Bab 13

464 32 0
                                    

"Nah. Untuk kau. Aku belanja."

Sebungkus roti Gardenia berperisa jagung dihulurkan kepada Awani. Awani mendongak. Alfi yang sedang berdiri di hadapannya dipandang lelah.

"Kau ni tak dengar ke apa aku cakap tadi? Aku kata aku tak lapar kan?" Ucap Awani lemah. Dia menolak pemberian Alfi dengan lembut.

Alfi merengus tidak puas hati. Tangan kirinya yang memegang sekotak air teh bunga didorong ke arah penolongnya. Awani menunjukkan muka bengang. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Alfi pantas bersuara terlebih dahulu.

"Sekurang-kurangnya minumlah air kalau kau tak nak makan. Aku tengok kau ni dah macam sotong. Lembik." Sinis Alfi, masih memaksa Awani mengambil air tersebut.

Awani mengalah. Dia menyambut air teh bunga itu lalu memandang Alfi seketika.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Ucap Alfi yang tengah menggigit hujung plastik roti.

Awani menggoncangkan air kotak itu beberapa kali. Kemudian, straw yang berada di dalam plastik yang terlekat bersama-sama dengan kotak minuman dikeluarkan lalu dicucuk pada tempatnya. Awani menyedut air tawar manis itu sedikit demi sedikit tanpa minat.

"Kau kenapa semalam? Tiba-tiba tak nak cakap dengan aku.. Biasanya kan kau suka tengking aku balik?" Tanya Alfi tanpa berbasa-basi.

Awani tersedak air teh bunga yang diminumnya. Dia terbatuk-batuk kecil sambil menumbuk dadanya yang sesak. Tekaknya rasa perih apabila air yang diminum tersekat di kerongkong. Dijelingnya Alfi yang tidak peduli dengan keadaan Awani dan sibuk mengunyah roti.

"Aku... ada hal semalam. Sebab tu aku cepat-cepat balik." Dalih Awani yang meletakkan air kotak yang masih berbaki separuh ke tepi.

"Boleh percaya ke ni? Nerd macam kau pun ada masalah eh?" Ragu Alfi yang menatap Awani curiga.

"Aku pun manusia lah. Mestilah ada masalah... walaupun masalah tu sekecil semut." Ujar Awani perlahan. Dia membetulkan tudungnya yang senget. Alfi mengangguk-angguk kecil.

"Oh, ingatkan kau ni ulat." Selamba Alfi berkata-kata membuatkan gerakan tangan Awani terhenti.

Dia menjegilkan matanya yang bulat ke arah Alfi namun dibalas dengan sengihan lebar dari ketuanya. Awani bersedekap lalu melemparkan pandangan ke tempat lain. Para pelajar yang berada di kantin menjadi tumpuan Awani.

Tidak beberapa lama kemudian, Alfi sudahpun menghabiskan sebungkus roti Gardenia yang dibelikan untuk Awani tadi. Dia berdiri tegak lalu menepuk-nepuk bahagian punggung seluarnya yang dilekati habuk.

Awani turut sama mahu bangkit dari kerusi yang didudukinya apabila perasankan pergerakam dari Alfi, tetapi ditahan oleh lelaki itu. Awani memasang muka kelat. Sekali lagi Alfi memaksanya untuk tidak bergerak.

"Bak sini air kotak tu." Pinta Alfi.

Awani tanpa banyak kerenah terus menghulurkan air kotak yang tidak dihabiskannya. Alfi menggoncang kotak minuman itu beberapa kali lalu memandang Awani.

"Kau tak habiskan air ni?"

"Tak, sebab aku tak suka air teh bunga. Aku lebih suka soya."

"Cerewetlah kau ni. Kalau kau bagitau aku awal-awal kan senang? Tak ada lah aku membazir duit belikan kau air ni."

Alfi mencabut straw yang berada di dalam kotak minuman tersebut. Dia kemudian mendongak ke langit lalu menuangkan air teh bunga itu masuk ke dalam mulutnya melalui lubang kecil yang tadi ditebuk oleh Awani. Awani tercengang dengan perbuatan Alfi yang meminum air dari bekas mulutnya.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now