"farish kau ajak dia sekali?" Aku meraup muka
"Ish mana ada" dia menyisir rambut nya yang kusut kerana cuba menerangkan perkara sebenar tadi.
"Jangan tipu" aku menundingkan jari tepat ke arah muka farish.
"Ok ye aku ajak dia sekali tapi mula-mula dia kata tak nak ikut hm tengok la dia ikut juga so bukan salah aku eh" dia senyum.
"Dah dah keluar dari kereta aku sekarang. Aku nak pecut keluar dari sini" aku melibaskan tangan aku seperti menghalau dia.
"Yana. Please percaya apa yang farish cakap" daniel menyisirkan rambut dia yang kusut sambil mengetuk cermin kereta aku.
"Farish, please. keluar sekarang" aku menjeling dia.
"Okay okay kejap la" dia membuka pintu dan keluar.
Lepas pintu di tutup. Aku terus mengunci pintu. Lesson for today. Lepas masuk kereta, kena terus kunci pintu. Nanti kena macam tadi kan susah.
Farish berkata-kata sebentar dengan daniel seperti mengajak dia untuk beredar dari tepi kereta aku.
Last-last dia beredar juga sambil memandang aku sekali-sekala. Farish memeluk bahu dia dari belakang.
|\
Nak percaya ke tak eh. Percaya ke tak. Percaya ke tak. Percaya ke tak. Percaya ke tak.
Aku meraup muka penuh kusut. Dari balik sekolah sampai sekarang. 9 malam aku asyik fikir pasal perkara sebenar yang farish terangkan dalam kereta aku tadi.
Patut ke aku percaya sebab benda macam betul lagi pun aku tak sanggup la nak biar daniel kusut macam tu. Kesian la dia. Dah la dia kusut pasal mawar ni lagi.
Mawar pun satu. Bengap. asal la kau nak kacau relationship orang. Accept the truth. Aku semak betul la dengan orang perangai macam ni.
" Lia. Mak ngah datang" kepala papa tersembul di celah bukaan pintu.
Mak ngah ni duduk Australia. Setahun sekali je datang sini. Tak pun dua tiga kali setahun.
"Ha mak ngah datang?! Ah rindu nya mak ngah. Jap lia turun" aku menyarung tudung sarung ke kepala.
"Ha ok" papa beredar.
Ah yes dapat jumpa adam. Dah lama tak jumpa dia. Dan cousin yang dah lama tak balik Malaysia tu. Cousin perempuan.
Mesti dah hensem kan Adam sekarang haha.
Aku turun ke bawah dan ternampak muka adam . Wuish hensem gila dia sekarang. Tergoda kalau tengok banyak kali.
Tiba-tiba adam terpandang aku. Dia senyum dan melambai aku.
"Yana. Dah lama gila tak jumpa kau!"
Aku melambai dia semula.
"Woi! Hensem eh kau sekarang" aku mengangkat tangan.
Maaf aku memang kasar kalau dengan dia. Bahasa kami dari kecil memang kasar
"Lia apa panggil adam macam tu" papa memandang aku.
"Ops sorry papa"
"Haha padan muka. Tapi kan aku ni dari kecil hensem" dia senyum manis.
"Kepala kau" aku menjuih lidah seperti acah-acah nak muntah.
"Ha yana. Tak tegur mak ngah pun eh. Sombong belaka. Mula-mula mesti cari adam eh kamu" mak ngah senyum.
"Eh mak ngah. How are you?" Aku menyalami dia.
"Fine. Ni ha cousin kamu masa kecil dan dah berapa tahun tak ikut mak ngah balik Malaysia ni, elya" mak ngah memeluk bahu perempuan di sebelah nya yang baru datang dari tandas itu dari belakang.
Mata aku kini beralih pula pada manusia di sebelah mak ngah.
Eh ni bukan ke elyana yang cousin daniel tu.
Aik. Dia ke elya yang kawan aku gaduh, main masa kecil tu.
Tak
Mungkin
La.
Kecil nya dunia ni. So aku ni kira ada ikatan juga ke dengan daniel. Aih semakin membara.
Tapi kenapa perangai dia sekarang macam sampah.
Dulu okay je.
"Hai ely-el-elya" aku dengan ragu-ragu senyum.
Harap la dia tak kesan muka aku ni sebab dia tak nampak pun muka aku semalam.
"Hey yana, how are you. Dah lama tak jumpa" dia senyum mesra.
dia tak kenal aku. Fuhhh
Aku menghembus nafas lega.
"I'm fine. Yes kita dah lama tak jumpa. How are you?" Aku senyum.
"I'm fine yana"
"Eh mak ngah dengan elya pergi la duduk depan nanti saya hidang air dan makanan. Mak ngah nak apa? Saya masak hari ni" aku memandang mak ngah dan tersenyum bangga.
Bukan hari ni je aku masak. Selamanya la.
"Mak ngah nak makan butter prawn kamu lah. Kata papa kamu. sedap sangat. Menjilat jari" mak ngah senyum.
"Ok beres bos" aku angguk sekali dan beredar menuju ke dapur.
Mak ngah pula beredar ke ruang tamu bersama elya.
Aku dengan segera berjalan ke arah peti ais dan mengeluarkan barang untuk menyediakan bahan bagi memasak butter prawn
-udang harimau
-butter
-minyak
-daun kari
-gula
-garam
-susu cairCantik.
Tapi mula-mula kita kena masak nasi dulu. Nanti nak makan dengan apa.
"Yana, nak tolong boleh?"
Elya datang ke sebelah aku.
"Eh elya. Pergi la duduk depan. Tak payah la tolong. Yana ok je la masak seorang. Dah biasa" aku senyum sambil menghidupkan api
"Ala please. Nak tolong" dia buat muka merayu.
"No elya please" aku buat muka merayu balik dekat dia.
"Ok la tak apa. Tak nak kawan yana dah" dia beredar.
Eh aku cepuk kang budak ni
"Ok"
Haha maaf aku tengah dalam mood nak memasak ni
Lagi pun aku tak nak ada situasi awkward dengan dia dan aku akan selalu rasa kekok dengan dia sebab aku teringat pasal kejadian semalam. Tak sangka aku dengan dia cousin. Ye la. Dulu perangai okay. Sekarang erm. Mana perasan. Berbeza sangat
Aku meneruskan aktiviti aku yang tergendala sebentar tadi iaitu memasak.
+
Sorry sebab dah lama tak update^. And for this chapter. Pendek. Teruskan membaca dan jangan lupa vote . Pftt dah macam abpbh tengkorak kau. Dan cerita ni akan tamat
Tak
Lama
Lagi
.
YOU ARE READING
Yana+V [ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ]
Teen Fictiona u t h o r g i v e u p n a k m e n g e d i t ❝ you bring happiness to our life ❞ ✔INSPIRASI DARI BUKU SILVER HIGH : HANI CIPTAAN @AdrianHariz ⬇ / y a n a ' s V ( 5 ) f a v o u r i t e a n i m a l / ↘D A N I E L mamat yang kurang nak ada mani...