Minggu ini seperti yang dirancangkan oleh harraz, setiap hari dalam seminggu mereka berlima akan cuba sedaya-upaya untuk lindungi aku dari zombie tak berbayar tersebut.
Apa yang buat aku susah untuk percaya adalah Daniel, 'the king of dingin' ni pun setuju untuk join rancangan beria ini. Faktor utama dia bersetuju untuk mengikuti rancangan ini pun untuk lindungi rakan-rakan dia yang berempat tu je. Bukan nya untuk aku, okay dasar resis.
Selepas mereka selalu lindungi dan bersama dengan aku setiap masa ni, sedar tak sedar mereka makin rapat dengan aku.
Bagi Rayyan, dia pula makin renggang dengan aku. Sebab dia menjauhi aku pun kurang ajar. Antara sebab nya adalah, dia dah taken dengan seseorang.
Jom sertai aku dalam kenduri tahlil demi meratapi pemergian seseorang rakan yang hensem dari hidup aku, sedih betul baru je berniat nak buat collection gamba letak dalam bilik.
Rata-rata pelajar perempuan takut untuk mendekati aku, mungkin disebabkan mereka berlima yang setia di sisi aku tak mengira masa.
Cuma ada satu je, yang suka untuk memenempah maut. Nama dia farah, dia ada geng.
Farah, Farina, Nora dan Julia.
Dah macam geng Hello Kitty yang selalu cari gaduh dengan Didi and Friends je aku tengok diorang dengan geng power rangers.
Ok lah cerita dia macam ni tau, si Farah ni. Dia tersangat lah syok gila dekat Daniel. Part ni aku setuju lah sikit, impossible lah orang yang cantik tak suka orang hensem macam Daniel. Okay Daniel, kali ni je aku approved kau punya hensem.
Hensem dia lain macam sebab dia juga ada campuran, selain Mikhael. Sebab tu la Mikhael dengan Daniel ni rapat dia lain macam. Darah pun campuran masing-masing mereka berdua ni.
Bagi Farah, Daniel adalah milik dirinya seorang. Buat Mikhael, Farina pula yang sangat tertarik dekat dia. Sikit-sikit nak gesel macam parasit dekat bahu Mikhael, macam Mikhael nak layan dia je.
Memandangkan Mikhael ni kadang suka sakat manja aku dan Daniel pula makin lama makin menaik kegatalan dia. Geng menempah maut ni sering menghantar signal maut kepada aku apabila ada masa.
Bagi Nora dan Julia, aku masih gagal nak kesan mereka berdua ni ada rasa minat ke tak dekat mana yang tinggal. Nak kata Farish, Danish dengan Harraz ni tak hensem, memang salah. Cuma satu je , entah-entah tak laku je diorang tu.
Dah la mereka berlima ni masing-masing instafamous. Gelaran famous bagi diorang bukan nya di tahap biasa, malah luar biasa. Mereka turut famous di luar sekolah.
Lagi rasa terancam lah diri aku ni, banyak lah peminat gila power rangers ni bakal menyerang aku. Tapi kan buat apa nak gelabah, kita hanya perlu lepak. Selagi mereka tak serang, kita lepak makan roti.
Fan account diorang kat Instagram memang tak boleh nak kira pakai jari tangan ni, memang tak cukup. Nak tambah jari kaki pun belum tentu cukup. Tu baru dekat insta nyah, belum masuk lagi Twitter.
Aku adalah juga gigih cuba untuk stalk salah satu fan account mereka haritu. Ya allah, mengucap seribu aku, paling jijik nak baca banyak kali, Daniel.
'My baby boi, please kiss me'
Berserta dengan gambar Photoshop antara diri dia dan Daniel. Jahanam mata aku baca caption dia. Tak ada sesiapa nak report ke account thirsty yang jenis macam ni. Rasa macam tertengok porn tapi bukan di laman web rasmi.
Memang dah sangka lah, Daniel yang paling popular di antara mereka berlima. Gadis-gadis zaman sekarang, mana yang lagi susah nak kejar. Lagi rasa gigih nak kejar, aku dah rasa nak lempang seorang-seorang.
YOU ARE READING
Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]
Teen Fictiona u t h o r g i v e u p n a k m e n g e d i t ❝ you bring happiness to our life ❞ ✔INSPIRASI DARI BUKU SILVER HIGH : HANI CIPTAAN @AdrianHariz ⬇ / y a n a ' s V ( 5 ) f a v o u r i t e a n i m a l / ↘D A N I E L mamat yang kurang nak ada mani...