Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku dan Rafiq bergelar suami isteri. Menjadi isteri dan ibu segara untuk Akif sudah cukup membahagiakan aku. Tiada apa lagi yang aku kehendaki, terasa seperti menjadi keluarga sempurna. Meskipun aku tahu Rafiq agak terganggu dengan keakraban aku dengan Akif, aku yakin dia masih dalam proses menerima Akif dalam hidup dia. Kehidupan aku kini hanyalah kerja dan mereka. Rafiq juga tidak menyuruh aku untuk berhenti kerja dan adakalanya andai dia tidak on-call, dia akan membantu aku menguruskan Akif. Pada siang harinya, Akif akan dihantar ke rumah ibu atas permintaan ibu sendiri. Malam itu aku mendekati Rafiq yang sedang membuat kerja di bilik kerjanya. Mug minumannya aku letakkan berdekatan dengannya.
"Hi sayang. Thanks for the drink" tegurnya bersama kuntuman senyuman sebelum melanjutkan kerjanya.
"Hm, dear. I got something to say. Can I?" serba salah untuk menganggunya membuat kerja namun hati aku tidak tenang andai tidak meluahkannya.
"Sure, sayang" Rafiq memberhentikan kerjanya. Tangan aku ditarik untuk duduk di atas ribaannya. Mug tadi digapainya sebelum disisipnya sedikit.
"Can I breast feeding Akif? I dah do some research and I think I can handle it. Lagipun I tak sampai hati tengok dia selalu tak selesa perut kena minum susu formula" pujukku. Tangan Rafiq digenggam erat tanda memujuknya.
"Seriously sayang? Don't you think it's too much? Look, I tak marah you. But I think benda ni melibatkan kesihatan you juga" Rafiq bersuara, kini genggaman bertukar. Terasa tangan aku digenggam erat olehnya.
"I'm okay. I know I'm okay plus it's my body. I tahu I dah sihat" pujukku, benar – benar mengharap.
"But I'm not okay with it. Even your health report yang latest pun you tak bagitau I, macam mana I nak setuju" jelasnya Rafiq.
"You tak sayang I kan? I tahu yang you taknak I pregnant lagi kan? I tahu you care about my health, I boleh terima yang you tak ready untuk kita ada our own baby. That's why I request benda ni. Tapi ni, dahlah" aku bangkit dari pangkuan Rafiq, ingin keluar dari bilik kerjanya. Terasa sebak memikirkan hal kami.
Tangan aku terasa ditarik lembut. Rafiq bangkit dari kerusinya. Kedua tangan aku digenggamnya.
"Sayang, I'm sorry. I love you so much. Too much. Sebab tu I buat semua ni. I takut hilang you. Please, give me time. And pasal Akif tu. Bagi I fikir dulu" mata aku alihkan dari memandang Rafiq, air mata bergelinangan. Aku faham apa yang Rafiq takutkan. Aku faham apa yang dia rasa.
"Okay. I sleep with Akif tonight" seraya itu pegangannya aku lepaskan dan beredar. Kedengaran suara Rafiq memanggil aku. Aku tahu dia terkesan dengan apa yang kami bincangkan tadi tapi dia faham yang aku juga perlukan masa kerana itu dia tidak mengikutku memujuk.
Pintu kamar Akif aku tutup perlahan. Katilnya Akif aku dekati. Kerusi di sebelahnya aku dudukku. Memerhati anak itu tidur. Air mata aku mengalir, lebat. Perutku yang masih tidak berisi aku usap perlahan. Mengetahui Rafiq enggan memiliki anak dengan aku membuatkan hati aku sedikit terguris. Aku faham ketakutannya namun aku tetap terguris.
Hati isteri mana tidak terguris mengenangkan suaminya enggan memiliki anak dengannya. Aku tahu salahku kerana merahsiakan laporan kesihatan aku yang terbaru. Tetapi tiada apa yang patut digusarkan. Malam itu aku tertidur di birai katilnya Akif dan pagi aku terjaga aku terbaring di atas katil dalam kamar itu. Siapa lagi yang mengangkat aku kalau bukan Rafiq. Mujur saja aku cuti keesokkan harinya, jadi dapatlah berehat.
💖
Masuk hari ini sudah hampir seminggu Sarah melancarkan "silent treatment" nya dan membuatkan hati aku tidak tenang. Aku sedar, khilaf aku. Hatinya pasti terguris apabila mengetahui aku tidak bersedia untuk mempunyai anak dengannya.
Tipu kalau aku enggan memiliki keluarga sempurna dengannya, dia wanita yang paling aku cintai dan semestinya aku ingin dia menjadi ibu buat anak – anak aku. Tapi ketakutan aku tidak dapatku bendung, aku risau andai sakitnya datang kembali. Lebih – lebih lagi Sarah langsung enggan aku mengetahui details tentang laporan kesihatannya. Sungguhpun katanya dia sudah pulih, aku tetap risau.
