Sejak mikhael pergi ke luar negara untuk merawat kanser stage ketiga dia. Hidup aku agak bosan. Lepak dengan diorang berempat pun jadi senyap. Tapi kadang-kadang ada la jugak bising.
Apa la khabar hael sekarang?
Dia dah sedar ke?
Dia tengah bahagia ke?
Dia tak mesej aku pun
Hmm
|\
"Yana, tolong jauh kan diri kau dari aku. Aku mungkin tak dapat hidup lama. Aku taknak kau bersedih dengan pemergian aku dan kau tak akan tersenyum"
"Tak. apa kau merepek ni hael ! Aku tak mungkin sanggup untuk pergi jauh dari kau. Tak akan mungkin !" aku mengesat air mata dan terus mengejar hael yang makin jauh ditelan kegelapan
"Tak, yana. Jauhi aku. Jauhi lah aku. Kau jalani lah hidup kau tanpa aku. Lupakan lah aku. Daniel menunggu kau. Jangan lah kau ingat dekat aku lagi. Yana, dengar cakap aku. Daniel nak kau. Pergi lah dekat dia" hael senyum lalu undur dan hilang dalam kegelapan.
"Hael !" aku tersedar dari mimpi. Jam di meja lampu aku kerling.
"3 setengah pagi? Astagfirullahhalazim" aku meraup muka.
Ada air? Aku nangis? Betul-betul? Ibarat aku betul jumpa dia tadi.
Apa yang telah berlaku?
Kenapa aku mimpi hael?
Kenapa dia nak aku jauhi dia dan pergi dekat daniel kerana daniel nakkan aku?
Apa ni?
Mainan syaitan.
Aku menarik selimut dan sambung tidur.
|\
"Yana kenapa diam je. Lain macam kau diam ni" daniel tunduk tengok aku.
Dia bawak aku pergi taman rekreasi hari tu. LAGI SEKALI
Tapi best tempat ni. Lawa. Aman. Tenteram je kalau nak rehatkan minda. Tapi aku tak beberapa tenteram la kali ni sebab mimpi malam tadi hmm.
"Yana?"
"Ha ye" aku memandang daniel di sebelah
"Kau kenapa?"
"Malam tadi, malam tadi. Aku mimpi hael" aku memandang kaki aku
YOU ARE READING
Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]
Novela Juvenila u t h o r g i v e u p n a k m e n g e d i t ❝ you bring happiness to our life ❞ ✔INSPIRASI DARI BUKU SILVER HIGH : HANI CIPTAAN @AdrianHariz ⬇ / y a n a ' s V ( 5 ) f a v o u r i t e a n i m a l / ↘D A N I E L mamat yang kurang nak ada mani...