Bab 19

370 27 2
                                    

Sepapan coklat Cadbury bersaiz sederhana disuakan kepada Awani yang baru selesai memadam papan putih dan hendak kembali ke tempat duduknya. Si pemberi coklat ditatap lama.

"Hm..kenapa kau sua coklat ni dekat aku, Naz? Kau nak aku tolong kasi dekat sesiapa ke? Boleh je.." Awani sudah menghulurkan tangannya untuk mengambil coklat mahal itu apabila Nazmina menarik semula tangannya ke belakang.

Awani terbingung sendiri dengan kelakuan Nazmina yang dari tadi membisu dan hanya membuat pergerakan tubuh.

"Naz? Kau sakit lagi ke?"

"Aku okay lah. Kau nampak muka aku macam muka orang sakit ke?" Lenting Nazmina pada Awani yang terjungkit bahu kerana terkejut.

Nazmina menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bertentangan mata dengan gadis nerd yang telah menolongnya dua hari yang lalu.

"Dengar sini Awani. Aku tak suka rasa terhutang budi dengan strangers terutama dengan si nerd macam kau.." Dahi Nazmina berkerut saat dia berhenti berbicara buat seketika.

Awani sedaya upaya menahan nafas kerana terlalu gementar menanti kata-kata si cantik seterusnya. Dia khawatir jika Puteri Nazmina tidak sudi menerima pertolongannya tempoh hari dan berniat untuk membalas dendam! Walaupun kedengaran tak logik sama sekali dek akal fikiran manusia...

"Tapi aku berterima kasih sebab kau tak teragak-agak nak bawa aku dapatkan rawatan. Even minah dua orang tu pun tak secepat kau bertindak.." Ekor mata Nazmina mengerling tajam pada dua sosok manusia yang setia berdiri di belakangnya dengan eksperi muka bersalah.

"We are really sorry about that, Naz! " Ucap Sarah sambil melekapkan kedua belah tangannya memohon ampun. Raut wajah Sarah jelas menunjukkan dia menyesal dengan segala kebodohan yang dia lakukan dua hari yang lepas.

"B-betul tu, Naz! Kami janji lepas ni kami tak akan buat macam tu lagi! Forgive us, Nazmina.." Ujar Aaliya dengan suara mendayu-dayu dan hampir menangis kerana Nazmina tidak mahu bercakap dengannya selama dua hari terakhir ini.

Nazmina mendengus kasar mendengar rayuan dan permohonan maaf kedua rakan baiknya. Dia lalu menghadap Awani yang tidak faham apa yang telah berlaku antara tiga diva bersahabat ini.

"So, sebagai tanda terima kasih, coklat mahal ni kau punya. Tak perlu bayar balik sebab aku tak ingin pun duit dari kau. Faham? Nah, ambil ni." Coklat Cadbury yang disembunyikan tadi dihulurkan kepada Awani sekali lagi.

Mulut Awani sangat ringan untuk berkata 'tak apa' atas bantuannya beberapa hari yang lalu tetapi melihatkan betapa menakutkannya panahan mata Nazmina terhadapnya, dia tanpa banyak bunyi terus menerima coklat pemberian Nazmina dengan hati yang masih ragu-ragu.

"Terima kasih..untuk coklat ni." Awani tersenyum sumbing. Agak lega hatinya apabila mengetahui Nazmina rupanya hanya mahu membalas budi bukannya membalas dendam...

"Whatever." Nazmina mengangkat bahu tak peduli dan mengorak langkah mendekati kedua sahabatnya.

"Dan korang berdua..siap-siap untuk terima punishment atas perbuatan terkutuk korang! No objection! " Tegas Nazmina layaknya seorang bos yang mendenda pekerjanya kerana cuai membuat kerja.

Awani menahan diri daripada ketawa apabila melihat Sarah dan Aaliya dengan lajunya mengangguk sebagai jawapan dan bersetuju untuk dikenakan hukuman oleh Nazmina. Terdetik seketika di hati Awani, apa agaknya hukuman yang Nazmina akan berikan pada kedua sahabat karibnya itu?

