Bab 12

475 33 2
                                    

Alfi tumbuh dalam sebuah keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Ayahnya yang dipanggil walid, Tuan Abdul Muhajjid merupakan seorang ahli korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan. Manakala bondanya, Puan Rohani memiliki syarikat guamannya sendiri dan menjadi peguam di syarikat walid.

Alfi mempunyai seorang kakak dan dua adik kembar lelaki dan perempuan. Kakaknya, Nur Alya, sekarang bekerja di syarikat walidnya setelah tamat belajar di England beberapa tahun yang lalu. Adik kembarnya pula, Airiel dan Aira, baru sahaja mencecah umur 1 tahun 5 bulan sejak mereka dilahirkan. Walaupun nampak poyo, tetapi Alfi sangat menyayangi kedua adik kembarnya terutamanya Aira yang merupakan adik bongsu antara mereka.

Aira sering didukung dengan penuh berhati-hati oleh Alfi setiap kali dia mahu bermain dengan adiknya walaupun adiknya itu sudah mampu berjalan. Hidung Aira selalu menjadi sasaran Alfi untuk dicuit setiap kali dia berasa geram dengan mata berbinar Aira yang menatapnya. Acap kali Alfi tanpa sedar, menguntumkan senyuman hangat apabila bersama dengan adik kembarnya yang comel.

Pintu bilik yang digantung papan tanda bertuliskan perkataan 'The Twins' oleh tangan seni milik kakak mereka, Alya, dikuak oleh Alfi secara perlahan-lahan supaya tidak membangunkan si kembar. Alfi berjengket masuk ke dalam bilik lalu menghampiri dua buaian yang berhayun ke bawah secara automatik di tengah bilik itu.

Wajah pulas Airiel dan Aira dipandang silih berganti. Alfi tersenyum kecil sebelum bertindak mencuit hidung comel milik adik kesayangannya, Aira yang sedang menyuyut botol susunya. Perlakuan Alfi tadi ternyata telah menganggu si bayi yang tengah dibuai mimpi. Alhasilnya, Aira terbangun dengan mata yang terbuka luas dan memandang Alfi hairan.

"Ara dah bangun?" Tanya Alfi yang tersenyum cerah. Dia memang sukakan kanak-kanak dan bayi. Lebih-lebih lagi yang ada pipi gebu macam Aira. Rasa nak gigit aje pipi tu. Macam gula-gula kapas!

Puting botol susu terlepas dari mulut Aira apabila si bongsu membuka mulutnya luas. Jari telunjuk kanannya terangkat ke arah Alfi. 

"Oppa!" Pekik Aira lalu ketawa riang ala-ala bayi sambil menepuk tangan.

"Huh?" Alfi yang tidak faham dengan apa yang diucapkan adik perempuannya, berkerut dahi cuba memahami.

"Ara sebut 'opah' ke tadi? Kita tak panggil 'opah' lah Ara... Kita panggil Nek Wan. Belajar dari citer Upin Ipin eh?" Alfi ketawa geli hati sambil mengangkat Aira keluar dari buaiannya. Tidak lupa diberikan botol susu kepada adiknya itu untuk dipegang.

Airiel yang mempunyai tabiat tidur mati dalam buaiannya dipandang sekilas oleh Alfi. Dia mengusap sedikit air susu yang meleleh ke pipi Airiel yang tidak terganggu sedikitpun dengan sentuhannya seperti Aira tadi. Pipi gembil Airiel dicucuk beberapa kali dengan jari Alfi yang nakal.

"Oppa!" Suara Aira berserta gerakannya yang liar di dukungan Alfi menghentikan perlakuan lelaki itu yang sedang mengacau adik lelakinya.

"Opah, opah.. Nek Wan lah! "

"Oppa!"

"Aduh Ara... Macam manalah aku nak buat kau ni faham..." Alfi mengurut dahinya yang pusing.

"Hehe... "

"Gelak pulak dia.. "

Alfi menggeleng perlahan. Aira diusung keluar dari bilik tidur meninggalkan kembar lelakinya menuju ke ruang tamu dimana Puan Rohani berada.

"Alfi, kamu kacau Ara lagi ke? Berapa kali bonda pesan, jangan kacau waktu tidur adik kamu. Mereka sedang membesar..."

Puan Rohani bangun dari sofa dan bercekak pinggang di hadapan Alfi yang duduk di atas karpet berbulu lembut atas lantai dengan Aira di pangkuannya.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now