Bab 41

221 20 0
                                    

Dia menunggu di sebalik pintu dengan debaran kencang di dada. Dua puluh minit sudahpun berlalu namun kelibat orang yang ditunggu tidak juga kelihatan. Kakinya sudah berpeluh kerana dari tadi asyik berulang-alik di dalam tandas perempuan yang kosong itu.

"Mana dia ni? Bukan waktu-waktu macam ni dia dah naik kelas ke?" Gumamnya sendirian sambil sesekali menjenguk keluar jikalau orang yang dinantinya memunculkan diri. Tetapi malangnya koridor tingkat tiga itu lengang seperti tadi.

Dia melepaskan keluhan berat dan bersandar pada sinki berdekatan. Hembusan nafasnya dapat didengar dengan jelas memandangkan hanya dia penghuni di dalam ruangan berkenaan. Rambutnya yang diikat tocang dua dipegang.

"Should I really do it? But if I don't..." Dia bercakap sendirian seakan-akan berbisik. Memikirkan sama ada tindakannya ini wajar atau tidak. Belum sempat dia berfikir lebih lama, suara tapak kaki kedengaran dari luar tandas perempuan.

"Heh! Hari ni kau tau dengan siapa kau cari pasal, Awani." Suara seorang lelaki yang sedang berujar sinis itu menerbitkan sebuah senyuman di bibirnya. Segera dia menguak lebar pintu tandas perempuan dan menghampiri lelaki tersebut dari arah belakang.

Bahu lelaki yang lebih tinggi darinya itu ditepuk perlahan. Dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan lelaki tersebut dan sehabis mungkin cuba menahan rasa menggeletar di seluruh tubuhnya.

Saat lelaki itu berbalik badan, tangan kanannya automatik diangkat. Dia sebolehnya mengawal nada suaranya supaya kelihatan natural dan tidak gugup.

"Hai, Alfi."

"Kau ni siapa?"

Mendengar suara Alfi sebegitu dekat di telinganya membuatkan satu badannya meremang umpama terkena kejutan elektrik. Pipinya mulai terasa panas. Dia yakin mukanya sudah semerah tomato sekarang ni. Namun hajat di hati masih perlu disampaikan.

"Er.. Saya Nur Syamimi dari kelas 5 Ekonomi." Dia memperkenalkan diri sambil mengerling Alfi yang memasukkan kedua tangannya ke dalam poket. Pandangan mata Alfi yang mencerlung tajam ke arahnya tidak memberinya peluang sama sekali untuk bernafas dengan normal.

Di sudut lain, Alfi yang pelik kerana ditegur oleh seseorang yang nampak familiar di matanya, hanya merenung insan manusia tersebut seperti hendak tembus. Dia sedang ralit mengingat kembali siapa gerangan pelajar perempuan berikat tocang dua di hadapannya dengan menilik setiap inci wajahnya.

"Oh, aku kenal kau. Kau nak apa jumpa aku?" Alfi tersenyum nipis apabila otaknya tidak mengecewakannya lagi hari ini.

Dia sudah ingat identiti si gadis. Salah seorang penggemarnya yang pernah diusik oleh rakan-rakannya di koridor sekolah. Alfi pasti dia adalah orangnya melalui klip rambut berwarna merah yang terletak di tempat yang sama seperti pertama kali dia melihat gadis tersebut.

Beberapa detik kemudian, senyuman Alfi mati. Dia tiba-tiba teringat kembali dengan surat misteri yang diterimanya tempoh hari. Gadis bernama Syamimi itu dijeling tajam. Jangan cakap dia ni...

"Um.. Saya sebenarnya datang jumpa awak ni sebab..."

"Sebab?" Alfi mengangkat sudut bibirnya. Tak, bukan perempuan ni yang bagi surat tu. Dia dari kelas Ekonomi bukan kelas Akaun . Lagipun Syamimi ni tingkatan lima bukan tingkatan empat, desis Alfi di dalam hati.

Syamimi mengerling Alfi buat sekian kali dan setelah mengumpul segala keberaniannya, dia menutup matanya rapat dan bersuara lantang.

"Saya nak jemput awak datang untuk majlis hari jadi saya sabtu ni!" Syamimi mengunci matanya serapat mungkin. Dia menolak untuk membuka kelopak matanya sehingga Alfi memberinya kata putus atas kepada ajakannya. Namun dia tak sangka secepat itu Alfi membalasnya.

"No. Aku tak nak pergi."

Syamimi membuka matanya perlahan-lahan dan terus melihat ke bawah. Dia kecewa yang teramat sangat dengan penolakkan Alfi. Hatinya umpama dicampak dari tingkat tiga ni apabila Alfi tanpa ragu-ragu menolak jemputannya tanpa berfikir dua kali.

Dia mencuba nasib untuk kali kedua walaupun harapannya sudah menipis senipis kulit bawang.