Rambut aku disebak ke belakang. Kaca mata aku tanggalkan dari dudukannya. Aku menyandar ke belakang. Memikirkan apa yang aku patut lakukan. Membenarkan Sarah menyusukan Akif agak berat untuk aku, gusar andai ada komplikasi lain terhadap kesihatannya Sarah.
Ketukan pada pintu pejabat aku membuatkan aku mengemaskan dudukan aku tadi. Kelihatan Hilman menjengah pada muka pintu.
"Eh Man, masuklah" aku mengajaknya masuk memandangkan aku tiada temu janji lain.
"Kau kenapa Fiq? Mengelamun eh?" Hilman mengambil tempat duduk di hadapan aku.
"Hm, aku okay je" aku mencuba menyembunyikan kerisauan di minda aku kini.
"Sarah?" aku hanya mengangguk menerima tekaan dari Hilman. Dia rakan karib aku sejak di bangku sekolah juga. Hubungan aku dengan Sarah juga berada dalam pengetahuannya. Tambahan pula Hilman berkahwin dengan Alya yang merupakan rakan sekuliah aku sewaktu di Rusia dulu.
"Dia dah tahu pasal tu and dia request nak breast feed Akif" aku tertunduk buntu.
"And kau risau. Kau risau kau akan hilang Sarah? Waktu kau cerita kau tak bersedia nak ada baby dengan Sarah lagi aku dah tak setuju, sekarang pasal Sarah nak breast feed Akif pun kau tak setuju juga?" Hilman menembak aku dengan tekaannya.
Aku hanya mampu terdiam kerana aku yakin Hilman sudah arif dengan apa yang ada difikiran aku.
"Aku takut Man"
"Rafiq, ajal maut ni ketentuan Tuhan Fiq. Kau buatlah apa pun, kalau jodoh korang tak panjang. Tetap tak panjang Fiq. Kita tak tau sape yang akan pergi dulu, boleh jadi kau dan boleh jadi Sarah. Aku tahu yang kau cinta mati dengan Sarah, aku jadi saksi bila korang putus dulu. Aku nampak jatuh bangun seorang Rafiq bila Sarah takde. Tapi sampai bila Fiq kau nak hidup dalam ketakutan macam ni, tak adil untuk Sarah. Aku yakin Sarah lebih arif tentang kesihatan dan badan dia. Aku tahu dia takkan come out dengan idea yang ridiculous" hujah dari Hilman sememangnya benar. Semua kata – katanya itu ada benarnya. Tidak adil untuk Sarah.
"Aku sedar yang aku tak adil dengan Sarah. Aku tahu betapa dia nakkan anak sendiri and permintaan dia untuk breast feed Akif tu kira jelas yang dia mengalah dengan aku yang tak ready lagi. Hm, nak taknak aku kena benarkan juga. Untuk kebaikan Akif juga" akur dengan kenyataan.
"Habis sangat kau bawa je Sarah jumpa dengan Alya untuk consultation" idea Hilman juga bagus memandangkan Alya merupakan pakar berkaitan gynaecology.
"Inshaallah, nantu aku bincang dengan Sarah. Dah lama dia silent treatment aku. Tak senang duduk bro" aku ketawa sedikit memikirkan apa yang aku lakukan.
"Padan muka kau, buat lagi perangai. Dahla, make sure pujuk. Kang ada yang takleh buat keje pula, bukan aku tak kenal kau" seraya itu Hilman bersalaman dengan aku sebelum pulang.
Jam menunjukkan waktu berkerja aku sudah tamat, kebetulan hari ini pesakit aku agak sedikit. Seraya itu aku mengambil kot putih aku dan beg kerja aku, bingkas untuk pulang memujuk isteri tercinta di rumah.
💖
Akhirnya hubungan aku dengan Rafiq sudah kembali pulih, terasa lapang dada aku memikirkan Rafiq sudah memberikan kebenarannya. Meskipun dia memberi idea untuk aku mendapatkan consultation dari rakannya, Alya namun aku berjaya memujuk untuk membenarkan aku untuk terus mendapatkan nasihat dari doktor peribadi aku sendiri dengan syarat aku tidak berahsia dengan Rafiq.
Aku bersyukur dikurniakan insan sebaik Rafiq yang sentiasa menyokong dan inginkan yang terbaik untuk aku. Aku dapat rasakan kasih sayangnya begitu tulus untuk aku. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan sehingga aku layak memilikinya. Aku berterima kasih pada Tuhan. Dapat juga aku merasa menyusukan Akif, lagipun untuk kebaikan Akif dan bakal anak – anak aku juga. Aurat juga terjamin. Terasa tidak sabar untuk menjadi ibu yang menyusukan Akif.
"Thank you dear. I love you so much and I'm sorry for my behaviour" Rafiq disebelah aku dipeluk erat.
"Welcome, sayang. Anything for you and I love you more. I'm sorry too, for my action" terasa erat Rafiq membalas pelukan aku tadi. Terasa ciuman singgah di dahiku. Tumpah segala kasih sayang. Malam itu, nyenyak tidur aku dan Rafiq, tiada lagi masalah dan kerisauan.
💖
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...