Sepanjang hari tersebut, kelibat Puteri Nazmina, Puteri Sarah dan Puteri Aaliya tidak kelihatan sama sekali. Hal itu membebankan Alfi yang pantang jika ada rakan sekelasnya yang sengaja tidak mahu masuk ke kelas dan melepak di mana-mana kawasan sekolah tanpa sebab.
Tanpa mahu terus-menerus berfikiran negatif, Alfi meminta penjelasan daripada Awani saat guru mata pelajaran terakhir mereka belum masuk ke dalam kelas.
"Weh nerd, mana pergi Naz, Sarah dengan Aaliya?" Tanyanya ketus.
Merasa dipanggil, Awani mengangkat kepala dari kertas kajang yang penuh dengan nota di tangannya. Dia mengerling Alfi dengan ekor mata lalu menjawab singkat.
"Diorang dah balik."
Mata Alfi membuntang terkejut. Dia pantas berdiri lalu mendekati si nerd yang juga terkejut dengan pergerakan Alfi yang secara tiba-tiba sudah berada di depan matanya. Alfi merenung tajam ke dalam anak mata hitam pekat Awani.
"Kenapa diorang balik tanpa bagitau aku?"
"Sebab diorang dah bagitau aku?" Jawab Awani agak keliru dengan pertanyaan Awani.
Alfi facepalm. Tercengang dia dengan jawapan spontan Awani.
"Kenapalah kau ni lugu sangat Awani... Kalau cikgu tanya aku mana diorang pergi, aku nak jawab apa bila aku tak tahu diorang pergi mana? Apa-apa hal, report dekat aku walau sebenci mana pun kau dengan aku. Faham?" Keletihan terpancar di dalam nada suara Alfi yang berbicara dengan Awani.
Awani terkebil-kebil. Dia menancapkan pandangan ke seluruh wajah Alfi yang sedikit pucat dan tiada seri seperti biasanya itu. Gadis tersebut mengambil masa beberapa ketika untuk menghadam kata-kata lelaki di hadapannya ini.
"Ah.. Kalau kau risau pasal benda tu, aku sebenarnya dah tulis dalam buku pemantauan yang mengatakan Puteri Nazmina, Puteri Sarah dan Puteri Aaliya terpaksa pulang ke rumah atas masalah kesihatan. Cikgu Balqis pun dah tau pasal hal tu masa aku tolong Ms. Weein angkat buku dari bilik guru." Terang Awani jelas dan padat.
Alfi terdiam sejenak sebelum menyambung semula perbicaraan.
"Betul ni? Semua dah settle?" Duga Alfi sambil menunjuk wajah Awani dengan jari telunjuknya.
Awani mengangguk berulang kali penuh yakin. Sejak kes Amelia yang diserang penyakit alergi, Awani sudah tau apa yang perlu dia lakukan seterusnya berkat tunjuk ajar Alfi padanya.
"Kalau macam tu baguslah." Alfi akhirnya mampu mengukirkan senyuman ikhlasnya selepas satu hari berwajah serius.
"Naz sebenarnya kena gastrik sebab tu dia tiba-tiba jadi pucat lesi masa perhimpunan. Sarah dengan Aaliya pulak asyik risau pasal Naz dan katanya nak jaga kawan diorang. Jadi jalan alternatifnya, aku suruh diorang ambil surat kebenaran untuk balik rumah." Awani perhatikan langkah kaki Alfi yang berjalan longlai ke kerusinya sendiri.
Kepala Alfi terangguk kecil menandakan dia mengerti seratus peratus apa yang terjadi sebenarnya. Dia mengurut dahinya yang terasa berdenyut-denyut lalu perlahan-lahan merebahkan kepala di atas meja. Mukanya tepat menghadap ke arah Awani dengan mata yang tertutup.
Manakala Awani yang tidak mengalihkan pandangannya dari Alfi, serta-merta dapat melihat wajah tertekan lelaki yang selalu menjadi mangsa kutukan dalam hatinya itu. Awani perhatikan bagaimana kerutan di dahi Alfi yang tercetak jelas tersebut perlahan-lahan mengendur dan menjadi seperti sedia kala. Hembusan nafas Alfi yang mula teratur memberi isyarat kepada Awani bahawa Alfi sudah tertidur.
Awani tersenyum maklum. Pasti Alfi kepenatan mengurus kelas mereka selama hampir tiga minggu ini. Dia yang hanya berjawatan penolong ketua sahaja sudah dapat merasakan kesusahan menjaga imej kelas 5 Sains. Apatah lagi Alfi yang merupakan seorang ketua dan pelajar contoh di sekolah mereka.
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Teen FictionPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...