◾ s i x t e e n

3.4K 230 27
                                    

Hari ke-6 jadi hamba daniel. Apa lagi mamat ni nak buat . Aku bosan dengan semua kerja kehambaan yang dia suruh aku buat. Ada sekali tu dia suruh aku ajar dia buat math memandangkan math aku time pt3 dapat A. Hmm

Waktu balik, aku tunggu tepi kereta dia. Ah penat la berdiri. Aku sandar je la tepi kereta hebat dia ni. Mampus la. suka hati aku. Lagi pun aku saja je nak kasi dia marah.

Daniel datang sambil menjinjit sebuah beg. Macam beg makanan.

"Ewahh ewahh" dia mencekak pinggang. Macam makcik bawang supreme la dia ni.

"Hehe" aku bangun dari sandaran dengan disokong oleh senyuman aku yang comel. Sedap betul sandar dekat kereta dia ni. Fuh

Dia menghulurkan beg yang dijinjit tadi kepada aku.

"Ni farish belikan shrimp pasta untuk kau"

"Wah!" mesti muka aku macam emoji mata love tu haha

"Ha ni aku nak bagi tahu. Aku nak pergi solat jumaat jap. Kau tunggu sekolah. Kau lari pergi mana-mana . Siap kau"

"Oh hari ni jumaat. Lupa. Pftt aku nak lari ke mana je. Dan daniel nak mintak tolong jap sebelum kau pergi"

"Apa benda lagi kau nak"

"Tolong belikan aku ais blended perisa tembikai susu dengan bubble seringgit dekat kedai ais blended kakak tangting depan masjid tu" aku senyum dengan meluahkan segala kecomelan demi mendapatkan ais blended aku.

Muka dia tak menunjukkan sebarang reaksi yang dia akan beli.

So aku tambah lagi.

"Boleh la boleh la boleh la" aku buat muka comel yang paling comel aku rasa sekarang ni. Tak kan la dia tak tergoda lagi haha

"Dah dah. Ye aku beli nanti" dia beredar sambil menyarungkan songkok hitamnya di kepala.

Aku menyeluk totebag dan mengambil phone. Selfie bersama shrimp pasta ditepi kepala dengan senyuman yang menawan. whatsapp dibuka. Nama farish ditekan. Ucapan 'thank you for the shrimp pasta' ditaip. Send. Gambar selfie tadi pun disertakan sekali dan send. Done !

Aku memulakan langkah ke kafeteria. Beg shrimp pasta aku jinjit. Ingat nak makan terus. Lapar. Time rehat tadi aku pergi library. Terlebih rajin untuk tidur macam ni la. Hahaha.

Setelah duduk. Aku mengerling pada jam. 1:30?! Cepat nya masa berlalu. Tapi ok la tu. Sempat lagi rasa nya kalau aku makan. Aku ambil satu suap. Ermm sedap gila ! Kena tanya farish beli dekat mana ni. Aku makan dengan gelojoh sebab lapar and sedap. Hanya tuhan yang tahu betapa gelojohnya aku makan.

Tiba-tiba notification masuk. dari farish

Farish
Muka kau lagi menyelerakan dari pasta tu aku rasa

Ikhlas ke tu?

Sementara tunggu daniel datang, aku bukak instagram. Stalk daniel kejap. haha menarik. Mata ku terhenti pada satu gambar. Aku tekan. Lawanya perempuan ni. Tengok caption.

'Thank you wawa for everything'

Ok siapa pulak wawa ni. Ahh asal aku nak menyibuk pulak

"Woi kau pergi mana. Nasib kafeteria dekat and aku dah agak kau dekat sini"

Aku menoleh dan juga menghiraukan dia yang tengah membebel. Ice blended je yang penting sekarang. Aku cari di tangan dia. Tak ada pun. Mana?!

"Cari ice blended?"

Aku mengangguk laju. Muka stress.mulut berkata 'mana'

"Tu ha depan kau. Dah la duit pun tak bagi" dia jeling aku.

Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]Where stories live. Discover now