kasih untuk yang tadi." Bisik Uzma di sebelah telinga Awani.

Senang hati Awani apabila menerima ucapan terima kasih atas pertolongan kecilnya. Rasanya, sudah lama dia tidak mendengar orang lain mengucapkan perkataan tu padanya.

Hari ini baru dia ingat kembali bagaimana perasaan menerima ucapan 'terima kasih'.

"Sama-sama." Balas Awani perlahan.

_________________________________________

Awani berjalan pantas ke kelasnya yang berada di tingkat tiga. Dia mahu mengambil buku latihan Sejarah yang tertinggal di atas meja.

Niat awal Awani adalah untuk menyiapkan latihan yang diberikan Cikgu Murni di perpustakaan. Tetapi sebaik sahaja dia tiba di pintu pusat sumber, Awani dapati hanya buku teks sahaja yang dibawanya. Lantas, tangan Awani naik menepuk dahinya yang licin.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now