◾ t e n

3.9K 237 18
                                    

Aku menanti-nanti bilakah saat nya kami akan tiba di lokasi rahsia tersebut? Jauh sangat ke tempat yang bakal ditujui tersebut? Dah lama sangat ni, aku sampai menguap banyak kali, takut mulut koyak je.

Hanya ada aku dan Harraz sahaja di dalam kereta ini, dengan mudah sahaja Harraz mengendalikan kereta aku. Since dia dah pernah menggunakan nya semalam.

Mikhael pula menumpang kereta Daniel, Danish pula bersama Farish menaiki motor Kawasaki Ninja 250 yang berwarna hitam. Aku pula bersama Harraz.

Tiba-tiba harraz membelok ke dalam satu simpang yang kosong, tiada kelibat motor mahu pun kereta. Dia memberhentikan kereta di sisi jalan.

Pantas mencapai beg kertas yang terletak di tempat duduk belakang. Dia mengeluarkan dan segera menghulurkan satu penutup mata yang berwarna hitam.

"Nah, diorang suruh pakai. Dan jangan risau, aku tak ada niat pun nak sentuh kau" Harraz tersenyum, cuba untuk meyakinkan aku.

Aku tak tahu nak gelak ke apa tapi macam tak ada fungsi je penutup mata ni, dia nak aku tak tahu jalan untuk ke sini? Aku pun tak faham, ke ini cara diorang bawa orang baru ke situ, entah ada-ada sahaja lah.

Setelah beberapa minit aku menganalisis faktor-faktor kenapa aku perlu pakai penutup mata, akhirnya aku mengangkat bahu dan mengambil penutup mata tersebut.

Nasib la hari ini aku pakai shawl kalau tudung bawal dah lama aku maki dia. Kalau atap tudung aku rosak sampai ke akhir hari murung nya pasti tak akan ghaib.

Kereta kembali bergerak, kejap belok kejap jalan lurus. Setelah beberapa minit berjalan, kereta berhenti. Harraz menepuk tangan nya sekali selepas menutup enjin kereta.

"Okay we are here"

Harraz turun dari kereta lalu segera membantu aku untuk membukakan pintu kereta. Dia menarik lengan aku lalu menguncikan nya ke dalam lengan nya, ibarat orang buta dibantu ketika melintas jalan.

"Hold onto me tightly"

Dia mula berjalan, kadang rasa aku hampir tersadung kaki sebab tak mampu nak catch up pergerakan dia kerana terlampau laju.

Secara tiba-tiba, dia berhenti dan tidak lagi bergerak, situasi di sini dan suhu nya juga tidak seperti tadi yang aku yakin di luar. Kedengaran juga beberapa orang berbisik-bisik dan tergelak-gelak.

"Surprise!!" Jerit Farish, Danish, Harraz dan Mikhael yang tampak ceria dan bersemangat. Tak macam yang dekat sofa tu elok je lepak, nak sambut aku pun tak. Nampak sangat dia tak setuju dengan semua benda yang berlaku ni.

Mikhael tersenyum simpul. Farish dengan danish baru nak buka helmet, sanggup tu nak berhujan peluh dalam helmet nak nampak macho sambut princess.

Tapi right now, serious talk. Rumah ni lawa gila! Pemandangan dia sumpah cantik gila memandangkan rumah ini terletak di hujung bukit.

Lagi-lagi pula ada private place since rumah diorang sahaja yang terletak di kawasan ini. Macam ala-ala rumah Cullen's Family gitew.

Cara decorate rumah pun nampak kemas dan cantik. Aku tak tahu siapa yang design susunan perabot tapi serius, pandai. Nampak macam akan memang selalu la aku lepak dekat sini lepas ni hehe.

Cuma satu je kenapa rumah ada aroma nasi ayam ni, guna lilin wangi la tu. Nak tanya juga, beli mana tu? Masa ramadhan nikmat secara berdosa tu guna fuh.

"okay, apa tujuan korang tunjuk rumah ni dekat aku?" aku memandang mereka semua yang masih tersengih-sengih, but of course kecuali Daniel.

Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]Where stories live. Discover now