Mine 2

173 12 0
                                    

Pagi itu aku bergegas bersiap untuk ke office seperti selalu, lagipun harini ada meeting untuk projek yang akan aku uruskan nanti. Kerjaya aku sebagai professional aircraft engineer menuntut aku untuk sentiasa bergerak dan memantau beberapa airport dan syarikat penerbangan.

Selesai breakfast, aku terus melangkah masuk ke pejabatku. Beberapa fail dan laporan hal hal airplane, aku periksa terlebih dahulu. Lagipun, aku telah pesan kat Hani, assistant aku untuk khabarkan kepada aku sekiranya tiba waktu mesyuarat. Aku fokus semaksima mungkin terhadap kerja kerja diatas meja aku sehinggalah kedengaran bunyi pintu bilikku diketuk.

"Cik Sarah, meeting dah nak start" Hani bersuara saat aku berbalas padangan dengannya.

"Ok ok, thanks. Give me a few minutes. Nanti I pergi, you boleh pergi dulu" arahku sambil mula mengemaskan fail dan kertas yang berselerak diatas mejaku.

"Baik, Cik Sarah" seraya itu kelibat Hani hilang dari muka pintu bilik aku.

Aku mencapai kelengkapan dan barangan yang patut aku bawa bersama sebelum aku beredar menuju ke bilik mesyuarat.

💖

Jam pada dinding pejabatku menujukkan jam 10 pagi. Kira kira hampir 2 jam jugalah kami bermesyuarat tadi. Segala yang perlu dibincangkan telah dibincangkan. Termasuk pemergian aku ke Jerman nanti.

Telefon yang sememangnya aku tinggal diatas meja pejabat aku tadi, aku capai. Kelihatan 34 missed call dari Rafiq. Tu tak termasuk WhatsApp call. Terbit rasa risau kalau kalau ada sesuatu terjadi. Seraya itu aku menghubunginya kembali. Sambil menunggu panggilan dijawab, aku mengambil tempat di sofa bilikku. Cukup 3 deringan, panggilan aku diangkat.

"Sayang, thank god you call I" kedengaran suara Rafiq sarat dengan kerisauan

"Sorry, tadi I tengah meeting" aku terangkan kepadanya situasi yang sebenar.

"Jap" seraya itu panggilan aku ditamatkan. 'Eh? Dia marah ke?' hati aku bermonolog. Sedikit berdebar andai Rafiq marah.

Tetiba satu panggilan masuk, video call from Rafiq. Seraya itu aku menjawabnya. Kelihatan Rafiq segak dengan kot putihnya. Wajahnya bersih dan tenang seperti selalu. Sentiasa kemas dengan spec yang terletak elok di hidungnya.

"Hi, sayang. Tadi masa you call I baru lepas surgery. Sorry sayang" Rafiq menerangkan dengan ekspresi mukanya yang agak serba salah.

"Sokay, you call je pun boleh. I taknak susahkan you" pujukku sebelum menguntumkan senyuman seperti selalu. Ikhlas aku katakan yang aku sangat sayangkan Rafiq.

"Ya I tau. Tapi ni I nak pastikan je" Rafiq memberikan aku satu senyuman yang sukar aku gambarkan perasaannya kini.

"Maksud you? " tangan memegang phone aku tukar kerana sedikit lenguh.

"I nak pastikan yang you sihat je. I risau kalau sebabkan semalam, you terganggu. I taknakla mata you sembab or bengkak. You taukan maksud I?" aku dah agak dah. Rafiq sememangnya begini. Kalau dia rasa dia ada mengguris perasaan aku. Esoknya pasti dia akan video call untuk check keadaan aku. Pernah masatu mata aku bengkak. Padahal sebab aku layan drama sedih. Dia punya risau tu sampai datang office aku.

"I okay jela. Lagipun you tak salah. I yang salah. I'm sorry" pujukku bersama senyuman. Enggan mengeruhkan keadaan. Lagipun tak salah untuk aku meminta maaf. Bagus juga untuk hubungan kami.

Last TearsWhere stories live. Discover now