"Please? Awak boleh bawa siapa pun dan seramai mana pun kawan awak nanti! Saya tak kisah! Asalkan awak datang.." Rintih Syamimi dan menayangkan tatapan memohon kepada Alfi. Dia tahu dia nampak sangat terdesak sekarang ni tapi dia betul-betul mahu lelaki itu datang ke majlis hari jadinya yang ke-17 ini.

Setelah mendengar khabar angin yang mengatakan Alfi telah menolak banyak ajakan bercinta dan luahan hati setiap gadis yang meluahkan perasaan padanya, dia telah membuat keputusan untuk melupakan sahaja hasratnya yang besar itu. Tetapi, sekurang-kurangnya.. janganlah lelaki itu menolak juga hasrat hatinya yang satu ini.

Cuma ini kenangan yang dia boleh simpan seumur hidupnya jika Alfi hadir pada majlis ulang tahun kelahirannya hari sabtu nanti. Biarlah lelaki itu tidak mengucapkan selamat padanya, kehadirannya di majlis itu nanti pun sudah memadai.

"When I said no, it's mean no. Jangan paksa aku boleh tak?" Alfi mendengus tidak suka apabila dirinya didesak sebegitu rupa. Dia berpaling untuk melangkah pergi namun suara seseorang yang dia lupakan sejenak kedengaran menghentikan langkah kakinya.

"Alfi! Mana kau pergi dari tadi? Dah satu sekolah aku tawaf tapi tak jumpa-jumpa kelibat kau. Rupanya kau balik kelas?!" Alfi dan Syamimi sama-sama menoleh ke belakang apabila suara seseorang yang nampak semput bergema di sepanjang koridor tingkat tiga tersebut.

Awani dengan cermin matanya yang melorot hingga ke muncung hidungnya, tangan kirinya yang mengenggam segulung kertas yang sudah renyuk dan tangan kanannya yang memegang sebotol air Green Tea yang masih penuh. Awani nampak sangat tak terurus sekarang ni. Hilang imej nerdnya di mata kedua insan yang menatapnya.

"Oh, kau sibuk eh? Tak apalah, tak jadi nak mengamuk. Aku masuk kelas dulu lah." Awani yang baru perasankan kehadiran Syamimi di sisi Alfi segera mengemaskan penampilannya dan tersenyum kekok. Dia pantas berjalan menuju ke kelas yang tak jauh dari kedudukan Alfi dan berniat untuk menghiraukan lelaki tersebut.

Perasaan malu sudah bersarang di dada apabila ada orang lain yang menangkapnya dalam keadaan sebegitu. Awani berfikir untuk menyorokkan mukanya di sebalik buku teks Kimia yang tebal itu sebaik sahaja dia masuk ke kelas nanti. Dia juga sudah berniat untuk mengabaikan Alfi sehingga tamat waktu persekolahan.

"Woi, kau tunggu kejap." Alfi tangkas memegang hujung botol Green Tea di tangan Awani untuk menghalang gadis itu pergi saat dia melintas melepasinya. Awani berhenti menapak dan hanya mengangkat kepala menatap Alfi keliru.

Alfi mengerling Awani sekilas sebelum beralih kepada Syamimi yang dari tadi hanya menjadi pemerhati antara mereka berdua. Syamimi yang mengunci mulut tidak tahu mahu berkata apa kerana telah ditolak sebanyak dua kali oleh Alfi, tersentak apabila namanya disebut.

"Syamimi."

"Ah! Ya, Alfi?"

"Kau cakap tadi aku boleh bawa sesiapa pun pergi birthday party kau kan?" Alfi menjongketkan sebelah keningnya tinggi.

Syamimi hampir sahaja tergagap kerana ditanya sedemikian. Melihat Alfi tersenyum senget seperti itu membuatkan dia tertanya-tanya adakah Alfi sudah berubah fikiran. Pandangannya beralih pula pada Awani yang cuba menarik botol air minumannya dari pegangan Alfi yang kuat.

"Ya, saya ada cakap macam tu. Kenapa?" Tanpa mengalihkan pandangannya dari Awani yang nampak kelakar di matanya, Syamimi menjawab. Senyuman geli hati terukir di bibirnya melihat Awani yang sudah berputus asa itu.

"Aku nak bawa budak nerd ni dengan aku."

"Eh?? M-Maksudnya?!" Syamimi terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Alfi. Matanya terbuntang luas memandang Alfi yang balas menatapnya. Awani juga membesarkan matanya tetapi atas alasan yang lain.

"Kau panggil aku budak?" Marah Awani namun tak diguris oleh Alfi yang masih tidak selesai dengan urusannya.

"Maksudnya, aku setuju untuk pergi majlis hari jadi kau. Asalkan kau benarkan aku bawa dia ni dan classmates aku yang lain. Boleh?"

Tiada siapa yang tahu betapa gembiranya Syamimi saat itu apabila dia mengangguk laju membenarkan permintaan Alfi tanpa berfikir kembali kenapa tiba-tiba lelaki itu berubah fikiran setelah melihat kehadiran Awani.

To be continue.

Penolong Ketua KelasWhere stories live. Discover now