Tetapi kalau orang yang mengenakan hukuman itu Puteri Nazmina, pasti hukumannya ada kaitan dengan shopping dan make up. Mungkin Sarah dan Aaliya akan didenda mengikuti Nazmina berbelanja sepanjang hari di pusat membeli-belah terkemuka? Ataupun mereka akan disolek seperti badut?

Haha..membayangkan itu sahaja sudah mampu membuatkan Awani ketawa terkekeh seorang diri.

* * * * *

Alfi mengigit kuku ibu jarinya yang pendek itu berulang kali sambil melamun panjang. Xiao Liu yang terganggu dengan bunyi yang dihasilkan Alfi sejak lima minit yang lalu akhirnya sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi. Dia menutup buku novel bahasa cinanya dengan kuat.

"Tolong berhenti, Alfi! Ketenteraman aku diganggu! " Teriak Xiao Liu yang menghempuk Alfi dengan buku setebal 552 muka surat yang dipegangnya.

Alfi balas berteriak kesakitan sambil cuba mengelak serangan tanpa henti dari pelajar lelaki berbangsa cina yang tidak berperikemanusiaan dan sialnya adalah kawan baiknya sendiri.

"Sakitlah XiaoXiao!"

"XiaoXiao?!" Makin menjadi-jadi Xiao Liu memukul Alfi apabila nama ejekan itu terluah dari mulut Alfi tanpa sengaja.

"Ampun! Ampun! Gomenasai! " Alfi meringkuk dan memegang kedua kaki Xiao Liu sebagai pertahanan terakhir. Pelajar lain yang melihat kejadian itu memandang pelik apabila melepasi mereka berdua.

Xiao Liu berhenti serta-merta apabila kakinya dikunci. Dia menolak cermin matanya yang terdorong ke depan sedikit ke belakang supaya bertenggek elok di hidung mancungnya. Alfi yang masih tidak mahu melepaskan kakinya dijentik tepat pada dahi mulus lelaki itu. Segera kaki Xiao Liu bebas dari cengkeraman monyet raksasa bernama Mohamad Alfi.

"Kenapa dengan kau hari ni? Dah buang tepian ke?"

"Tabiatlah bukan tepian. Bahasa kau teruk betullah XiaoXiao."

"Diamlah kau, FiFi!"

Keduanya balas menjeling satu sama lain apabila nama masing-masing diburuk-burukkan. Imej panahan kilat terpancar dari mata Xiao Liu dan Alfi yang kesal setengah mati dengan orang di depan mata mereka.

Selepas beberapa detik, Alfi menghela nafas perlahan diikuti dengan kerutan di dahinya yang mengendur dan kembali tegang seperti sedia kala. Alfi duduk bertinggung di bawah bangku kayu yang terdapat di taman sekolah yang dipenuhi oleh pelajar yang sedang sibuk dengan kegiatan masing-masing.

Xiao Liu duduk semula di bangku dan kembali membuka lembaran muka surat yang tadi dibacanya. Keheningan menyapa mereka namun ianya ada kesunyian yang menyenangkan. Alfi bermain dengan batu-batu di atas jalan sambil memikirkan sesuatu.

Alfi memetik jari secara tiba-tiba apabila sebuah idea melintas ke dalam otaknya seperti sebuah lampu mentol yang menyala dengan sendirinya. Alfi bangkit dan mendudukkan diri di sebelah Xiao Liu.

"Xiao, aku dah dapat idea." Seru Alfi dengan teruja.

Xiao Liu menggulingkan anak matanya bosan. "Idea apa?"

"Idea untuk kurangkan bilangan pelajar 5 Sains yang jatuh sakit dan ke bilik rawatan."

"Macam mana tu?" Merasa tertarik, Xiao Liu memberikan perhatian pada apa yang akan dikatakan Alfi.

Alfi berdehem seketika sebelum memulakan penerangannya.

"Macam ni..."

To be continue.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now