◾ t w e n t y ▶ n i n e

2.4K 166 30
                                    

Kedua-dua ibu bapa hael bawa dia ke luar negara untuk merawat kansernya. Mereka bertolak hari ni. Aku tak sanggup nak tengok dan meratapi dia pergi dari sini.

Tapi dia masih ada harapan sebab dia kat kanser tahap ketiga. Mungkin ada

Dan dah masuk tiga hari aku terperap dalam rumah fikir keadaan hael. Disebabkan aku stress fikir. Aku demam haih.

Persoalannya sekarang aku nak datang ziarah dulu tak boleh. Ahli-ahli keluarga sahaja yang dibenarkan.

Kenapa la dulu aku tak boleh masuk wad dia. At least. Once. Biar aku tengok muka dia. Biar aku ratapi wajah dia. Dia mungkin tak lama dalam dunia ni. Dan sekarang dia dah pergi jauh. Jauh dari aku

Air mata aku mengalir lagi.

"Lia. Nah papa bawak sup ayam dengan bubur ni. Makan. Papa risau dengan lia. Jangan fikir sangat pasal hael. Memudaratkan diri kamu lia. Allah dah takdirkan hael begitu. Diri kamu jaga. Luka kamu tu biar dia betul-betul heal. Kamu bantu lah jaga diri kamu jugak. Ya allah lia" papa mengusap belakang aku. Air mata ku diseka oleh papa. Papa menarik aku ke dalam dakapan dia

Lagi kuat la aku menangis

"Lia cuba nak bahagia kan hael pa. Lia mungkin tak sempat nak bahagia kan dia lagi pa. Lia nak. Lia mahu bahagiakan dia. Lia nak jumpa dia pa. Lia rindukan hael pa" aku memandang papa dengan pandangan yang sayu. Air mata mengalir lagi.

"Dah lia. Makan. Rest. Jangan stress fikir. Tolong lah jaga diri kamu. Papa minta diri dulu. Papa nak siapkan projek papa" papa meleraikan pelukan kami dan dia beredar.

Aku mengambil mangkuk yang diberi papa. Aku cedok bubur tersebut dan makan. Dalam tiga empat sudu je aku makan. Tak ada selera.

Seusai itu aku memanjat katil dan menyelimuti badan aku. Mata cuba dipejamkan. Dan akhirnya pejam jua

|\

Aku bukak whatsapp contact hael ditekan. Dia mungkin-mungkin akan buka. Aku mesej satu satu.

Hael
Aku rindu kau hael
Bila kau nak balik malaysia nanti contact aku bagi tahu
Bangun lah sayang
Aku tunggu kau dekat malaysia
Balik lah dekat kitorang
Balik lah semula
Kitorang tunggu
Kau mungkin tak akan baca
Tapi aku cuma mencuba nasib
Hael aku sayang kau
Balik lah boleh kita dating sama-sama
Bangun ok?
Assalamualaikum
Aku minta diri dulu

Butang home ditekan. Phone diletakkan ditepi. Hmm macam dia akan baca je. Dia tengah terlantar dekat hospital. Dia tak akan baca punya

Pintu diketuk

Papa

"Yana tu ha kawan kamu datang"

"Jap" aku mengambil tudung sarung berwarna hitam dan aku sarung ke kepala.

Aku turun ke bawah. Aku nampak.

Daniel?

"Yana. Jom aku bawak kau pusing. Aku tak nak tengok kau stress. Jom?"

"Ha elok sangat lah tu daniel. Bawak je dia ni" abang dari arah dapur bersuara. Cawan ditangan.

"Hmm tula lif aku ingat nak bawak tengok stress sangat dia ni" dia hand-shake dengan abang.

(Nama abang yana, alif iqbal. Mention balik mungkin korang lupa)

"Hmm jap aku siap"

"Yes!" daniel menumbuk udara. Meraikan.

|\

"So yana, erm kau-kau. Okey tak?" daniel tanya aku. Mata fokus dekat jalan raya.

"Ermm okay" aku sandar dekat pintu kereta. Cuba untuk lelap

Daniel diam. Mungkin dia nampak aku cuba nak tidur. Dia tak mahu ganggu

"Daniel. Aku nak tanya kau sesuatu" aku bangun dari sandaran aku.

"Ha ye" dengan pantas dia jawab

"Sejak bila hael sakit?"

"Ehemm-dia sakit sejak dua tahun yang lepas. Sejak kebelakangan ni. Penyakit dia jadi makin teruk. Sebab tu memanjang je dia pucat. Aku dah banyak kali suruh dia check doktor. Dia degil. Tak nak jugak. dia kata dia kuat. Dia okey je. Bila dia nampak kau. Lagi la dia cuba sorok penyakit dia. Dia gigih senyum. Aku sedih tengok dia. Sebab tu aku suruh kau terima hael haritu dekat khemah. Maaf sebab aku paksa kau. Haritu dia ada kata jugak dekat aku. Kalau dia dah tak ada nanti. Dia mintak tolong aku jaga kau dan yang lain. Tapi dia paling tekankan part kau" dia sisir rambut dia guna sebelah tangan lagi.

"Hmm begitu" aku mengangguk

"Dah sampai. Jom" dia mematikan enjin dan keluar dari perut kereta

Aku tengok papan tanda tempat ni.

"Taman rekreasi dan air terjun? Nak suruh aku meditation ke dekat sini daniel" aku pandang daniel dengan pandangan bosan.

"For you. For your peace sayang" dia kenyit mata lalu beredar.

Aku memegang pipi aku yang membahang. Aduh pipi ni pun satu. Kawal la kemerahan kau.

Aku berlari ke arah daniel yang makin ke depan.

Buat malu aku je depan orang. Nasib tak berapa ramai.

Aku memukul lengan daniel dengan agak lembut dan agak kasar.

D

ia senyum tengok aku. Ah lagi la cair.

"Apa tengok-tengok. Pandang la keindahan alam yang lain" aku mengalih muka aku ke arah lain

" tak perlu. Yang ni paling indah" dia senyum lagi lebar.

Hensem

Betul.

Lagi kuat la aku pukul lengan dia.
Aku lari tinggal dia dekat belakang

"Auch. Yana! Siap kau" dia lari mengejar aku.

Pengunjung yang lain tersenyum memerhatikan gelagat kami yang kebudak- budakan

Akhirnya aku tersenyum . Disebabkan oleh

Daniel

Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]Where stories live. Discover now