Dua minggu kemudian...
"Semua pelajar tingkatan lima diminta masuk ke dalam dewan! Peperiksaan awal tahun bakal dimulai tidak lama lagi! Ulang suara! Semua pe–"
"Hey, Awani."
Awani yang sedang mendengar arahan guru penolong kanan HEM dari speaker di dalam kelas mereka terganggu dengan panggilan Alfi. Dia mendengus perlahan seraya bangkit dari kerusi.
"Ada apa?" Sahut Awani tanpa memandang Alfi di sebelah.
Kerusi tempat duduknya disorong masuk ke bawah meja lalu bekas pensel diambil dari dalam beg. Alfi yang sejak tadi bersandar pada dinding tidak lepas memandang Awani yang sibuk memeriksa alat tulisnya itu.
Keterdiaman Alfi membuatkan Awani mengangkat kepala dengan raut wajah kehairanan. Dia melihat Alfi yang balas melihatnya sambil berpeluk tubuh. Sejenak kemudian, Awani meliarkan pandangan ke seisi kelas.
"Eh, jomlah berbaris! Nanti lambat pulak masuk dewan." Gesa Awani apabila dilihatnya rakan sekelas mereka mula melangkah keluar dari bilik darjah.
Alfi hanya mengikut kata dan mengekori Awani keluar melalui pintu belakang. Setelah memastikan semua berada dalam barisan dan tiada yang tertinggal, barulah pelajar 5 Sains menapak ke dewan peperiksaan dalam dua barisan.
Alfi dan Awani berada di barisan paling akhir dan saling bersebelahan. Kesempatan itu digunakan Alfi untuk melanjutkan perbualan mereka yang tergendala di dalam kelas tadi.
"Weh Awani, boleh aku tanya kau sesuatu?" Alfi membuka bicara. Dia memastikan supaya jarak antara mereka masih terjaga walaupun mereka saling berbisikan sekarang.
Awani menatap Alfi sekilas apabila ditanya begitu. Sejenak dia berfikir sebelum akhirnya dia bersuara.
"Tanyalah."
Alfi mengerling seketika gadis nerd yang lebih rendah beberapa sentimenter darinya itu dengan ekor mata.
"Kenapa.. kau tak nervous setiap kali 'exam fever' melanda?" Tanya Alfi spontan yang disambut dengan kerutan di dahi Awani.
"Exam fever? Apa kejadahnya tu..." Awani menggaru pipi cuba memahami maksud di sebalik perkataan asing yang diungkapkan Alfi.
Alfi berdecak malas dengan kebengapan penolongnya.
"Maksud aku, waktu exam lah. Kenapa kau tak nervous macam yang lain? Okay, I know you are a smart girl but still..."
"Siapa cakap aku tak rasa nervous?" Pintas Awani yang tersenyum sumbing.
Alfi menatap Awani dengan mata yang terkebil-kebil.
"So you do?" Tanya Alfi tak percaya.
Awani mengangguk mantap. "I do."
Lalu dia ketawa kecil. Awani menggelengkan kepala perlahan sambil melangkahkan kaki kanan masuk ke dalam dewan. Alfi di samping juga ikut tersenyum apabila mendengar tawa Awani itu.
"Tapi aku selalu fikir.. kenapa perlu rasa takut untuk ambil exam? Nak tak nak, kita kena hadap jugak paper exam tu tak kiralah betapa takut dan nervous-nya kita rasa pada masa tu. Isn't it?" Kening Awani terangkat sebelah menguji Alfi yang memandangnya.
Belum sempat Alfi mahu membalas kata-kata Awani, guru peperiksaan sudah menyuruh pelajar tingkatan lima mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka berdua saling berbalas pandangan.
"Good luck, nerd."
"Good luck too, class monitor."
Dan peperiksaan awal tahun tingkatan lima pun dimulai...
YOU ARE READING
Penolong Ketua Kelas
Teen FictionPada mulanya, Awani Safiah tidak terlalu kisah apabila dirinya dilantik menjadi penolong ketua kelas. Tetapi, apabila Mohamad Alfi yang menjadi ketuanya, Awani jadi kisah! Tak ingin dia berdampingan dengan lelaki kerek yang hanya tahu mengarah tu! N...